Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
SHAH ALAM - Antara cara terbaik un
Penganalisis: Cegah sabotaj, pilih calon layak
WARTAWAN SINAR HARIAN
4 Disember 2012
tuk mencegah budaya sabotaj dalam parti adalah tidak memilih calon secara bidan terjun.
Penganalisis politik, Dr Jeniri Amir berkata, kebanyakan sabotaj disebabkan rasa tidak puas hati dari orang tidak terpilih, walaupun selama ini dia rasa mempunyai kelayakan, bekerja keras dan banyak berkorban demi parti.
“Parti perlu membuat pilihan terbaik dengan mengutamakan mereka yang banyak berjuang untuk parti.

“Semangat setia kawan haruslah dipupuk. Ia perlu disemai daripada akar umbi. Jentera parti perlu diperkasakan dengan nilai pendidikan melalui ceramah dan bengkel tentang dasar dan perjuangan teras dan sejarah penubuhan parti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, perlu ada sistem ganjaran untuk mereka yang tidak terpilih sebagai calon.
“Umno juga tidak boleh ketepikan mereka yang mempunyai cita-cita untuk menjadi calon, tetapi tidak terpilih.

“Mereka perlu diberikan peranan dalam jentera pilihan raya,” katanya.
Menurutnya, ahli yang melakukan sabotaj perlu dikenakan tindakan disiplin.

Kelmarin, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, BN akan memperoleh kemenangan kerusi dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), jika ahli-ahli tidak sabotaj parti.


  • Azman Alias ·  Top Commenter · Smc85
    Tinggallah Wak seman sorang-sorang dalam umno...yang lain bakal kena tindakan disiplin kerana sabotaj parti....sabotaj ni bukan setakat robohkan bilik gerakan saja...yang rasuah,salah guna kuasa atau menjadikan parti sumber kekayaan berlebihan itu lebih besar sabotajnya terhadap parti.Cadangan Prof Azmi memberi ganjaran kpd yg tak terpilh menampakkan Prof pun 2x5 dgn parti BN.

    • Ben Karemo ·  Top Commenter · Malacca High School
      Siapa yang tak marah n nak buat sabotaj...kata nak pilih wakil yang boleh diterima rakyat dan boleh berkerja....tetapi sampai kat peringkat tertinggi...tak di calonkan ...sebab bukan geng dia...itulah politik...

      Semua org perlukan duit.Tetapi tidak tahu bagaimana untuk memperolehinya.Layari dan anda tentukan.Mungkin ini jawapan anda. http://mohdaidil.stiforpmy.com/?SOURCE=Sinar

      • Solehan Remot ·  Top Commenter · Pengerusi at Koperasi Pendidikan Kuala Selangor Berhad
        Pilih yg layak adalah satu budaya yg tak pernah ada dlm umNO.Tahun 75 Cikgu Jabar calon paling layak utk DUN Morib semua cawangan dan penngundi telah sepakat tapi MB Selangor waktu tu pilih kroni.Akhirnya 3 penggal Cikgu Jabar (bekas SU Umno )jadi calon bebas di Dun Morib.Sabotaj sebab tak ikut kehendak rakyat.Kalau masih amalkan sikap pilih kroni,sabotajlah.Siapa besar antara rakyat dan kroni.

        • Mohd Saleh Senin ·  Top Commenter · Rawang, Selangor
          dalam umnu ni semua nak jadi calon bukan sebab nak bela rakyat cuma nak pikat artis je bangsat punya bangsa

      • Rosmaiza Daud ·  Top Commenter
        CALON LAYAK TAK ADE DALAM UMNO ,KAK IJAT LEMBU NAK BERTANDING LAGI,MAHATHIR YANG SURUH NAJIB LETAK KAK IJAT LEMBU NFC,KITA TENGOK KEJATUHAN UMNO BN PALING TERUK NANTI DALAM PRU 13

        • Seterik Farick ·  Top Commenter · Kuching, Malaysia
          Tu lah saya dah kata, kalau calon tu tangkap-muat sahaja, maka akan ada yang sabotaj pati. Bayangkan seorang pemimpin cawangan atau bahagian yang telah lama berjuang dalam UMNO tetapi diketepikan hanya kerana ada colon yang berwibawa kononnya, yang tak pernahpun mengisi borang UMNO pun. Ini yang kerap membuat ahli berkecil hati.

          • Fuad Husain ·  Top Commenter · Tukang kayu at Kementerian Pelajaran Malaysia
            JIKA MAHU BERKONGSI...AYUH KONGSI STATEMENT INI : UMNGOK BE END ADALAH LEMBAGA MAKAN FREE. IA SARAT DENGAN PENAFIAN DAN HIDUP DLM KETAKUTAN

            • Zainal Jiee
              Semua yang nak mencalonkan diri beranggapan mereka adalah calon yang layak. Isu sabotaj akan berpanjangan.

            • Asri Aris Mohamed ·  Top Commenter · Kuli at Penarek Becha
              dah terbiasa dgn rasuah bila xterpilih terpaksa buat sistem ganjaran.rasuah jugak namanya tu.kalu dibiarkan BN terus meneraju negara alamat muflislah negara kita ni.semua nak dirasuahnya.tapi bila da xde kuasa dan wang pun xde yg masuk maka mati beaganlah umno..keh keh keh..



            Majoriti Pemimpin UMNO Akan Bersidang Di Sungai Buloh Tahun Depan


            PAU 2012 hanya seperti pesta Glee.

            Najib jerit lah awak sekuat mana kamu mahu. Bersembur air liur pun mengenai timbalan dan naib presiden parti UMNO pun tak kisah kerana ianya tidak sedikit pun mengobah nekad dan tekad rakyat mahu menyingkirkan UMNO dari Putrajaya.

            Nak berperang macam Churchill pun tak mengapa- dalam longkang, celah kankang, dalam bilik, dalam stadium pun tak kisah. Tapi jangan lupa tentera bersekutu lawan parti Nazi yang macam UMNO sekarang ini.

            yang menjerit perang sana sini ialah KJ seoarang sahaja- majority pemuda dan senior UMNO buat tak tahu sahaja.

            Mampuih lah KJ kali ini.

            Yang matlaon UMNO tahu, hendak kekal jadi ADUN atau MP. Rosnah Sherlin nak berperang apa- angkat badan sendiri pun tak boleh. Wanita UMNO- hendak tunjuk muka dikampung pun, rakyat lembukan mereka. Macam mana kita nak percayakan Shahrizat, orang yang tidor dengan dia pun, dia tak tahu apa kerja nya. Orang berkualiti macam inilah yang Najib cakap besar hendak mengurus Malaysia.

            Bila saya lihat perwakilan UMNO mengibar ngibarkan placards dengan tulisan dan lakaran, kita sayangkan PM- saya ingatkan ini adalah projek Meng-Glee-kan UMNO. Glee ada lah suatu rancangan hiburan TV yang menjadi kegilaan anak2 muda diseluruh dunia.

            Mungkin projek Gleekan UMNO adalah hasil pemikiran budak2 muda disekeliling Najib. Setelah 55 tahun kita merdeka dan umur UMNO 66 tahun, meremajakan UMNO yang difikirkan oleh pemimpn UMNO ialah mengGleekan UMNO.

            Hidup UMNO! Parti pilihan Allah. Seperti yang saya sebut dan tulis, orang UMNO menyifatkan Allah pun ahli UMNO!

            Tahun hadapan Dato Najib tidak perlu bimbang. PAU akan berjalan dimana ahli nya akan mengundi untuk menggantikan Najib. Najib akan disalahkan sebagai penyebab utama UMNO kalah PRU13. Majority pemimpin pula akan bersidang di Sungai Buloh.

            Sebaik sahaja tamat ucapan memekik dan melolong, rakan saya dari UMNO talipon saya bertanyakan apa sudah jadi dengan presiden UMNO. Saya kata entah sebab saya tidak mendengar ucapan. Seperti yang lazim, saya lebih suka membaca yang bertulis. Pembacaan bahan yang bertulis mengelak kita daripada terpengaruh dengan penggayaan pengucapan Najib.

            Saya bertanya- awak bekalkan sapu tangan atau tidak? Kertas tissue? Nanti presiden UMNO nak sapu mulut, takde apa2 bahan. Jaga2 kamu- kalau dia sapu mulut dengan tangan, kalau bersalam dengan dia, segeralah basuh dengan Dettol atau disinfectant. Air lir pembawa penyakit tahu.

            Apa yang baru yang dibawa oleh Najib? Ini semua wine dalam botol baru. Bertahun tahun lama UMNO membantai pihak parti lawan. Dalam PAU mau bantai lagi? Muktamar PAS tidak ada masa pun membicarakan mengenai UMNO. PAU- semua sessi perhimpunan berkisar kepada pembantaian parti lawan. Itu maknanya, UMNO sudah kehilangan punca seperti juga Presiden nya yang tidak tahu bagaimana melepaskan UMNO dari jeratan tali disekeliling leher yang makin mengetat.

            Apa yang kita harap dari seorang PM dan menteri kewangan yang tidak berani mempertahankan bajet yang dia sendiri bentangkan? Rakan2 dalam UMNO pun ramai yang menyampah dan meluat bila Najib sekian hari bunyi lebih dari seorang ustaz sedangkan memberi contoh najis mughallazah pun dia tidak tahu? Apa lah yang diharapkan daripada presiden UMNO oleh orang Melayu untuk membela Islam bila Islam dipermainkan dan dipersendakan, dia hanya tersenyum dan beri lagi upah RM30juta kepada Soi Lek?

            Mari kita beritahu Najib al wasatiyah bahawa kebenaran bukan diukur dengan kuat jeritan kamu. Ucapan presiden UMNO tidak ada kesan kerana ianya pengucapan yang diperdengarkan kepada geng sendiri yang terdiri dari penyamun perompak, dan penyundal.

            80% penduduk dari 29 juta rakyat Malaysia adalah dibawah umur 45 tahun, yang memandang masa depan yang gelap jika UMNO terus memerintah. Najib janganlah cakap besar seolah olah pemajuan negara ini hanya boleh dilakukan oleh UMNO. Cerdik mana sangatlah pimpinan UMNO? kecuali ahli UMNO sememangnya pekak, buta dan bisu- rakyat sudah melihat prestasi dan pencapaian negeri2 yang ditabir oleh Pakatan jauh lebih baik dari bagaimana pemimpin UMNO mentadir negeri masing2.

            Semenjak dia ambl alih pentadbiran negara dari Paklah, hutang kerajaan federal meningkat dari RM230bn kepada RM502bn yakni, 2 kali ganda lebih!. Najib akan diingati sebagai PM yang paling boros. Dari 2008-2011, ubahsuai, penyelenggaraan rumah rasmi PM ialah RM7juta. Bil letrik sahaja RM10juta. Bil air sebanyak RM1.9juta. Najib bergentayangan seantero dunia dengan jet milik kerajaan menelan belanja RM17 juta. Inilah dia transformasi yang selalu disebut oleh Najib.

            Setelah 55 tahun, 40% rakyat negara ini mempunyai pendapatan RM1500 sebulan yakni tahap miskin. Tahap kelayakan untuk dapat BR1M pun sudah RM3000. Dari 40% itu, 70% atau 8.5 juta adalah orang Melayu yang Najib omong kosong mahu memajukan.

            Jika RM3000 dianggap tahap kurang pendapatan dan layak dapat BR1M, maka RM 1500 apa dia? 70% daripada 40% yang miskin ini ialah orang Melayu. Setelah 55 tahun merdeka, dan 66 tahun usia UMNO, jurang kekayaan paling terbesar ialah dikalangan orang Melayu. Apa yang Najib cakapkan?

            Apa yang dilakukan oleh UMNO selama 55 tahun memerintah? Kamu parti Melayu tapi jurang kekayaan dikalangan orang Melayu paling besar? Ini bermakna, kepentingan yang kamu perjuangkan terutama semenjak 1981, ialah kepentingan penindas dan kepentingan tuan tanah kedawong.

            Kita akan sambung membahas pengucapan yang penuh dengan kelentong, takabbur dan sombong. Tapi itulah UMNO. Parti penyamun, lanun dan penyundal. -sakmongkol

            Grrrrr ^%$&* .... $#@&^ MANA ADA GELABAH ?


            04 DISEMBER, 2012

            Kenapa Rais Yatim Gelabah Semacam Ni??..

            KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta rakyat negara ini supaya melupakan hasrat untuk menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

            Sebaliknya, beliau menyeru mereka yang ingin melakukan transformasi, agar melaksanakannya bersama-sama dengan kerajaan yang telah dan sedang berbuat demikian.

            "Siapa yang menyatakan mereka hendak buat transformasi, (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak sudah buat, sedang dan terus buat transformasi untuk kebaikan kita semua.

            "Terlampau banyak aset negara, khazanah sosial dan kemasyarakatan yang sudah kita miliki. Jangan tukar sebegitu sahaja," katanya kepada pemberita selepas pelancaran sambutan ulang tahun ke-55 Arkib Negara Malaysia di sini hari ini.

            Rais berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang dilihat sependapat mengenai bahayanya jika rakyat melakukan eksperimen menukar kerajaan tanpa pertimbangan adil dan teliti.

            Tunku Abdul Aziz dalam kenyataannya hari ini berkata tindakan segelintir rakyat bereksperimen menukar kerajaan itu dilakukan hanya kerana termakan janji manis dan fitnah pembangkang yang hanya akan mengakibatkan kerugian dalam jangkamasa panjang. ~bernama

            Lagi nahas lebuh raya dekat Gopeng, satu maut
            ROSDALILAH ZAHARI
            4 Disember 2012
            Propel - Kemalangan

            Gambar fail, keadaan lori yang hampir hancur selepas dirempuh treler dalam kemalangan membabitkan pekerja Propel di Gopeng 28 November lalu.
            GOPENG - Seorang maut manakala 10 cedera dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan lori treler di Kilometer 304.6 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, lewat malam tadi.
            Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, bas ekspres dari Kuala Lumpur menuju ke Ipoh melanggar sebuah treler yang berada di kiri jalan.
            Mangsa yang maut, pemandu bas ekspres itu, dikenali sebagai Abdul Rahim Bin Musa, 57, dari Ipoh.

            Selasa, 4 Disember 2012

            Pegawai kanan SPR ada jawatan dalam Umno?

            KOTA KINABALU: Dewan Pemuda PAS negeri Sabah mendesak agar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)  tampil memberikan penjelasan berhubung isu salah seorang kakitangan kanan mereka di SPR cawangan negeri Sabah dikatakan turut mempunyai jawatan yang penting di peringkat pemuda UMNO bahagian Kinabatangan.

            Hal ini disampaikan kepada Dewan Pemuda PAS negeri Sabah oleh beberapa orang rakyat negeri ini yang prihatin apabila mereka mendapati bahawa beberapa kenyataan pegawai SPR tersebut di media sosial kelihatan jelas menampakkan beliau mempunyai kedudukan dan kepentingan dalam Umno.

            Justeru pemuda PAS Sabah menuntut agar respon yang segera daripada SPR.

            Demikian kata Lahirul Latigu (gambar), Ketua Pemuda PAS Sabah dalam satu kenyataannya hari ini.

            Pemuda PAS Sabah menginggatkan bahawa ia akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap kredebiliti SPR selaku organisasi yang bertanggungjawab memastikan pelaksanaan demokrasi di negara ini.

            "Sekiranya SPR tetap memilih untuk terus membisu dalam isu ini pihak Dewan Pemuda PAS tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan butiran yang lebih lanjut berkaitan individu ini," kata Lahirul.

            Dewan Pemuda PAS, katanya, akan memastikan hal ini mendapat jawapan yang jelas dari pihak SPR kerana mereka tetap dengan komitmen untuk bersama dengan inspirasi rakyat Sabah untuk melihat proses pilihanraya dinegeri ini berjalan secara adil dan bersih.Hrkh

            Usaha sabotaj Umno dikesan
            SYAMILAH ZULKIFLI

            4 Disember 2012
            Usaha sabotaj parti dikesan

            Mohamad (kanan) melihat replika pelan masjid yang akan didirikan di Seremban 2, semalam.
            SEREMBAN – Usaha melakukan sabotaj parti dalam kalangan ahli Umno di negeri ini sudah kedengaran, biarpun jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk menangani masalah itu.


            Ia disahkan sendiri Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang jelas kecewa dengan perkara itu apabila menjadi antara punca kekalahan Barisan Nasional (BN) di beberapa kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada 2008 lalu.

            Mohamad berkata, sebagaimana parti politik lain, sabotaj parti sememangnya isu penting dihadapi Umno yang kini sudah mula ‘berputik’ di Negeri Sembilan.

            “2008 fakta jelas menunjukkan BN kalah banyak kerusi Dun disebabkan faktor sabotaj.

            “Ketika ini, di Negeri Sembilan ‘bunga’ belum keluar tapi ‘putik-putik’ sabotaj parti telah mula nampak apabila kedengaran ada yang berkata, jika tidak dicalonkan, dia akan tutup bilik gerakan dan sebagainya,” katanya.

            Menurutnya, barisan kepemimpinan dari segenap lapisan termasuk ahli parti diminta mengambil iktibar atas kekalahan BN pada 2008 sehingga menyebabkan beberapa kerusi diambil pembangkang.

            “Sebelum ini kita telah 'menjaringkan gol' kita sendiri, jadi sebab itu BN kalah. Sebenarnya pembangkang tidak kuat tapi ada orang BN yang mahu lihat kita kalah.


            “Jika tiada kesedaran dari sekarang, kita akan tewas. Tewas bukan disebabkan parti lawan yang kuat, tapi disebabkan masalah dalaman dan sabotaj,” katanya.

            Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Kesyukuran Projek Pembinaan Masjid Hussain Seremban 2, di sini, semalam.

            Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, sebarang usaha menangani masalah itu memerlukan kesedaran semua ahli parti kerana tanpa perubahan dalam kalangan mereka, mustahil masalah dapat diselesai .

            “Saya berharap cakap-cakap kurang sedap didengar berkaitan sabotaj parti ini tidak lagi kedengaran selepas semua jentera parti mendengar ucapan penggulungan Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

            "Paling penting, jangan  kita biarkan ‘putik’ itu berbunga,” katanya.

            Nuffnang Ads

            Selasa, 4 Disember 2012

            NAJIB UNDER

             SAMA SEPADAN
            BERDIRI SAMA TEGAK
            DUDUK SAMA TINGGI 
            GEMOK SAMA SEGUNI
            MACAM  BADAK SEDANG BERENDAM
            MACAM LORI SEDANG ISI MINYAK

            Najib perlu berundur jika benar-benar insaf

            Muhammad Faeez Azahar,30 Nov 2012
            IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa berundur jika perdana menteri itu bebar-benar sudah menginsafi segala kelemahannya.

            Menurut Bendahari Dewan Pemuda PAS Perak Fakhrulrazi Mokhtar, Najib tidak boleh menganggap kesilapannya adalah perkara biasa dan berasa cukup dengan hanya meminta maaf.

            Sebaliknya katanya, permohonan maaf itu perlu disusuli dengan meletakkan jawatan dan memberikan peluang kepada mereka yang lebih baik untuk menerajui negara.

            “Permohonan maaf tersebut menggambarkan pelbagai kezaliman yang telah Umno lakukan sebelum ini dan Najib melihat perkara ini sangat kecil dan mudah dimaafkan.


            "Najib seharusnya berundur dan melepaskan jawatannya jika beliau benar-benar insaf akan perbuatannya seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin di Negara lain," kata beliau kepada Harakahdaily.



            Sementara itu, mengulas Perhimpunan Agong Umno (PAU) kali ini beliau berpendapat ianya seoalah-olah tiada arah tuju.

            Menurutnya, pimpinan dan perwakilan Umno menggunakan perhimpunan kali ini lebih kepada  medan untuk menghentam dan memfitnah Pakatan Rakyat.



            KAH KAH KAH
            KAH KAH KAH
            KAH KAH KAH


            woit... ORANG PAS INI SUDAH SILAP.... kah kah kah..


            kah kah kah.... BAHAYA BESAR KALAU NAJIB UNDUR... kah kah kah..


            kah kah kah...NANTI JADI KES MACAM  MADEY MENGUNDUR.... kah kah kah..


            kah kah kah...KALAU NAJIB UNDUR MUHYIDDIN NAIK.... kah kah kah..


            kah kah kah...KALAU MUHYIDDIN NAIK.... PAKATAN JADI SUSAH.... kah kah kah..


            kah kah kah... KERANA PUAN SERI NORAINI TAK GILA SHOPPING.... kah kah kah..


            kah kah kah.... PUAN SERI NORAINI TAK  TERKINJAK KINJAK... kah ka kaj..


            kah kah kah... PUAN SERI NORAINI    TAK PAKAI BEG BIRKIN... kah kah ka

            Tuesday, December 4, 2012

            "Saya ada bukti PAS Parti Ajaran Sesat.." kata dia ni.. (Video Inside)


            “Sebenarnyaaa.. sepatutnya.. kita buat lama dah.. bukan hari ni.. Kerana kita tengok ramai benar.. ramai benar dah orang PAS ni jadi sesat.”

            “Kerana ummat Islam ni tidak bangkit memberitahu dan tidak ada orang yang berani.”

            “Hari ni.. Alhamdulillah diatas daya usaha Dato Wira Pak Rosli dan cetusan dari YAB Menteri Besar kita maka berlakulah majlis hari ni..”

            “Jadi saya rasa majlis hari ni tajuk forum wacana kita hari ni PAS Ajaran sesat tu memang benar..”

            “Memang benar dan betul kerana saya ada hujah…” kata Bekas Ketua Pemuda PAS Terengganu.

            Apa hujah Bekas Ketua Pemuda PAS Terengganu ni? Korang tengoklah video kat bawah ni..



            Huk.. aloh!! bengong benar bekas Ketua Pemuda PAS Ganu nih!!

            Kalu doh ada bukti.. tunggu gapo lagi?

            Mung bawagi gi bukti atau apa saja yang boleh dijadikan bukti tu ke Jabatan Agama Islam terdekat dan suruh  tangkap ahli-ahli PAS.

            Jangan lupa serahkan juga bukti tu ke Majlis Fatwa, biar Majlis Fatwa keluarkan fatwa PAS itu haram..

            Tuesday, December 4, 2012

            Politik Samseng - Dimana Maruah Kita ??

             
             

            Sinar Harian menganjurkan siri wacana segar untuk kali ke-16 dengan mengetengahkan topik "Politik Samseng Di Mana Maruah Kita" di sini, Khamis ini.
            Para panelis akan mengupas suasana politik tanah air yang semakin membahang ketika banyak pihak menjangkakan jika tidak dikawal dengan baik Pilihan Raya Umum ke-13 boleh mencetuskan huru-hara.

            Untuk mengulas isu ini dengan lebih terperinci, Sinar Har
            ian menampilkan Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.
            Kamalanathan
            dan Penasihat Undang-undang Pas, Hanipa Maidin.

            Wacana kali ini menampilkan moderator yang tidak asing lagi, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya.

            Seperti lazimnya, wacana ini akan berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 di sini mulai jam 2.30 petang.

            Orang ramai yang berminat untuk sama-sama menyertai wacana ini boleh menghubungi Laila menerusi 019-3310211, Fazli (019-2808492) atau Rini (019-3371066) untuk keterangan lanjut.

            Masuk adalah percuma.
            free counters
             
            Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

            Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

            Usage Rights

            DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.