Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pasal politik kew ?

Sabtu, 2 Februari 2013

Guru terpaksa tidur dalam kereta kerana ditukar tergesa-gesa


 BERA: Seorang guru terpaksa bermalam dalam kereta akibat ditukarkan secara tergesa-gesa dari sebuah sekolah di Temerloh ke sini oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pahang yang didakwanya tidak berperikemanusiaan.

Azman Mohd Nazir, 40, berkata beliau ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Felda Mayam dari Sekolah Kebangsaan Paya Pulai, Temerloh dan diminta mendaftar diri ke sekolah barunya pada 16 Januari tapi surat arahan dari JPN itu hanya dapat ke tangannya pada 18 Januari.

“Akibat pertukaran secara tergesa-gesa dan tidak berperikemanusiaan ini, saya terpaksa tidur dalam kereta kerana belum ada kediaman. Tak larat kalau nak berulang-alik dari rumah sejauh 140 kilometer sehari,” katanya ketika ditemui setelah menerima laporan orang ramai.


Katanya, beliau kesal arahan pertukaran dibuat dalam keadaan tergopoh-gapah sehingga guru di sekolah barunya yang sepatut digantikannya, belum berpindah lagi kerana belum mendapat surat tukar.

Tambahnya, sedangkan guru di sekolah lama tempat beliau mengajar masih belum diganti guru baru.

“Yang ruginya ialah murid-murid yang sepatutnya dapat pelajaran yang sempurna. Tetapi oleh kerana saya menjadi seperti kambing hitam, murid-murid pula terbabit sama menjadi mangsa,” katanya yang merupakan guru prasekolah.

Katanya, di sekolah Paya Pulai (sekolah lamanya) selama dua tahun, beliau telah menyiapkan banyak bahan bantu mengajar.

“Saya juga banyak peranan dan sumbangan sebagai guru aset sekolah, guru penyelaras kelas prasekolah, jurulatih catur, guru pembimbing pelatih praktikal, AJK projek perintis I-Think sekolah dan AJK PIBG,” ujarnya.

Ditanya sebab pertukaran, Azman beliau tidak menolak disebabkan faktor politik memandangkan beliau tidak mempunyai masalah moral tetapi mengakui aktif bersama program-program PAS.

Baginya, pertukaran secara tergesa-gesa itu satu penganiayaan dan salah guna kuasa kerana diarah berpindah secara tidak bertamadun.

“Saya masih pegang keratan akhbar kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran (Datuk Fuad Zarkashi) yang mengatakan pertukaran mengejut akan dikaji semula dan akan pastikan lebih jelas supaya prosedur difahami lebih jelas.

“Prosedur biasa pertukaran hanya dua kali setahun iaitu bulan Jun dan Disember,” katanya.

Beliau mengakui banyak kali ditukar sekolah sejak berkhidmat sebagai guru dipercayai atas sebab politik. Tetapi baginya, aktiviti politik dilakukannya di luar waktu bertugas dan beliau tahu sempadan antara tugas berkhidmat sebagai guru dan tugas sebagai ahli parti.

“Sekarang saya terpaksa tidur dalam kereta. Mujurlah PAS Cawangan Mayam bermurah hati mempelawa saya tidur di markas pada masa akan datang,” katanya.

Azman yang belum berumah tangga, berkata beliau menjaga ayahnya yang tinggal bersendirian di Taman Sri Semantan Temerloh. Apabila ditukarkan, jiwanya merasa sedikit tertekan.

Turut sama menziarahi Azman ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bera Musaniff Abdul Rahman dan Setiausaha PAS Kawasan, Mohd Wali Ahmad.

02 Februari, 2013

Orang Asli Tempelak Najib Dan Pencacainya

PERAK 2 Feb: Tindakan Umno BN meluluskan 34,700 permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) kepada orang asli merupakan keputusan terdesak untuk memancing undi, kata Tijah Yok Chopil.

Koordinator Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) itu berkata, kelulusan tersebut bukan lahir dari keikhlasan tapi bermotifkan kepentingan politik semata-mata. “Pemberian ini hanya untuk mengumpan orang asli, tidak lebih dari itu. Jangan ingat orang asli tidak ada maruah dan boleh termakan umpan tersebut begitu sahaja.

INI IBRAHIM ALI KENA JAWAB

Saturday, February 2

TERHOT: Singapura pulak bikin Umno PANAS... [Saksikan]

0 org komen
Ditengah tengah keriuhan Perkasa @Umno beria-ia nak bakar bible, timbul plak papan tanda neh yang khusus dicipta untuk ahli Umno dan Perkasa...

Aikk..!! kat Singapura pun ada Perkasa @Umno ka...? Fuyoo...! Internationalnya... Memang cari sakit la Singapura neh...
Nuffnang Ads

Sabtu, 2 Februari 2013

KES LENDIR - SIAPA NAK BUNUH SIAPA?



KILANG LENDIR

Bekas pemandu Zahida Rafik beri 

keterangan kepada SPRM


PUTRAJAYA: Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik, Noor Azman Azemi, hari ini hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, bagi memberi keterangan berhubung dakwaan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Mohd Shafie Apdal memberi sejumlah besar wang kepada artis itu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... KENAPA KES LENDIR INI DI BUKA SEKARANG?... kah kah kah..

kah kah kah...  APDAL NAK KENA BUNUH... kah kah kah....

kah kah kah... INI RANCNGAN NAJIB?.... kah kah kah..

kah kah kah...INI RANCANGAN MUHYIDDIN?... kah kah kah

woit... ATAU INI  HASIL  TARBIAH HARUN DIN?... kah kah kah..

kah kah kah... ATAU HASIL TARBIAH....HARUN TAIB?...kah kah kah


NOTA:
harun din
dan harun taib
mahu pemimpin melayu islam
yang bermoral suci  kah kah kah






TUKAR TIUB

PECAT JEW !

MB Selangor: 'Pecat CEO keputusan lembaga KSSB, bukan saya'
NIZAM ZAIN
2 Februari 2013
MB Selangor: 'Pecat CEO keputusan lembaga KSSB, bukan saya'
Abdul Khalid merasmikan Asrama Anak Pekerja Selangor di Petaling Jaya hari ini. - Foto oleh NIZAM ZAIN
 
PETALING JAYA - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan isu pemecatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), Wan Ab. Halim Wan Ismail tiada kena-mengena dengan beliau kerana ia diputuskan oleh lembaga pengarah syarikat pengurusan pasir itu.

Kata Khalid, keputusan penyingkiran Wan Ab. Halim dibuat berdasarkan hasil siasatan dalam KSSB.

"Perkara ini (pemecatan) dilakukan oleh Lembaga Pengarah.

"... saya tidak boleh halang ataupun campur tangan apa yang dilakukan mereka asalkan demi keadilan ia mesti dilakukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Asrama Anak Pekerja Selangor di Bangunan Peladang di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas sebab-sebab Wan Ab Halim dipecat sambil menyifatkan ia di luar pengetahuannya.

Malah Abdul Khalid mempertahankan tindakan lembaga pengarah KSSB itu yang dibuat mengikut prosedur yang betul.

Anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor itu menjadi perhatian ekoran krisis pengurusan apabila Ketua Pegawai Eksekutifnya dipecat.

Pelantikan Wan Ab. Halim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada Julai 2010, dipecat oleh lembaga pengarahnya atas alasan salah guna kuasa dan melanggar prosedur operasi.

Pemecatannya Wan Ab. Halim, 65, dilihat mengejutkan banyak pihak dalam KSSB sendiri memandangkan kontraknya disambung dua tahun lagi oleh Menteri Besar, Julai lalu.

Pemecatannya dimaklumkan kepada Wan Ab Halim secara bertulis awal bulan selepas lembaga pengarahnya melantik sebuah firma bebas untuk menjalankan siasatan.

Wan Ab. Halim, 62, yang berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan Perlombongan dari London University, United Kingdom berpengalaman luas dalam bidang perlombongan sumber galian termasuk pasir, batu, timah, besi dan emas.

Kerajaan negeri Selangor menubuhkan KSSB bagi mempelopori industri pasir dan bahan batuan serta mineral lain secara bersepadu.

KSSB melancarkan tapak operasi pengeluaran pasirnya yang pertama di Lot 32546, Mukim Dengkil, Daerah Sepang pada 15 September 2008 yang dirasmikan oleh Abdul Khalid sendiri.

KSSB yang ditubuhkan pada 26 Jun 2008 merupakan anak syarikat kerajaan negeri Selangor dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan).

KSSB menguruskan aktiviti pengestrakan pasir mengikut tatacara dan peraturan-peraturan ditetapkan oleh jabatan-jabatan teknikal, Pentadbir Tanah dan Pentadbir Negeri, pemegang permit pemindahan pasir sah, membayar royalti sepenuhnya untuk pasir yang dipindahkan, menjalankan dan memantau operasi pemindahan pasir mengikut peaturan, mendokong program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

BANYAK LAGI TANAH AKAN DIBERIKAN KEPADA RAKYAT

Saturday, February 2, 2013

Hasrat Penduduk Kg. Keretapi Miliki Geran Tanah Ditunaikan Kerajaan PR Selangor

KLANG, 2 FEB : Menunggu lebih 50 tahun, akhirnya impian Alias Ahmad,65, untuk memiliki geran tanah ditunai Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

Alias AhmadBeliau antara 112 penduduk Lorong Bunga Raya. Kampung Keretapi yang menerima geran milikan tanah daripada Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dalam satu majlis di sini.

Difahamkan, pemberian geran milikan tanah di kampung tersebut mencatat sejarah apabila ia menjadi kawasan pertama yang menerima pewartaan tanah rizab melayu di Klang sejak tahun 1955.

Alias menambah, penantiannya selama ini berbaloi setelah sekian lama hak milikan tanahnya dinafikan Kerajaan Umno-BN sebelum ini.

Katanya, beliau pernah beberapa kali memohon kepada Kerajaan Negeri yang ditadbir Umno-BN sebelum ini untuk mendapat hak milikan tanah.

Namun menurutnya, pemimpin Umno-BN terdahulu sering menabur’janji manis’ untuk menyerahkan hak milik tanah kepada penduduk setiap kali menjelang pilihanraya, namun hasrat itu tidak pernah ditunaikan.

“Alhamdulillah, Kerajaan PR Selangor mendengar masalah rakyat dan cuba membantu sedaya-upaya untuk memberi geran tanah kepada penduduk di kawasan ini. Saya benar-benar bersyukur,” katanya.

Noor Aisah ZakariaSeorang lagi penduduk, Noor Aisah Zakaria, 45, pula menyifatkan pemberian geran tanah itu akhirnya memenuhi impian yang ditunggu lebih 25 tahun lalu.

Beliau yang pada mulanya menganggap ia sekadar janji politik mula merubah persepsi sebaik sahaja janji tersebut berjaya dilaksanakan Kerajaan Negeri.

“Saya sangat gembira dan bersyukur atas pemberian milikan tanah ini. Tiada apa yang mampu saya ungkapkan selain ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Kerajaan PR Selangor berjaya buktikan keprihatinan mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Dr Halimah ketika ditemui berkata, Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk menyelesaikan isu permohonan hak milik tanah yang berlarutan sejak pentadbiran Umno-BN dahulu.

Beliau berkata, sasaran Kerajaan Negeri selepas ini adalah untuk menyerahkan geran milikan tanah kepada lebih 100 penduduk di Kampung Sungai Sireh.

“Mereka ini bertahun-tahun memohon dan menjadi peneroka di sini, malah ada di kalangan mereka yang meninggal dunia. Proses untuk mendapatkan geran ini begitu rumit kerana tanah yang didiami penduduk adalah tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM), namun kabinet menyerahkannya kepada Kerajaan Negeri.

“Saya memantau masalah ini dan kebanyakan daripada mereka menunggu lama. Alhamdulillah hasil usaha berterusan, geran itu akhirnya dimiliki oleh penduduk setelah menunggu lama,” katanya.


 Bloglist Malaysia

MUKA JEBON !

PEMIKIRAN UMNO NI MACAM TAK TAHU TAMADUN

Saturday, February 2

Kalau Umno tak paham jugak tak tau la... [Baca...]

Mohd Azwan Shuip serah borang keahlian Pas penduduk Hutan Kampung kepada Abdul Hadi, disaksikan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar (tengah)

Hadi: Pas, Umno tidak boleh bekerjasama

Pas tidak boleh bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam perkongsian kuasa di negara ini kerana ia tidak tahu memerintah.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Umno tidak tahu membina sebuah negara yang berteraskan kepada agama Islam.
“Bukan kita tidak boleh bekerjasama dengan Umno, boleh bekerjasama. Tapi baik perintah negeri, Umno tidak tahu memerintah negeri. Tidak boleh kerjasama sebab mereka tidak tahu memerintah.
“Contoh di Kedah, Pakatan Rakyat (PR) di bawah Pas baru empat tahun perintah. Masalah air dan jalan atau masalah 50 tahun dulu sebelum kita perintah, dia (Umno) kata kita la punya kerja,” katanya di sini, kelmarin.
Beliau berkata, begitulah keadaan Melayu yang mudah lupa kerana menyalahkan PR menjadi punca masalah air walaupun ia baru memerintah empat tahun di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
Karpal: Isu kalimah ALLAH belum selesai
SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
2 Februari 2013
karpal-singh
Karpal Singh
 
GEORGETOWN - Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) mengenai kalimah ALLAH dan bukan oleh Majlis Syura Ulama Pas.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, PR sudah bersetuju dengan penggunaaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya Pas yang tidak bersetuju menerusi Majlis Syura.

Beliau berkata, Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat PR dan bukan Majlis Syura.

"PR adalah sebuah organisasi yang besar (dianggotai DAP dan PKR) manakala Majlis Syura hanya terdiri daripada Pas," katanya pada sidang media di Air Itam di sini, hari ini.

Beliau berkata, DAP kesal dengan kenyataan Pas yang mengesahkan bahawa isu penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam sudah selesai.

Menurutnya, kenyataan itu dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan Pas tetap dengan keputusan Majlis Syura yang tidak membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH.

"Saya kesal dengan kenyataan itu. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya.
"Kita masih meminta Majlis Syura Pas untuk mempertimbangkan supaya kalimah ALLAH boleh digunakan oleh orang bukan Islam," katanya.

Mengenai kenyataan yang mengatakan isu itu sudah selesai dalam pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di rumahnya minggu lalu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, itu tidak benar sama sekali.

Ditanya sama ada beliau ada berbincang dengan Nik Aziz mengenai isu itu semasa lawatan ke rumahnya tempoh hari, beliau berkata, ia hanya perjumpaan tidak rasmi dan tiada perbincangan isu serius.

"Semasa perjumpaan itu, saya dan Nik Aziz langsung tidak berbincang isu ini malah tiada perbincangan isu serius. Beliau hanya datang melawat saya sebagai seorang rakan.

"Ia adalah perjumpaan yang tidak formal. Saya tidak tahu bagaimana Hadi dapat maklumat mengenai isu kalimah ALLAH yang dikatakan sudah selesai selepas DAP setuju dengan keputusan Majlis Syura Pas," katanya.

Hadi mengumumkan bahawa isu penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam sudah selesai selepas Karpal akur dengan keputusan Majlis Syura Pas apabila mendapat penerangan lanjut daripada Nik Aziz ketika lawatannya di Pulau Pinang minggu lalu.

BAPA GURU QURAN, ANAK JADI POLONG UMMMMMMM

Saturday, February 2, 2013

Mahathir Telah Gagal Menghantar Polongnya Untuk Pecah Belahkan PR

Ikuti firasat MSO terhadap Musa

Apa yang dibimbangi terhadap Musa sudah terjadi

Mula-mula lagi saya telah mengsyaki sesuatu yang tidak baik kepada bekas Ketua Polis Negara, Musa Hasan bila dia secara tiba-tiba menunjukkan minat kepada Pakatan Rakyat dan dalam masa sama mengkritik bekas pasukannya.


Asas kesangsian saya mudah, Musa ialah polis, polis merupakan peribadi yang tidak boleh dipercayai kerana mereka sangat menghormati pasukan mereka. Setiap dari mereka akan bersumpah taat setia dan memegang piagam perkhidmatan. Piagam itu mereka akan genggam hatta hingga ke saat akhir hayatnya. Ada orang kata kalau dia polis jangan dipercayai ketegasannya dalam jawatan baik dia ayah, abang, adik, isteri atau suami kita. 

Saya pernah menonton sebuah filem Barat mengenai ketinggian peribadi seorang tentera. Tentera ini sangat menghormati kepada ikrar dan sumpah setia perkhidmatannya. Dia sangat menghormati kepada ketua dan sedia berkorban untuk negara atas arahan bosnya. Kerana semangat tentera itu sudah 'menjelirat' ke dalam darahnya, hingga ke saat beliau hendak menghebuskan nafas terakhirnya dia masih angkat tangan, (tabik) kepada ketuanya yang menziarahi dia saat di sakaratumaut itu. 

Nah.. begitu juga dengan polis, apa lagi orang seperti Musa Hasan, bekas IGP. Orang yang bertaraf sepertinya tidak mungkin akan terbalik ketaatanya kepada kerajaannya dengan begitu mudah kalau tanpa ada sebab musabab besar. Apa lagi kenaikannya menjawat jawatan itu dengan melangkau beberapa orang pegawai senior lain lagilah dia perlu berdisiplin. Dalam kata lain kenaikan Musa menjadi IGP kerana ada sebab bersebab tentulah dia berterima kasih banyak kepada 'rekmendor'nya. 

Jadi apabila dia menunjukkan angin kepada Pakatan Rakyat menyebabkan saya berburuk sangka mengira ada sebab bersebab dan ada udang di sebalik batu. Saya mengambil pedoman bidalan orang tua-tua; tempua tidak akan bersarang rendah kalau tidak ada mengada. Justeru apabila Musa menunjukkan baik hati dan buang tabiat ingin berbudi dengan Pakatan Rakyat tertentu ia ada motif tersirat.

Lantaran itu sebaik saya mengetahui dia sedang merisik untuk menyertai PAS, saya terus menembaknya awal-awal lagi. Saya memberi ingatan kepada PAS agar tidak mudah terpesona dan tertawan dengan perubahan fiil perangai Musa Hasan. Gara-gara itu menyebabkan Musa terpaksa menafikan dan PAS juga terpaksa membuat penelitian semula terhadap sikap ganjil Musa. 

Wahasilnya dia tidak jadi mengisi borang PAS. Terima kasih kepada tokoh veteran Umno yang memecahkan maklumat ini kepada saya. Mungkin kalau maklumat ini tidak terpecah awal boleh jadi Musa kini sudah pun berada dalam PAS, dan telah pun hadir ke muktamar PAS di Kota Bharu yang lalu. Apabila beliau gagal untuk menyusup di dalam PAS dan memecah belah kepaduan PAS dengan parti Pakatan Rakyat khasnya PKR, beliau membuat tektik dan strategi lain.

Musa memang seorang hebat dan tidak tahu malu muka. Seorang tali barut yang bagus. Bayaran atau pun benefit yang bakal diperolehinya kalau misinya berjaya mungkin dapat membayar segala malu aid dan maruahnnya yang tergadai kerana aksi itu. Selepas gaga mengetuk pintu PAS dia berjinak-jinak pula dengan Anwar Ibrahim. 

Langkah pertama dia menarik balik saman ke atas Anwar Ibrahim berhubung dakwaan Anwar di dalam satu laporan polis menuduh dia terlibat dalam menyembunyikan maklumat bersama Ghani Petail. 

Penarikan balik saman itu mengejutkan bukan saja Anwar tetapi orang ramai juga. Apa lagi ianya bukan atas kehendak Anwar. Semua orang naik bingung dan mula merasakan Musa seorang yang baik dan lebih diharapkan dia akan membantu perjuangan Anwar kononnya atas rasa insaf kerana menyusahkan Anwar sewaktu era reformasi dulu.

Mereka yang berhati lembut mulai merasa lunak dengan Musa dan suka sangat kalau dia berbalik hati memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.  Kehadiran Musa itu akan disambut dengan pulut kuning dan ayam panggang. 

Keberanian  diambil oleh bekas Pengarah Siasatan Jenayah,  Fauzi Shaari dijadikan ukuran bagaimana hati nurani Musa terbuka dan menginsafi apa yang berlaku. Begitulah selalunya rakyat bersangkat baik kepada penjawat awam, walaupun rekod penjawat awam itu cemar dan buruk dan menyakitikan hati mereka sewaktu memegang kuasa. 

Sebenarnya beberapa bulan sebelum Musa cuba menjinak diri dengan PAS sudah ditaburkan propoganda kononnya Musa seorang yang kuat bersembahyang. Nama ayahnya Hassan Azhaari digunakan untuk mernunjukkan akan ketinggian budi dan akhlak bekas IGP ini. 

Saya sudah hairan kenapa nama Musa tiba-tiba dijaja dengan sebegitu rupa. Belum pernah selama beliau berkhidmat di dalam pasukan polis nama baik dan maruah ayahnya ditimbulkan bersama namanya. Rupa-rupanya ada muslihat di sebaliknya. 

Seperti kata saya tadi selepas gagal menjinakkan PAS dia cuba menjinakkan Anwar pula. Anwar juga mulanya sudah mulai termakan dengan perangkap Musa dan mulai hendak jinak dengan Musa Hasan.

Begitulah Anwar seorang yang tidak tahu berdendam dan pemafaat serta redha atas takdir yang berlaku mudah bersangka baik. Dia tidak tahu implikasi di sebalik bersangka baik sebab itu dia selalu kena main dalam manis oleh konspirator yang hendak menjatuh dan memusnahkan kerjaya politiknya.

Ketika saya berjumpa dengannya di mahkamah, dengan bangga Anwar bercerita kepada saya yang Musa telah berubah hati dan bersedia membantu Pakatan Rakyat. Kononnya Musa akan mendedah berberapa tembelang polis dan kerajaan yang masih menjadi msiteri sebelum ini. Cara Anwar bercerita hari itu beliau yakin sangat dengan madah berhelah Musa itu.

You tahu.... Musa Hassan pun telah mula berubah," begitulah Anwar membuka cerita. Saya tahu dia mahu menarik perhatian saya. Saat itu kami kebetulan sedang minum di kantin kompleks mahkamah selepas rihat pendengaran bicara satu kesnya. Meja kami berdekatan dan dia datang berdiri di meja kami. "Dia dah tarik saman ke atas saya," sambungnya lagi dengan wajah ceria. Saya tidak memberi respon pantas dan hanya mendengar saja. 

Entah macam mana hati saya mendidih dengan tiba-tiba apabila mendengar nama Musa Hasan yang terus disebut-sebutnya itu lantas bekata; "saya ingat Pak Sheikh jangan percayakan Musa, dia ada udang di sebalik batu. Dia nak kenakan Pak Sheikh saja," kata saya. Anwar tercenggang dan mengenyitkan kening macam Ziana Zain seakan tidak percaya dengan apa yang saya katakan.

"Jangan mudah percaya Pak Sheikh, dia ada motif," tekan saya lagi dengan lebih tegas.

Adik Anwar, Rosli yang berdiri di sampng kami terus menyampuk; "aku dah kata dah...," Rosli bersetuju dengan pandangan saya dan dia terus meninggalkan saya bercacangan dengan Anwar. 

Mungkin Rosli berbulu dengan sikap dan perangai abangnya yang mudah kesian dan percayakan orang itu. "Tetapi... ok la...," Anwar sambung lagi sekaan kurang senang dan cuba menyenangkan saya. "Itu...pun bersama kita," tingkah lagi Anwar sambil memberi isyarat kepada bekas Ketua Pendakwa yang mengendalikan kes liwat II nya dulu dan kini telah bertindak membelanya pula. 

Anwar mengambil contoh pendakwa itu terhadap apa yang berlaku ke atas Musa Hasan. Bila saya menunjukkan kejengkilan kepada Musa, Anwar jadi serba salah hari itu untuk menceritakan perubahan Musa. Dia tidak senang dengan gelagat saya. 

Hari itu juga dia menyebut, Musa ada hendak berjumpa dengannya. "Dia nak jumpa saya, tetapi saya suruh jumpa orang lain dululah..." ceritanya menyebabkan saya sekali lagi menegaskan; "lebih baik you jangan layan, bahaya. 

Saya tidak tahu apakah Anwar jumpa Musa atau tidak. Tetapi dari makluman dalaman saya dapat tahu Anwar tidak berjumpa dengan Musa. Musa terus juga hasratnya hendak jumpa dengan Anwar. Dia  meminta bantuan bekas seorang pegawai polis tetapi Anwar tetap tidak mahu berjumpa. 

Mungkin Anwar menemui petanda baru bahawa tujuan Musa berbaik dengannya itu adalah tektik untuk memecahkan hubungannya dengan rakan dalam Pakatan dan membuat onar dalam PKR. 

Dan, Musa Hasan ternyata frust dengan dua kegagalan itu; menyertai PAS dan berbaik dengan Anwar. 

Rasa kecewa Musa ini jelas sekali apabila beliau telah meralatkan semula kritikan beliau ke atas polis yang agak lantang sebelum ini dengan mengatakan jangan salah anggap sikap vokalnya kepada polis. 

Sebelum ini, sewaktu hendak berbaik dengan Anwar bukan main lagi dia mengkritik kepimpinan polis yang kononnya berlaku penyalahgunakan kuasa.

Penjelamaan beliau dalam majlis Bicara Mahathir, di Karangkraf beberapa minggu lalu pula menjelaskan siapa dia Musa sebenarnya. Kehadiran itu menunjukkan keakraban dia dengan Mahathir dan masih melaksanakan misi atas kehendak Mahathir?

Dia masih belum berubah dan apa yang cuba dilakukan sebelum ini adalah strategi dan sandiwara semata-mata.

Terbaru tuduhan Musa kononnya Pakatan Rakyat akan menghidupkan semula akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Apa tujuan dan motifnya. 

Tuduhan itu jelas berniat jahat ke atas Anwar Ibrahim.

Dia mahu agar orang Melayu marah kepada Anwar. Tuduhan itu menjelaskan betapa busuk pahitnya hati Musa Hasan. Dia ini sanggup melakukan saja untuk survivelnya. 

Kalau dia tahu asal usul dan perjuangan menentang ISA dia tidak akan buat tuduhan itu. Dia tidak akan tergamak untuk bercakap bohong dan menyatakan sesuatu yang semua tahu. Siapakah yang memperjuangkan untuk memansuhkan ISA. 

Apakah Umno dan Mahathir atau pun Anwar dan Pakatan Rakyat?

'Debek' dan 'ngor' sangatlah sebagai bekas IGP tidak mengetahui sejarah mengenai ISA dan perjuangan menentang akta berkenaan.

Jadi sekali lagi tindakan dan fitnah Musa itu menggambarkan rupa dirinya sebenar. Dalam banyak hal saya nampak Musa sama mempunyai watak dan bentuk hati seperti Mahathir.

Suka melempar batu sembunyi tangan dan mengamalkan politik kotor tanpa mengira masa dan ketika. Yang penting semua itu akan memuaskan hatinya.

Bila mengenangkan kecelaruan Musa hari ini saya merasa bahagia kerana apa yang saya bimbangi terhadapnya tidak sempat menjadi kenyataan. Musa gagal untuk memecah belahkan PAS, Anwar dan Pakatan Rakyat dengan menjadi tali barut atau pun musang berbulu ayam dalam mana-mana parti Pakatan Rakyat.  [wm.kl.1:19 pm 02/02/13]

SEBAB PKR TAK LAYAN


MEMULA MUSANG NI MACAM SOKONG PR, TAPI PR TAK LAYAN, PAS TU DIA BELASAH LAK PR, PAS TU RUPANYA DIA NIH TIGA SUKU RUPANYA !

 

MUSA HASSAN BELASAH PAKATAN SEMULA!!!


Sebelum ini, SH ada bagi peringatan kepada puak - puak Pakatan Pembangkang tu supaya diorang jangan terlalu gembira dengan TS Musa Hassan ni.

Peringatan tu sebab TS Musa Hassan ni bukan macam diorang. Dia ada perancangan dia secara teliti dan perlu dilihat secara mendalam.

Masa tu, diorang beria - ia sangat percaya dengan apa yang dinyatakan oleh Tan Sri Musa. Beria - ia diorang jadikan ayat TS Musa tu sebagai tangkal azimat.

Diorang jadikan kata - kata TS Musa tu sebagai modal untuk diorang berpolitik. Sekarang macam mana? Diorang nak percaya tak dengan apa yang disebut oleh TS Musa ni?

Diorang tak nak jadikan kata - kata TS Musa ni sebagai bahan azimat lagi ke? Tak nak diorang politikkan perkara ni dikalangan ahli - ahli diorang?

Tak nak diorang jaja pulak apa yang diucapkan oleh TS Musa ni kepada rakyat? Atau, adakah diorang akan buat dakwaan yang bukan - bukan?

Itulah. SH dah cakap dah. Tapi, diorang tak nak dengar. Sekarang, rasakan. Apa lagi yang diorang nak kata? Jangan diorang tuduh TS Musa ni ikut telunjuk UMNO pulak sudah la!!! Hari tu diorang jugak yang beria sangat sokong!!!
PETALING JAYA - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemungkinan besar mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Beliau berkata, ia berikutan tindak tanduk Anwar dan kenyataan PR yang sering berubah-ubah dalam sesuatu isu, maka tidak mustahil akta tersebut diwujudkan semula jika mereka berkuasa.

Menurutnya, ia berikutan ISA diakui oleh ramai pihak sebagai satu undang-undang pencegahan yang berkesan, malah banyak negara termasuk Amerika Syarikat meniru akta tersebut.

"Kita tidak tahu apa yang ada dalam hati beliau (Anwar), tidak mustahil ISA boleh diwujudkan semula jika mereka memerintah.

"Kenapa saya berfikiran begitu, kerana mereka sudah memulakan budaya huruhara, memainkan isu perkauman, agama dan memainkan soal keselamatan negara," katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam. - seterusnya...

02 Februari 2013

Panas ! Perhimpunan Anak Muda BN Kedah..2 juta Yang Hadir..?

BN Kedah terima pukulan maut... hanya 2,000 (anggaran maksimum) anak muda hadir bertemu PM

Himpunan syok sendiri BN untuk 'menipu diri sendiri'

Oleh: Sudin Ishak

BN menggunakan pertubuhan belia untuk menghimpunkan anak-anak muda di Stadium Suka Menanti bagi menggambarkan sokongan besar untuk seorang Perdana Menteri kononnya. Dengan menggunakan bajet kerajaan Pusat para pelajar sekolah dari tingkatan 5 dan 6, serta institusi pengajian yang lain dikerah hadir dengan bas percuma. Para Mat Rempit diberi sedikit duit poket untuk mengisi minyak dan rokok, di samping ramai juga yang datang kerana dijanjikan lesen motor terbang secara percuma.

Pun begitu BN Kedah hanya mampu menghimpunkan kira-kira 2,000 (anggaran paling maksimum) anak muda untuk mengangkat kain tertera 'I love PM' sebagai satu cara untuk menghiburkan hati Najib yang gundah gulana akhir-akhir ini. Sokongan palsu untuk menipu seorang pemimpin adalah cara biasa yang dihidangkan kepada semua para diktator dunia oleh para pengampunya.

Tidak ada perkara besar dalam ucapan Najib... mungkin kerana sudah terlalau banyak berjanji tapi jarang tertunai, kali ini Najib menjanjikan sebuah litar lumba untuk mat rempit apabila mendapati ramai yang hadir terdiri dari mat rempit. Biasalah tu cara Najib tagih sokongan... kalau yang datang tu ramai peminat rock mungkin Najib akan janjikan pentas rock percuma di setiap daerah. Beliau akan buat apa saja untuk membeli undi... di saat nazaknya BN.

BN semakin gelabah dengan kebangkitan anak-anak muda menolak BN. Ia adalah fenomena biasa bagi golongan muda di seluruh dunia.. iatu menolak sebuah kerajaan yang terlalu tua, tidak pernah bertukar sejak merdeka.

(Bosan menunggu pelanggan yang tak kunjung tiba)
(Ramai yang hadir ialah bakal anak muda dan bekas anak muda)
(Para peniaga tiada mendapat manfaat)
(Ramai peniaga mengeluh.. pelanggan kurang)
(Suasana macam dilanggar geruda)

(Waktu PM sampai agak ramai sedikit... itupun tak sampai 1000 yang berada bawah khemah, yang lain berlegar di luar khemah mungkin bosan menatap wajah PM)


GILA APA... ORG SINGAPORE COMPLAINT PASAL PEMECATAN AHLI PAS

Ibarat orang singapore yang dok gila kutuk pemerintaha Malaysia... samalah dengan Puak-puak yang dah takde jawatan dalam PAS kini mendapat job baru lagi bila menjadi jurucakap untuk lidah rasmi UMNO...Semalam Hasan anak Pak Ali bercakap hari ini Hasan Basri pulak dok desak golongan ulama dalam Pas terutama ahli Majlis Syura Ulama diseru supaya bersatu 'memperbetulkan' keputusan memecat bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa yang dilihat dibuat tanpa mengikuti prosedur.
 
Bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Pak Hasan Basri Mohd. berkata, selain dilihat membuat keputusan yang salah, pemecatan Nasharudin menguatkan lagi bukti bahawa golongan pro- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau digelar 'Anwarinas' dalam parti itu semakin menguasai Pas.

Dengan hal yang demikian, katanya, keputusan Pas yang tidak memberi peluang kepada Nasharudin untuk membela diri akan menyebabkan tindak-tanduk parti itu semakin terkeluar daripada landasan Islam yang mementingkan prinsip keadilan dan sahsiah.


.... lepas nie sape pulak ahli PAS nak jadi lidah rasmi UMNO... dipersilakan

AIIIIK ? MUKA SAMA JEW !

02 Februari, 2013

Kerana Kebodohannya, Ali Rustam Di Bidas

KOTA BHARU - Cabaran yang dilontarkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam kepada Pas untuk memecat keahlian Nasharudin Mat Isa dalam parti itu dianggap tidak relevan.

Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri, Fadhli Shaari berkata, cabaran ahli majlis tertinggi Umno itu dianggap tidak relevan dan tidak sepatutnya dipersoalkan.

“Beliau (Nasha) hanya melakukan beberapa kesilapan yang tidak wajar dilakukan oleh seorang Ahli Majlis Syura, bukanlah sehingga peringkat wajib dikenakan tindakan keluar parti,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau diminta mengulas isu Ali Rustam yang mencabar Parti kepimpinan Datuk Abdul Hadi Awang itu membuang keahlian Pas yang dimiliki Nasharudin Isa kelmarin.

Menurutnya, Nasha juga tidak pernah dikaitkan dengan politik wang untuk menang pemilihan parti dan tidak juga mencadangkan supaya kelab malam dibuka sehingga jam 3 pagi.Beliau berkata, walaupun Nasha kini bukan lagi Ahli Majlis Syura, namun beliau masih tetap sebagai ahli Pas.

"Sebagai contohnya, walaupun majlis perkahwinan anaknya (Nasha) sedikit besar, namun tidak sampai ratusan ribu duit rakyat dihabiskan, jangan pandang rendah pada kepimpinan kami.

"Cabaran itu tidak masuk akal dan Pas tidak akan runtuh jika apa-apa berlaku pada Nasha, bukan sebagaimana yang didakwa beliau (Ali) yang menganggap nasib Pas bergantung pada Nasha,” katanya.

Fadhli berkata, Pas juga tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan pemecatan keahlian Nasha dalam parti tersebut walaupun tidak dicalonkan mana-mana kawasan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. ~ sinar harian
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.