Followers
karangan
~PakKaramu~
/
Comments: (0)
01 Februari, 2013
Ahli Umno Terima Geran Tanah Daripada Tuan Guru Nik Aziz
Posted by
Addin Deen
at
2/01/2013
GUA MUSANG: Tanpa mengendahkan amaran Umno, sebahagian besar ahli dan
penyokong Umno di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lebir tetap hadir pada
majlis penyampaian geran tanah semalam. Lebih menggembirakan lagi
apabila 54 ahli Umno yang hadir pada program berkenaan semalam menerima
sendiri geran tanah disampaikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat. Seorang peneroka Mat Omar, 60 yang mendiami RKT Lebir
sejak 1981 berkata, Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah sudah lama
menjanjikan mahu menyelesaikan masalah pemilikan tanah.
"Namun sampai sekarang tidak menjadi kenyataan. Beliau hanya cakap sahaja. Selepas lama menunggu kami mengusahakan sendiri dengan menyertai jawatankuasa khas ditubuh kerajaan negeri. “Kerajaan negeri hanya mengenakan bayaran premium RM10 sahaja bagi lot rumah seluas suku ekar. Kalau ikut proses biasa saya difahamkan kena bayar RM2,000 bagi setiap lot,” katanya di sini semalam.
Beliau mengakui peneroka dibawa ke RKT Lebir pada 1980 bagi menguatkan Umno di Gua Musang. Malah tapisan dibuat memastikan hanya ahli Umno diterima sebagai peneroka di bawah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar). Pada majlis semalam Mat Omar juga menyerahkan sumbangan yang dikutip dalam kalangan peneroka bagi mengisi dana lebuh raya rakyat kepada Menteri Besar. Adun Paloh dalam kenyataan media hari ini memberitahu kerajaan negeri tidak sepatutnya memberi geran tanah kepada peneroka kerana kawasan itu diurus Kesedar sejak sekian lama.
Kemarahan Nozula dapat dilihat apabila kira-kira 40 peneroka warga emas dikumpul di simpang tiga di Paloh 2 membantah penyampaian geran tersebut. (gambar)
Mereka berhimpun dengan membawa pelbagai sepanduk yang ditulis tidak mahu kerajaan negeri campurtangan di Kesedar. Ahli Umno di RKT Lebir, Mahmud Abdul Rahman, 61 berkata, beliau juga menerima panggilan telefon daripada seorang pemimpin Umno supaya keluar menyertai demontrasi. “Saya pun pelik dengan perbuatan mereka, sedangkan kita susah payah datang dari kampung sejak berpuluh tahun lalu untuk mendapatkan tanah sendiri.
"Sebelum ini macam-macam pemimpin Umno buat tomahan termasuk kononnya geran tanah palsu. Biar pun sebagai ahli Umno saya tidak boleh terima tindakan mereka,” katanya. Beliau juga berkata, geran hak tanah lebih penting berbanding demontrasi yang tidak ada tujuan dan merugikan peneroka sendiri.
Penghuliu Mukim Chalil, Norazmi Abdullah berkata, kesemua 172 peneroka diberi peluang untuk memohon mendapatkan geran lot kediaman mereka tanpa mengira menyokong parti mana. Katanya, sebahagian besar peneroka termasuk ahli dan penyokong Umno mengisi borang permohonan kecuali mereka yang mempunyai jawatan dalam Umno. “Mereka takut kerana ada tekanan pemimpin Umno di atas. Namun saya percaya mereka juga akan mengikut jejak 54 ahli Umno yang sudah mendapat geran hari ini,” katanya. ~harakahdaily

Skandal Shafie-Zahida: Bekas Pemandu Zahida Rafik Dipanggil Ke SPRM
20 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik hari ini dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau yang ditemani Pengerusi Biro Undang-undang PKR Latheefa Koya serta ibu saudaranya, yang juga penyanyi terkenal tahun 1980-an, Dayangku Intan memasuki bangunan SPRM di Putrajaya kira-kira jam 10 pagi.
Latheefa yang ditemui pemberita di luar bangunan SPRM berkata, beliau tidak tahu atas tujuan apa Azman dipanggil.
Bagaimanapun beliau percaya ianya melibatkan kes dakwaan Azman sebelum ini yang melibatkan Zahida dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.
"Saya tak tahu kenapa dia dipanggil. Tapi saya percaya benda ni ada kaitan dengan dakwaan dia sebelum ini tentang Shafie dan Zahida. Kena tunggulah," katanya.
Pada 16 Mei tahun lalu, Azman (tengah) dilaporkan mendakwa, beliau pernah menemani Zahida untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Shafie.
Shafie dan Zahida sebelum ini telah menafikan dakwaan Azman dan PKR serta mengugut akan menyaman pihak-pihak yang didakwa cuba menfitnah mereka.
Sementara itu, Azman bersama Latheefa keluar dari bangunan SPRM kira-kira jam 1.17 tengahari.
Pada sidang media yang diadakan selepas itu, Latheefa memberitahu, Azman dipanggil ke SPRM sebagai saksi dalam kes melibatkan dakwaan Zahida terhadap bekas pemandunya itu.
Menurut Latheefa lagi, Azman memberi keterangan kira-kira satu jam setengah.
Bagaimanapun, beliau berkata, kandungan keterangan itu tidak boleh didedahkan kerana terikat dengan Akta Anti Penggubahan Wang Haram (AMLA).
"Keterangan telah diambil selama kira-kira satu jam setengah. Tapi kita tak boleh dedahkan sebab terikat dengan AMLA.
"Saya percaya Azman dipanggil hari ini berkaitan dengan dakwaan Zahida yang mengatakan Azman melarikan wang RM200 ribu dan pendedahan Azman mengenai wang RM1 juta tahun lalu.
"Tetapi sehingga hari ini beliau belum didakwa atau dituduh di mahkamah," kata Latheefa.
Menurut Latheefa lagi, Azman telah dipanggil untuk memberi keterangan pada 29 Januari lalu tetapi memilih pada hari cuti am, hari ini kerana kesibukan masa.
Katanya lagi, Azman dipanggil ke SPRM berkemungkinan daripada laporan yang dibuat oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berhubung isu tersebut sebelum ini.
karangan
~PakKaramu~
/
Comments: (0)
Friday, February 1, 2013
Berita Yang Menyedihkan Mahathir dan Aziz Shamsudin.
Anwar reiterates: I had nothing to do with Project IC
Anwar Ibrahim continues to deny any role in Project IC in Sabah, saying this matter was never brought to the cabinet, and neither did he attend or chair any meeting on it.
The opposition leader also alleged the project to grant blue identity cards to immigrants did not end in the 1990s and that it continued during the reign of former prime minister Abdullah Ahmad Badawi and went on until last year, covering Najib Abdul Razak's reign as well.
"This task force was handled by the then PM Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Abdul Aziz Shamsuddin (Mahathir's political secretary then) and the late Megat Junid Megat Ayub (who was deputy home minister at that time)," Anwar said.
He said this when asked about the claim by Mahathir yesterday that Anwar was involved in the Project IC.
The PKR de facto leader who was deputy prime minister under Mahathir, went on to reiterate that he was willing to testify before the royal commission of inquiry on immigrants in Sabah if called to do so.
karangan
~PakKaramu~
/
Comments: (1)
Panas Berapi!!! (Gambar2) Selebriti Popular Yang Merupakan Ahli UMNO Turut Serta Ketika DS Anwar Serah Sumbangan Kepada Hamas.. Jom Terjah!!
4:07 PM
No comments
Dalam
satu majlis yang serba ringkas sempena kunjungan wakil Hamas di Ibu
Pejabat Parti KeADILan Rakyat, Tropicana, Dato' Seri Anwar Ibrahim
menyerahkan sumbangan bernilai USD700,000 ( RM2.2JUTA) kepada wakil
pimpinan Hamas.
Tujuan tersebut adalah bagi pembinaan Masjid An-Nour Al-Muhammadi di Gaza, Palestin.
Tujuan tersebut adalah bagi pembinaan Masjid An-Nour Al-Muhammadi di Gaza, Palestin.
Menariknya turut serta adalah seorang seorang Ahli UMNO yang merupakan Pelakon dan juga Pelawak terkenal tanah air Afdlin Shauki.
Afdlin Shauki, dilaporkan pada 3 Januari 2012 telah menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO di Ibu pejabat UMNO.. sila baca laporannya di ( SINI )
Afdlin juga sebelum menyertai UMNO telah menyindir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam satu sketsa Maharaja Lawak Mega 2011, sila lihat video di ( SINI )
Apakah selepas ini selebriti Afdlin Shauki sebagai akan diambil tindakan oleh UMNO kerana hadir sama dalam upacara yang bersejarahyang melibatkan musuh UMNO no 1 iaitu Anwar Ibrahim ini?
Bersamalah kita nantikannya...
Sementara itu The Malaysian Insider melaporkan..
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dianggap oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu langkah baik diambil Putrajaya tetapi mempersoalkan mengapa terpaksa menunggu begitu lama untuk mengiktiraf Hamas sebagai sebuah pemerintah yang sah di Palestin.
Menurut Anwar, berbeza dengan Pakatan Rakyat yang sudah lama mengiktiraf Hamas sebagai sebuah organisasi sah, langkah kerajaan Malaysia baru-baru ini lambat dan tidak mencerminkan keikhlasan sebenar oleh Najib.
“Saya tidak bersetuju dengan orang ramai yang mengatakan langkah Najib tersebut sebagai gimik politik sebelum pilihan raya,” kata Anwar.
“Sokongan kami kepada Hamas adalah sejak dahulu lagi, bersama-sama PAS. Berbeza dengan kerajaan Malaysia, kami tidak iktiraf mereka selepas Mac 2008.”
Walau bagaimanapun, ketua pembangkang itu masih mengalu-alukan lawatan Najib ke Palestin dan memujinya sebagai langkah baik.
“Namun, saya mengalu-alukan lawatan Najib ke Palestin walaupun ia adalah yang kali pertama dalam sejarah pentabdiran negara,” tambah Anwar meraikan kedatangan pemimpin utama Hamas di ibu pejabat PKR pagi tadi.
karangan
~PakKaramu~
/
Comments: (0)
Panas Berapi!!! (Gambar2) Selebriti Popular Yang Merupakan Ahli UMNO Turut Serta Ketika DS Anwar Serah Sumbangan Kepada Hamas.. Jom Terjah!!
4:07 PM
No comments
Dalam satu majlis yang serba ringkas sempena kunjungan wakil Hamas di Ibu Pejabat Parti KeADILan Rakyat, Tropicana, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan bernilai USD700,000 ( RM2.2JUTA) kepada wakil pimpinan Hamas.
Tujuan tersebut adalah bagi pembinaan Masjid An-Nour Al-Muhammadi di Gaza, Palestin.
Menariknya turut serta adalah seorang seorang Ahli UMNO yang merupakan Pelakon dan juga Pelawak terkenal tanah air Afdlin Shauki.
Afdlin Shauki, dilaporkan pada 3 Januari 2012 telah menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO di Ibu pejabat UMNO.. sila baca laporannya di ( SINI )
Afdlin juga sebelum menyertai UMNO telah menyindir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam satu sketsa Maharaja Lawak Mega 2011, sila lihat video di ( SINI )
Apakah selepas ini selebriti Afdlin Shauki sebagai akan diambil tindakan oleh UMNO kerana hadir sama dalam upacara yang bersejarahyang melibatkan musuh UMNO no 1 iaitu Anwar Ibrahim ini?
Bersamalah kita nantikannya...
Sementara itu The Malaysian Insider melaporkan..
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dianggap oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu langkah baik diambil Putrajaya tetapi mempersoalkan mengapa terpaksa menunggu begitu lama untuk mengiktiraf Hamas sebagai sebuah pemerintah yang sah di Palestin.
Menurut Anwar, berbeza dengan Pakatan Rakyat yang sudah lama mengiktiraf Hamas sebagai sebuah organisasi sah, langkah kerajaan Malaysia baru-baru ini lambat dan tidak mencerminkan keikhlasan sebenar oleh Najib.
“Saya tidak bersetuju dengan orang ramai yang mengatakan langkah Najib tersebut sebagai gimik politik sebelum pilihan raya,” kata Anwar.
“Sokongan kami kepada Hamas adalah sejak dahulu lagi, bersama-sama PAS. Berbeza dengan kerajaan Malaysia, kami tidak iktiraf mereka selepas Mac 2008.”
Walau bagaimanapun, ketua pembangkang itu masih mengalu-alukan lawatan Najib ke Palestin dan memujinya sebagai langkah baik.
“Namun, saya mengalu-alukan lawatan Najib ke Palestin walaupun ia adalah yang kali pertama dalam sejarah pentabdiran negara,” tambah Anwar meraikan kedatangan pemimpin utama Hamas di ibu pejabat PKR pagi tadi.
BIYO PAPE ASALKAN BEGAYE !
karangan
~PakKaramu~
/
Comments: (0)
Friday, February 1
Ni mungkin jawapannya kemana duit KWSP anda disapu BN
Sekiranya ini benar...Adakah patut pemimpin-pemimpin BN menggunakan duit KWSP untuk BRIM?
Sekiranya ini benar...
Adakah anda selaku pencarum merelakan wang anda di joli sebegini rupa?
Sekiranya ini benar...
Ini bermakna duit bantuan tu memang dari duit kita sendiri...
Kaki putar alam betul...
Apakah pula pendapat anda?
sebab umno bukan orang
karangan
~PakKaramu~
on 1/31/2013
/
Comments: (0)
Mahathir: Umno tidak pernah sokong bakar Bible
1 Februari 2013
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata,
Umno tidak pernah menyokong tindakan membakar kitab Bible berbahasa
Melayu yang menggunakan kalimah 'Allah'.
Beliau berkata, kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali tidak mencerminkan pendirian Umno.
"Ibrahim bukan anggota Umno. Beliau mungkin menyokong Umno tetapi beliau bukan jurucakap bagi Umno," katanya dalam entri terbaharu blognya www.chedet.cc.
Dr Mahathir berkata adalah malang Ibrahim harus mencadangkan agar kitab Bible menggunakan kalimah Allah, yang baharu dicetak dibakar.
"Itu mungkin cara untuk kita melupuskan sebarang penerbitan yang tidak diingini. Namun ia tidak boleh dilakukan untuk kitab suci seperti Bible dan al-Quran.
"Tetapi apa yang diperkatakan Ibrahim tidak mencerminkan pendirian Umno. Malangnya, beberapa ahli politik ingin menganggapnya sebegitu untuk meraih publisiti politik," katanya.
Dr Mahathir berkata, beliau menganggap cubaan untuk membayangkan sokongan Ibrahim terhadap Umno "bermaksud apa yang diperkatakan ialah apa yang dilanggan Umno sebagai nakal".
Beliau berkata, walaupun rakyat Malaysia boleh menganuti perbezaan fahaman politik, namun mereka tidak harus menggunakan perbezaan agama untuk meraih sokongan pengundi bagi memenangi pilihan raya.
"Ia umpama pedang bermata dua, dan mereka yang hidup dengan pedang akhirnya mati oleh pedang.
"Biarlah kontroversi ini diselesaikan oleh orang yang bertanggungjawab secara tertutup. Jangan biarkan pelampau mengambil alih dan mengeksploitasi isu agama. Ia mungkin menafikan kebebasan bersuara tetapi kebebasan tersebut, di dalam demokrasi yang liberal, mempunyai kekangan jika mahu demokrasi terus subur.
"Saya ingin merayu semua pihak supaya menghentikan tindakan menyalahgunakan isu ini," katanya. - Bernama

CEO dipecat, KSSB goyah lagi
G MANIMARAN & NURKHAIRINI JUMARI
1 Februari 2013
1 Februari 2013
Muka hadapan Sinar Harian Edisi Selangor 1 Februari 2013
SHAH ALAM - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), anak syarikat kerajaan
negeri Selangor, yang menjadi perhatian ekoran isu perlombongan pasir
tiga tahun lalu, kini dilihat berhadapan dengan krisis pengurusan
apabila Ketua Pegawai Eksekutifnya dipecat.
Sinar Harian difahamkan, Wan Ab. Halim Wan Ismail, yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pada Julai 2010, dipecat oleh lembaga pengarahnya atas alasan salah guna kuasa dan melanggar prosedur operasi.
Pemecatannya Wan Ab. Halim, 65, dilihat mengejutkan banyak pihak dalam KSSB sendiri memandangkan kontraknya disambung dua tahun lagi oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Julai lalu.
Pemecatannya dimaklumkan kepada Wan Ab Halim secara bertulis awal bulan selepas lembaga pengarahnya melantik sebuah firma bebas untuk menjalankan siasatan.
Usaha mendapatkan pengesahan beliau dan lembaga pengarah belum berhasil.
Sinar Harian juga difahamkan lembaga pengarah mengadakan mesyuarat sehingga lewat malam tadi membincangkan isu ini.
“Beliau (Wan Ab. Halim) dipecat awal bulan ini, pemecatan berkuat kuasa akhir Januari... difahamkan akan ada CEO bulan depan,” kata sumber yang dekat dengan KSSB kepada Sinar Harian.
Isu pemecatannya juga menjadi perhatian beberapa blog yang mengaitkan dengan percaturan politik komponen Pakatan Rakyat (PR) Selangor.
Blog itu mendakwa hasil siasatan tidak menunjukkan sebarang bukti dan lembaga pengarah tidak memanggil Wan Ab. Halim untuk memberi keterangan dan penjelasan berkenaan isu ditimbulkan.
Difahamkan firma siasatan kes beliau ada memanggilnya untuk mendapatkan keterangan.
“Pemecatan ini juga mengejutkan kerana Semesta tunjuk prestasi baik sejak dua tiga tahun lalu,” katanya.
Sumber memberitahu bahawa Wan Ab. Halim menerima surat bercuti daripada Menteri Besar akhir November lalu sebelum ia disambung sehingga akhir Disember.
Sumber juga berkata, Wan Ab Halim didakwa meluluskan sebuah syarikat mengadakan perlombongan pasir secara haram, yang dikatakan menerima kelulusan pertengahan tahun lalu.
Jawatan Wan Ab. Halim itu adalah jawatan baru diwujudkan kerajaan negeri dalam KSSB susulan isu pasir dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2010 ke atas dua ahli lembaga pengarahnya yang merupakan Adun.
Wan Ab. Halim, 62, yang berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan Perlombongan dari London University, United Kingdom berpengalaman luas dalam bidang perlombongan sumber galian termasuk pasir, batu, timah, besi dan emas.
Kerajaan negeri Selangor menubuhkan KSSB bagi mempelopori industri pasir dan bahan batuan serta mineral lain secara bersepadu.
KSSB melancarkan tapak operasi pengeluaran pasirnya yang pertama di Lot 32546, Mukim Dengkil, Daerah Sepang pada 15 September 2008 yang dirasmikan oleh Abdul Khalid sendiri.
KSSB yang ditubuhkan pada 26 Jun 2008 merupakan anak syarikat kerajaan negeri Selangor dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan).
KSSB menguruskan aktiviti pengestrakan pasir mengikut tatacara dan peraturan-peraturan ditetapkan oleh jabatan-jabatan teknikal, Pentadbir Tanah dan Pentadbir Negeri, pemegang permit pemindahan pasir sah, membayar royalti sepenuhnya untuk pasir yang dipindahkan, menjalankan dan memantau operasi pemindahan pasir mengikut peaturan, mendokong program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Jumaat, 1 Februari 2013
Kelantan bubar Dun ikut proses biasa
Kelantan masih kekal dengan pendirian sebagaimana sebelum ini, tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) lebih awal.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata Kelantan akan mengikut proses biasa sebagaimana di negeri-negeri lain.
Beliau juga berkata, pelbagai perkara buruk akan berlaku sekiranya Dun Kelantan dibubar awal berbanding negeri lain.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menandatangani perjanjian usahasama projek pembinaan di Tok Bali yang melibatkan empat buah syarikat swasta, di Tok Aman Bali Resort, dekat sini semalam.“Biarlah Selangor nak bubar awal pun, tetapi Kelantan tidak akan buat berasingan sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini,” ujarnya.
Menurutnya, andainya pilihan raya dibuat berasingan akan melibatkan belanja yang besar, banyak serangan dan sebagainya-Harakahdaily.
HANCUR KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
karangan
~PakKaramu~
/
Comments: (2)
Friday, February 1, 2013
Pendatang Indonesia dakwa pegawai mahkamah Tawau berikannya kad pengenalan biru - Oleh Boo Su-Lyn

Penempatan haram berhampiran Kota Kinabalu Sabah. — Gambar fail.
KOTA
KINABALU, 31 Jan — Seorang pendatang Indonesia memberitahu inkuiri
Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan pendatang haram hari ini
seorang pegawai Mahkamah Adat Tawau memberinya kad pengenalan biru pada
1979 untuk mengundi kerajaan dalam pilihan raya.
Yuhanis Bira, 57, berkata beliau tiba di Sabah pada 1973 dan menerima kad pengenalan enam tahun kemudian dari pegawai mahkamah tersebut, yang tidak disebut namanya, tanpa sijil kelahiran.
"Dia (pegawai) kata boleh sokong kerajaan...jadi saya sokong kerajaan lah," kata Yuhanis kepada RCI hari ini.
"Mengundi?" tanya Datuk Ahmad Abd Rahman, dari Persatuan Undang-Undang Sabah.
"Ya," kata Yuhanis.
Yuhanis berkata beliau mendaftar sebagai pengundi sejak 1981 dan mengundi setiap kali pilihan raya selepas itu.
Parti Berjaya memerintah Sabah dari 1976 hingga 1985, di mana bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh menafikan kewujudan "Projek IC".
Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama mentadbir, dari 1981 hingga 2003, dituduh menjadi dalang kepada "Projek IC", dimana kewarganegaraan diberikan kepada warga asing untuk mendapatkan undi.
Yuhanis berkata beliau hanya membayar pegawai mahkamah itu sebanyak RM12, yang diterima pada 1979 selepas bertemu dengan pegawai mahkamah itu setahun selepas itu.
Menurut Undang-undang Kewarganegaraan 1964, mereka yang ingin memohon untuk menjadi warganegara Malaysia melalui penaturalisasian mesti menjadi seorang pemastautin tetap selama lebih daripada 12 tahun dan telah berada di Malaysia selama lebih daripada 10 tahun.
Seorang lagi pendatang dari Indonesia Berahim Abdullah mengaku rakannya membantu beliau mendapatkan kad pengenalan biru pada tahun 1990 tanpa sijil kelahiran, sepuluh tahun selepas beliau tiba di Sabah untuk mendapatkan pekerjaan.
Berahim, yang juga bekerja sebagai chef, berkata beliau mendaftar sebagai pengundi dan mengundi empat kali di Kunak.
Ditanya mengapa beliau mendaftar sebagai pengundi, Berahim berkata untuk menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).
Kedua-dua Yuhanis dan Berahim berkata kad pengenalan mereka tercatat tempat lahir mereka sebagai Sabah, walaupun mereka mengaku lahir di Indonesia.
Beberapa pendatang Pakistan dan India telah memberi keterangan baru-baru ini tentang mendapatkan kad pengenalan biru - sama ada dari orang tengah atau dari JPN secara langsung dalam hanya beberapa tahun selepas tiba di Sabah.
Bekas hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong akan menyambung semula inkuiri pada 22 Februari.
Malaysia Insider
Dicatat oleh
atsixty
karangan
~PakKaramu~
/
Comments: (0)
Thursday, January 31, 2013
Najib perlu berundur Mahathir kata..
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu berundur dan memberi laluan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin jika gagal meraih majoriti besar dalam pilihan raya umum ke-13 tahun ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kenyataan bekas perdana menteri itu memberikan gambaran Najib berhadapan tugasan besar bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali mendapat majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen agar kerajaan dapat melaksanakan segala polisi tanpa gangguan daripada pembangkang.
"Jika dia gagal, sudah tentu dia harus berundur," kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas forum anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di ibu kota hari ini.
Walau bagaimanapun, Dr Mahathir menambah, terpulang kepada ahli-ahli Umno untuk menetukan nasib presiden mereka sekiranya gagal melebihi pencapaian bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi.
"Ianya terpulang kepada ahli untuk tentukan masa depannya.
"Ahli berhak untuk tentukan siapa akan menerajui parti selepas pilihan raya," kata Mahathir menjawab soalan kepada wartawan tentang sama ada Najib perlu memberikan laluan kepada Muhyiddin ataupun tidak jika gagal meraih majoriti besar.
Dr Mahathir sebelum ini juga berkata kerajaan sedia ada ketika ini adalah sebuah kerajaan yang lemah dan menyifatkan keberanian serta kelantangan banyak pihak yang mengecam kerajaan adalah berpunca daripada keputusan lalu yang menyaksikan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) hilang majoriti tradisionalnya.
“Ini soal kuat dan lemah, sekarang kita (Umno) lemah dan tanpa majoriti 2/3 kita akan terus menjadi lemah,” kata mantan perdana menteri itu.
“Kalau kerajaan kuat, orang tidak akan berani mencabar kerajaan,” kata beliau pada satu forum 17 Januari lalu anjuran Karangkraf.
Mengikut tradisi dalam Umno, seseorang pemimpin yang gagal memberikan kemenangan secara majoriti akan menyebabkannya disingkir seperti yang berlaku kepada Abdullah pada 2008 dan juga Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang tewas pada pilihan raya lalu.
Menjelang PRU yang akan diadakan tahun ini, Najib merayu agar pengundi memberikan mandat baru kepadanya untuk meneruskan dasar reformasi yang boleh merangsang Malaysia ke hadapan dan lebih baik walaupun mengakui kelesuan parti itu dan gabungan pemerintah BN itu ke arah perubahan.
Najib berkata mandat besar diperlukannya jika Malaysia mahu meningkat dalam ekonomi global untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.
Di samping itu, Najib juga mengakui bahawa BN dan parti utama, Umno kurang popular sejak tahun kebelakangan ini disebabkan kelemahan tetapi menggesa pengundi memberinya peluang untuk membuat perubahan yang diperlukan.
Hampir 13 juta pengundi layak untuk membuang undi mereka jika pilihan raya umum dipanggil melibatkan semua 222 kerusi persekutuan dan 505 kerusi di 12 negeri.
Najib berhadapan misi paling getir menjelang pilihan raya tahun ini yang dianggap paling sengit dalam sejarah negara sejak mencapai kemerdekaan, malahan beliau sehingga kini masih belum memutuskan senarai nama calon yang akan bertanding serta berteka-teki dengan dengan tarikh pilihan raya yang perlu diumumkan selewat-lewatnya April ini.
~ The Malaysian Insider
otak taruk lutut
karangan
~PakKaramu~
/
Comments: (0)
KEUPAYAAN BERFIKIR BN: HARGA AIR MURAH PUNCA KRISIS AIR
KUALA LUMPUR, 31 Jan — Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk
Seri Peter Chin Fah Kui berkata harga air yang murah punca kepada krisis
bekalan air terputus berlaku di negeri Selangor baru-baru ini serta
menegaskan hal tersebut menunjukkan penting bagi kerajaan melakukan
penstrukturan tenaga dan air bagi memastikan kedua-dua bekalan utama
tersebut tidak mengalami masalah pada masa depan.
Menurut beliau, langkah kerajaan negeri memberikan harga air yang murah bukanlah sesuatu kaedah terbaik kerana ia hanya akan menyebabkan kepada lebih banyak pembaziran.
“Krisis di Selangor baru-baru ini adalah salah satu contoh akibat buruk yang berlaku dan menyebabkan ratusan ribuan rakyat menerima kesannya.
“Air murah yang diberikan hanya menyebabkan pembaziran kerana orang ramai yang tidak menghargai dan menggunakannya secara berlebihan,” kata Chin dalam satu majlis anjuran Institut Strategi Dan Kepimpinan Asia pagi tadi.
Chin juga menyatakan pemberian air murah akan menyebabkan kerajaan terpaksa meningkatkan subsidi dan pada masa sama ia juga akan menyebabkan pembaziran dana awam.
“Apabila penggunaan air meningkat, kerajaan pada masa sama terpaksa meningkatkan subsidi.
Read More “KEUPAYAAN BERFIKIR BN: HARGA AIR MURAH PUNCA KRISIS AIR” »»

PATUT LA AKU KALAH ! hi hi hi
karangan
~PakKaramu~
/
Comments: (0)
Anwar terlibat beri IC di Sabah tanpa disuruh, kata Dr M
Oleh Md Izwan
January 31, 2013
KUALA
LUMPUR, 31 Jan — Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir hari ini
mengakui bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam
memberikan kad pengenalan (IC) dan kewarganegaraan kepada pendatang
asing haram di Sabah walaupun tidak disuruh oleh beliau.
Dr Mahathir memberitahu beliau tidak pernah memberikan sebarang
arahan kepada bekas timbalan perdana menteri itu semasa pentadbirannya
untuk mengarahkan pegawai di Sabah memberikan IC dengan
sewenang-wenangnya.
"Dia (Anwar) selalu mengambil langkah sendiri, kadangkala lebih daripada yang diarahkan.
"Selalu yang berlaku berbeza sama sekali dengan arahan daripada pihak atasan," kata beliau.
Menurut Dr Mahathir (gambar) lagi, pegawai yang
bertanggungjawab dalam projek IC di Sabah telahpun didakwa di mahkamah
dan kerajaan telahpun mengambil tindakan keatas individu tersebut.
Dalam pada itu, ahli politik veteran negara tersebut juga menegaskan
Anwar mempunyai kuasa dalam isu pemberian IC di Sabah dan arahan datang
bukan daripada beliau yang mentadbir negara ketika itu.
"Dia telah campur tangan dalam isu tersebut," kata Dr Mahathir sambil
menambah perkara yang berlaku merupakan salahguna kuasa dan telah
dilaksanakan tidak mengikut lunas perundangan.
Dr Mahathir, perdana menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003,
telah dituduh menerajui "Projek IC", di mana kewarganegaraan didakwa
diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi mereka.
Dalam sidang media pada 17 Januari lalu, Timbalan Presiden Parti
Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali mendedahkan terdapat rancangan
untuk mengaitkan dan melibatkan ketua pembangkang tersebut dalam "Projek
IC" di Sabah dan mereka akan memantau prosiding Suruhanjaya Di Raja
(RCI) yang sedang berlangsung ketika ini.
Anwar Ibrahim minggu lalu turut menafikan bahawa beliau terlibat
dengan projek IC di Sabah, dan bersedia untuk menjawab jika inkuiri RCI
mengenai pendatang asing di Sabah itu memanggil beliau untuk memberi
keterangan.
Menurut ketua pembangkang itu, sepanjang beliau menjadi Timbalan
Perdana Menteri, beliau tidak pernah terlibat secara langsung dalam hal
tersebut dan menamakan bekas setiausaha politik Dr Mahathir, Tan Sri
Aziz Shamsuddin, dan bekas timbalan menteri dalam negeri, Allahyarham
Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, sebagai peneraju utama projek tersebut.
"Saya sedia memberi keterangan jika dipanggil, saya yakin bahawa
tidak ada apa-apa dengan saya," kata Anwar (gambar) dalam sidang media
di ibu pejabat PKR.
"Saya yakin saya tidak mempunyai kaitan langsung."
Pada tahun 1993-1994, Anwar ketika itu berkhidmat bersama kerajaan
Umno-Barisan Nasional memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dan juga
Timbalan Perdana Menteri sebelum dipecat pada tahun 1998 atas tuduhan
skandal seks dan rasuah.
Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang
mentadbir negeri dari 1976 hingga 1985, menafikan kewujudan "Projek IC"
tersebut.