Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TERKEDU PAKATAN HARAPAN JIKA HUDUD BERJAYA

Hudud: Kelantan yakin Pusat serius
Hudud: Kelantan yakin Pusat serius
Ahmad (tiga, kiri) meraikan tetamu dari Kedutaan Arab Saudi.
 
KOTA BHARU- Kelantan yakin dengan kesungguhan kerajaan pusat untuk merealisasikan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di negeri ini. 
 
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, komitmen itu berdasarkan pertemuan terbaharu Januari lalu bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai usaha untuk membolehkan Akta 355 dipinda.

“Memang ada komitmen dari kerajaan persekutuan untuk meneruskan pindaan Akta 355. Cuma ada beberapa isu teknikal tidak selesai yang menyebabkan pada tahun lepas kita tidak boleh bentang di Parlimen dan mereka juga tidak boleh bawa.

“Daripada perbincangan kita lihat ada komitmen yang diberikan dan kita harap komitmen itu benar dan diteruskan,”  katanya kepada media semalam selepas menerima kunjungan Mustasya Islamik Kedutaan Arab Saudi, Abdul Rahman Al-Harfi yang turut disertai Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di JKR 10.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, kerajaan pusat kini dalam usaha memperoleh persetujuan daripada semua negeri dan mendapat perkenan Majlis Raja-Raja sebelum ia boleh dibawa ke Parlimen.

“Secara umumnya sebarang pindaan yang hendak dibuat, yang menyentuh pasal mahkamah syariah, undang-undang Islam ini kena dapat perkenanan Majlis Raja-Raja.

“Setakat ini lebih separuh negeri telah bersetuju untuk pinda akta ini. Jadi bila semua negeri sudah perkenan dan dibawa kepada Majlis Raja-Raja barulah boleh dibentangkan di Parlimen. Ada beberapa negeri lagi belum. Jadi itu yang tertangguh,” katanya.

Tambahnya, beliau juga tidak boleh menjangkakan tempoh sebenar ia boleh dibentangkan di Parlimen memandangkan ia  perlu diselesaikan dengan negeri yang masih belum menyatakan persetujuan.

“Ini lebih kepada aspek teknikal sahajalah yang memerlukan masa… kena selesai benda ini dulu, sebab agama berada di bawah bidang kuasa sultan.  Memanglah, harapan kita tahun ini sempatlah, Harapan kita tahun lepas lagi selesai,” katanya.

ANDAINYA TUN MAHADHIR KWAR UMNO TIADA BERI KESAN PADA UMNO, MAKA MAHADHIR MASUK UMNO BALIK

Tun M keluar, Umno terus agenda perjuangan
Najib Tun Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab pertanyaan media tempatan selepas menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Forum Ekonomi Jeddah semalam sempena lawatan kerja ke Arab Saudi. - Foto Bernama
 
JEDDAH - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada Umno bukan mengejutkan dan ia tidak seharusnya mengalihkan tumpuan kepada agenda kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara yang diperjuangkan parti itu. 
 
"Bagi Umno, kita akan teruskan agenda kita sebab banyak tugas yang perlu kita sempurnakan.

"Saya harap kita akan memberi fokus kepada perkara yang kita nak perjuangkan supaya Umno lebih kukuh dalam berdepan pelbagai cabaran terutama sekali persediaan menghadapi pilihan raya akan datang," kata Perdana Menteri.

Najib yang juga Presiden Umno menjawab soalan pemberita mengenai perkara berkenaan di Jeddah pada Selasa malam. Beliau kini melakukan lawatan kerja ke Arab Saudi.

Dr Mahathir pada 29 Februari lepas mengumumkan beliau sekali lagi keluar daripada Umno kerana dilaporkan tidak puas hati dengan parti.

Bekas perdana menteri dan bekas presiden Umno itu sebelum ini keluar daripada parti berkenaan pada 19 Mei 2008 selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu.

Dr Mahathir menyertai semula Umno pada 4 April 2009 apabila Najib mengambil alih kepimpinan negara dan parti.

Ditanya sama ada tindakan Dr Mahathir itu memberi kesan kepada Umno, Najib berkata: "Mungkin tidak, kerana biasanya kalau kita nak keluar daripada parti, kesannya (bila ia dilakukan) kali pertama.

"Tapi bila dah buat dua kali, banyak orang anggap ini sebagai tidak sangat memberi impak yang boleh menggugat kedudukan Umno."

Beliau turut ditanya sama ada Umno bimbang akan ada pemimpin lain yang mengikut langkah Dr Mahathir. "Itu terserah kepada mereka tapi keutuhan Umno ini akan kita pastikan.
 
Maknanya pemimpin yang komited kepada Umno dan (terus) bersama saya akan teruskan usaha untuk memperkukuhkan Umno," tegasnya.

Kepada pertanyaan sama ada usaha memujuk Dr Mahathir akan dibuat, Najib berkata ia bukan perkara mudah.

"Tapi kita bukanlah parti yang menolak dia, dan saya bukanlah pemimpin yang memikirkan tentang kedudukan saya sahaja seperti yang didakwa kerana yang perlu kita fahami ialah saya dipilih oleh proses demokrasi yang paling terbuka dalam sejarah Umno.

"Iaitu 160,000 perwakilan Umno memilih saya, bukan menggunakan perlembagaan lama, perlembagaan lama dulu banyak kekangannya misalnya kalau nak bertanding jawatan presiden, 56 bahagian kena calonkan seseorang itu.

"Tapi pada pemilihan Umno (yang lepas) ia paling terbuka sekali dalam sejarah, maknanya apa yang saya dapat hari ini ialah mandat daripada perwakilan Umno yang begitu terbuka berasaskan kepada prinsip demokrasi."

Najib berkata, beliau beriltizam untuk meneruskan mandat yang diterimanya daripada anggota Umno.

Kepada pertanyaan seterusnya berhubung kenyataan-kenyataan Dr Mahathir yang dilihat banyak menjejaskan imej negara, beliau berkata bekas perdana menteri itu bukanlah seorang yang mudah menghentikan sesuatu yang dilakukannya.

Menurut Najib, apa yang penting sekali ialah Umno dan kerajaan mesti dipertahankan. "Yang kedua ialah kita mesti tunjuk apa saja yang dilakukan oleh sesiapa termasuk Tun tidak akan mengalih pandangan kita daripada agenda utama iaitu untuk terus membangunkan negara termasuk ekonomi negara kita," katanya.

Najib seterusnya berkata, dalam keadaan ekonomi yang sangat mencabar ini, kerajaan akan terus menentukan kesejahteraan rakyat tidak terabai. - Bernama

AMPOOOON !!! BUKAN APAAAA HU HU %$#@&*&!!! >>>> ...... MENDEKAAAA !!!

UUUUU ! MAHADHIR MASUK PEH ? MAHADHIR LEBIH BAIK MASUK AMANAH, DISANA ADA RAWA !


Pas tidak terkejut Tun M tinggalkan Umno
Mohd Amar Nik Abdullah
Mohd Amar
 
KOTA BHARU - Pas tidak terkejut dengan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sekali lagi mengumumkan keluar Umno. 
 
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, ia tidak pelik memandangkan sebelum ini beliau pernah keluar Umno setelah kecewa dengan pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

“Tidak ada benda yang pelik lah. Tidak terkejutlah, bagi orang Kelantan ibaratnya tidak payah buat pulut kuninglah,” katanya kepada media semalam.

Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar menjangkakan Mahathir akan kembali bersama dengan Umno sekiranya bertukar Perdana Menteri nanti.

Ditanya mengenai perancangan Pas sama ada bersedia untuk membuka laluan kepada bekas Perdana Menteri itu menyertai parti itu, Mohd Amar berkata, ia tidak perlu dipelawa.

“Dia lebih tahu dia nak buat pilihan mana,” katanya.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai himpunan  mendesak Perdana Menteri melepaskan jawatan pula, Mohd Amar berkata, Pas menyokong pendirian Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak akan menyertainya.

“Saya rasa ahli Pas tidak akan pergi sebab biasanya bila presiden tidak pergi, ahli tidak akan sertai,” katanya.

Katanya, pihaknya juga tidak melarang ahli-ahlinya ikut serta perhimpunan anti Najib tersebut, namun kehadiran itu bukanlah atas tiket parti sebaliknya hak individu.

Lagipun katanya, penganjur himpunan, Datuk Zaid Ibrahim memberitahu pihaknya tidak menjemput Pas untuk menyertai himpunan yang dijadualkan berlangsung pada 27 Mac ini.
“Jadi eloklah kalau kita tidak pergi pun,” katanya

PERANGAI ORANG KARALA YANG RAWO


Tun M hanya ulangi sejarah lama
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
 
KOTA BHARU – Ketua Penerangan BN negeri, Datuk Md Alwi Che Ahmad mengakui tindakan keluar parti oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah sesuatu yang baharu. 
 
Katanya,  Umno sebelum ini pernah melalui sejarah hampir sama dan Mahathir hanya mengulangi sejarah tiga Presiden Umno lalu iaitu Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn, malah tindakan dua daripada mereka adalah disebabkan tidak bersetuju dengan Mahathir sendiri.

“Sejarah sentiasa berulang, hanya watak yang berbeza. Setakat ini, enam daripada bekas Presiden Umno, hanya dua yang kekal bersama Umno sehingga ke akhir hayat iaitu Tun Abdul Razak dan Insya-ALLAH, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Jadi sikap Tun Mahathir bukanlah sikap yang baharu. Presiden, Datuk Seri Najib (Tun Razak) perlu mengambil iktibar peristiwa pada zaman Tun M, ditinggalkan oleh bekas-bekas presiden dan bekas perdana menteri secara serentak. Jalan terus,” katanya kepada Sinar Harian  ketika diminta mengulas mengenai tindakan Mahathir yang mengumumkan keluar Umno, kelmarin, selepas mendakwa Umno kini tidak lagi sama seperti sebelumnya kerana parti itu seolah-olah telah menjadi parti penyokong untuk Najib.

Md Alwi berkata, Najib perlu menggunakan ilmu Mahathir sebelum ini, baiki kelemahan kerana pada waktu itu, bukan sahaja kehilangan dua bekas perdana menteri dan presiden, tetapi juga sebahagian besar ahli Majlis Tertinggi, menteri Kabinet dan pemimpin-pemimpin akar umbi.

Selain itu katanya, Umno juga mati dan diharamkan, tetapi Alhamdulillah berkat ketekunan dan kesetiaan ahli di bawah yang sentiasa setia kepada parti, Umno terus semarak dan obornya bernyala, walaupun kehilangan negeri Kelantan.

“Oleh yang demikian, saya menyeru ahli Umno untuk merapatkan barisan dan hadapi cabaran mendatang dengan semarak perjuangan demi rakyat dan negara. Bila tiba waktu pemilihan, kita sama-sama pilih pemimpin yang ikhlas, jujur dan bersih rasuah. Kita kenal pemimpin kita.

“Sama seperti Tun Mahathir. Kedua-dua bekas perdana menteri dan presiden, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein sangat besar jasa mereka. Tetapi keluar Umno adalah pilihan mereka.

“Sesuatu yang sangat malang untuk Umno,  namun kemalangan selalu berlaku dalam hidup kita. Yang paling penting, kepada kita yang masih bernyawa ini, apa tindakan yang perlu dilakukan selepas kemalangan tersebut,” katanya.

JANGAN TAKUT, SEHINGGA BERLAKU SESUATU

Suasana politik kini ‘menakutkan’
politik
- Gambar Hiasan
 
KUALA LUMPUR – Veteran Umno, Tan Sri Abu Zahar Ujang menyifatkan suasana politik ketika ini berada dalam keadaan ‘menakutkan’ sehingga boleh menyebabkan perpecahan orang Melayu dan Islam. 
 
Menurut beliau, keadaan itu hanya boleh dipulihkan jika orang Melayu dan Islam kembali dengan semangat bersatu padu.

“Sungguh pun kita (orang Melayu Islam) majoriti dalam negara ini, tetapi apabila kita berpecah, kita akan jadi minoriti. Jadi apa nasib anak bangsa pada masa akan datang?

“Saya mendoakan kalau boleh semua pihak, kalau tersilap di pangkal jalan baliklah ke pangkal jalan, Tak kira siapa. Jangan kerana tak suka seekor nyamuk kita bakar kelambu, itu tak wajar,” katanya kepada Sinar Harian.

Abu Zahar yang juga Yang Dipertua Dewan Negara berkata, sebagai bangsa yang penuh adab dan kaya dengan sifat sopan santun, orang Melayu perlu saling memaafkan dan hormat menghormati antara satu sama lain.

“Saya berharap kita jangan terlalu banyak label melabel dan kutuk mengutuk. Kurangkan perbuatan ini.

“Kita sebagai manusia kena fikirkan masa depan anak bangsa, tak kira apa parti sekalipun. Saya kenal semua pemimpin, kalau boleh cuba kita fikir secara mendalam semangat untuk pertahankan nasib negara bangsa khususnya orang Melayu,” katanya.

Katanya, parti-parti politik juga perlu memberi keutamaan kepada nasib anak bangsa sebagai perjuangan dan bukan kepentingan diri atau untuk mengejar jawatan.

“Kita juga ada undang-undang yang mesti dihormati. Sama ada yang masih pegang jawatan atau yang dah lepas laluinya sebagai pemimpin negara.

“Saya harap sangat semua pihak munasabah diri untuk jamin masa depan negara,” katanya.

JUMPA KHAMIS

Eskalator terhenti ketika ketibaan Muhyiddin di KLIA
Eskalator terhenti ketika ketibaan Muhyiddin di KLIA
Eskalator terhenti ketika ketibaan Muhyiddin di KLIA
 
KUALA LUMPUR- Keadaan ‎panik seketika berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa  (KLIA) apabila eskalator yang dinaiki bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba-tiba terhenti seketika. 
 
Insiden itu berlaku dek kerana terlalu ramai para penyokong dan pengamal media menaiki eskalator yang sama bagi mengiringi Muhyiddin keluar daripada Balai Ketibaan selepas beliau tiba di KLIA hari ini.

Muhyiddin tiba di KLIA hari ini ‎selepas beberapa hari berada di Vietnam.

Bagaimanapun keadaan kembali terkawal dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sementara itu, ratusan penyokong Muhyiddin hadir ke KLIA hari ini bagi menyambut kepulangan beliau.

Ketibaan Muhyiddin disambut dengan laungan 'Hidup Tan Sri' oleh para penyokongnya.

Dalam pada itu, Muhyiddin ketika bercakap kepada media berkata beliau akan membuat pengumuman penting mengenai perihal karier politiknya pada Khamis ini.

Saya akan adakan sidang media dua hari lagi (Khamis) di mana saya akan jelaskan semua perkara yang berkaitan dengan penggantungan saya, kedudukan saya di dalam Umno dan hal-hal yang lain yang perlu saya jelaskan.

‎"Sementara itu saya masih berada di dalam Umno," katanya.

BILA NAK BERAKHIR CERITA NI

'Kami undur jika rundingan ke atas Sabah dimulakan'
'Kami undur jika rundingan ke atas Sabah dimulakan'
 
KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini diberitahu penceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu akan berundur dari kampung itu jika kerajaan membuat perjanjian secara bertulis untuk memulakan rundingan berhubung tuntutan ke atas Sabah. 
 
Seorang tertuduh dalam kes itu, Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 53, berkata perunding bagi kerajaan Malaysia, yang dikenalinya sebagai Datuk Hamid Bador, memberitahu ketua pencerobohan itu Datu Agbimuddin Kiram, bahawa rundingan berhubung tuntutan ke atas Sabah akan bermula sebaik sahaja Datu Agbimuddin dan pasukannya meninggalkan Kampung Tanduo dan pulang ke Filipina.

"Bapa saudara saya Datu Agbimuddin setuju untuk berundur, tetapi katanya dengan satu syarat iaitu Datuk Hamid Bador memberitahu perdana menteri supaya membuat perjanjian (rundingan berhubung tuntutan ke atas Sabah) secara bertulis," katanya.

Datu Amir Bahar, yang memberi keterangan dalam bahasa Inggeris, membela diri atas dua pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas, memilih untuk memberi keterangan dari tempat duduk saksi.   

Tertuduh berkata Datu Agbimuddin memberitahu pasukan perunding bahawa dia (Datu Agbimuddin) dan saudara kandungnya serta bapa mereka Sultan Punjungan Kiram, datang ke Sabah pada awal 1970-an atas jemputan Ketua Menteri ketika itu, Tun Mustapha Datu Harun. Mereka berbincang tentang tuntutan ke atas Sabah dengan Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Katanya Datu Agbimuddin turut mengimbas kenangan semasa dia tinggal di negeri ini bagi tempoh yang panjang, malah dilantik sebagai penolong pegawai daerah Kudat, namun tiada penyelesaian dibuat berhubung tuntutan kesultanan Sulu ke atas Sabah.

Selepas mendengar penjelasan Datu Agbimuddin itu, Datu Amir Bahar berkata Datuk Hamid Bador menjawab dengan berkata permintaan Datu Agbimuddin itu akan disampaikan kepada perdana menteri sekarang.

Selesai rundingan itu, tertuduh berkata bapa saudaranya memanggilnya ke sebuah bilik di rumah itu, tempat rundingan diadakan.

"Selepas pertemuan (rundingan) itu ditangguhkan, saya dipanggil oleh bapa saudara saya Datu Agbimuddin masuk ke bilik dan dia menasihati saya supaya meyakinkan orang kami agar menimbulkan masalah di Semporna.

"Saya memberitahunya saya menghormati beliau sebagai bapa saudara saya, tetapi saya mesti menghormati keputusan bapa supaya saya tidak melibatkan diri dalam perkara yang membabitkan pihak berkuasa Malaysia," katanya.

Datu Amir Bahar berkata ini membangkitkan kemarahan Datu Agbimuddin yang memberitahunya: "Tiada siapa pun yang boleh mengarah saya, walaupun bapa kamu (Sultan Esmail Kiram) dan abang sulung saya Sultan Jamalul Kiram III".

Menjawab soalan peguam Majnah Abdillah, tertuduh berkata sepupu bapanya, Datu Naufal, yang turut menyertai pasukan rundingan bersama Datu Amir Bahar ke Kampung Tanduo, berada di dalam bilik bersama-sama orang Datu Agbimuddin yang dikenali sebagai Haji Musa.

Beliau berkata Datuk Hamid Bador dan seorang lagi pegawai polis yang dikenali tertuduh sebagai ACP Zulkifli, duduk di sebuah bilik terbuka di rumah berkenaan.

Datu Amir Bahar berkata semasa mereka berada di Felda Sahabat 16 selepas meninggalkan Kampung Tanduo, beliau berjabat tangan dengan ACP Zulkifli yang memintanya supaya meninggalkan Sabah bersama isterinya dan pulang ke Filipina atau berdepan risiko ditangkap polis.

"Saya berasa terkejut cara dia bercakap dengan saya. Dia sangat marah," kata tertuduh.

Tertuduh berkata sebaik tiba di tempat tinggalnya di Semporna, dia cuba mengatur urusan mencari sebuah bot untuk membawanya dan isteri ke Filipina, tetapi gagal apabila orang ramai mendapat tahu dia seorang putera sultan.

Datu Amir Bahar memberitahu mahkamah bahawa hubungan antara bapanya dan Datu Agbimuddin menjadi dingin ekoran perbezaan dalam cara mereka untuk menuntut Sabah, dengan Sultan Esmail menyukai pendekatan secara damai manakala Datu Agbimuddin pula memilih cara agresif.

"Bapa saya selalu nasihatkan beliau bahawa kita mesti sabar untuk berunding dengan kerajaan Malaysia. Jika kita mengambil pendekatan agresif dengan melancarkan perang ke atas Malaysia, apabila ia berlaku, mangsanya adalah orang awam," katanya.

Ketika Majnah bertanya kenapa Datu Amir Bahar terbabit dalam membantu polis berunding dengan Datu Agbimuddin, tertuduh berkata polis sebenarnya meminta bantuan bapanya, yang bersedia melakukan perjalanan dari Filipina, tetapi dihalang oleh Sultan Jamalul Kiram III yang menegaskan bahawa beliau adalah Sultan Sulu sah dan merupakan orang yang sepatutnya pergi.

"Bapa saya tidak pergi kerana untuk ke Malaysia, perlu ada wakil dari pejabat presiden Filipina sebagai pencelah dalam rundingan yang akan diadakan.

"Tetapi nampaknya Sultan Jamalul menegaskan beliaulah yang sepatutnya pergi, bagaimanapun pihak berkuasa Malaysia tidak suka berurusan dengannya," kata tertuduh dan menambah, bapanya sebaliknya menyerahkan tanggungjawab rundingan itu kepadanya.

Datu Amir Bahar memberitahu mahkamah dia datang ke Sabah secara sah pada September 2012 untuk mengatur perjalanan bapanya ke negeri ini memandangkan dia mahu berjumpa ACP Zulkifli di Kota Kinabalu untuk membincangkan tuntutan ke atas Sabah.

Tiga belas warga Filipina dan seorang lelaki tempatan membela diri di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah terhadap beberapa kesalahan yang didakwa dilakukan antara 12 Feb dan 10 April 2013.   

Ada antara tertuduh yang berdepan satu hingga beberapa pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Beberapa orang daripada mereka didakwa secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu menjadi anggota kumpulan pengganas, atau merekrut anggota atau memberi sokongan kepada sebuah kumpulan pengganas.    

Perbicaraan bersambung esok. - Bernama

tuntutan sabah oleh philiphine


Tuntut Sabah: Wisma Putra panggil wakil Filipina
Sabah
 
PUTRAJAYA - Wisma Putra hari ini memanggil wakil Filipina berhubung tuntutan terhadap Sabah yang dibuat oleh calon Presiden Filipina, baru-baru ini. 
 
Kementerian Menteri Luar dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan Konsul Besar Filipina di Malaysia Maria Antonina M.Mendoza-Oblena dipanggil berhubung kenyataan itu.

Calon presiden berkenaan dilaporkan media tempatan, berikrar untuk meneruskan tuntutan sempadan negara berkenaan ke atas Sabah, sekiranya beliau dipilih sebagai presiden semasa pemilihan, pada 9 Mei depan. 

"Kerajaan Malaysia ingin menegaskan pendirianya bahawa Malaysia tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ke atas Sabah," menurut kenyataan itu.

Sabah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak 16 Sept 1963. - Bernama
 

Khamis yang ditunggu

'Saya masih ahli Umno, tunggu pengumuman Khamis ini'
'Saya masih ahli Umno, tunggu pengumuman Khamis ini'
Muhyiddin (tengah) tiba di KLIA dan disambut dengan laungan "Hidup Tan Sri' sebentar tadi. - Foto Sinar Online
 
KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin ‎Yassin berkata, beliau masih ahli Umno meskipun jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden Umno telah digantung pada Jumaat lalu. 
 
Bercakap kepada media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tiba penerbangan dari  Vietnam hari ini.

Muhyiddin menambah, segala perihal yang melanda beliau kini akan dijelaskan pada Khamis ini.

"Saya akan adakan sidang media dua hari lagi (Khamis) di mana saya akan jelaskan semua perkara yang berkaitan dengan penggantungan saya, kedudukan saya di dalam Umno dan hal-hal yang lain yang perlu saya jelaskan.

‎"Sementara itu saya masih berada di dalam umno," katanya.

Terdahulu Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat lalu sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden parti berkuat kuasa serta merta.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Naib Presiden Unmo Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjalankan tugas-tugas timbalan presiden itu.

Dalam pada itu, Muhyiddin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyokong beliau kerana hadir menyambut beliau di KLIA pada hari ini.

"Saya ucap terima kasih, kepada sahabat yang datang memberi sokongan kepada saya hari ini," katanya.

MAJLIS RAJA-RAJA MESTI LA LULUS SBB AGAMA MASLIS RAJA YANG PEGANG


Hudud: Pas tunggu perkenan Majlis Raja-Raja
Hudud
 
KOTA BHARU - Pas masih menunggu perkenan daripada Majlis Raja-Raja sebelum membentangkan rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Parlimen bagi memberi laluan kepada pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan. 
 
Pengerusi Teknikal Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah II Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata jawatankuasa teknikal bersama negeri dan Persekutuan berhubung pindaan terhadap akta itu masih belum menerima persetujuan daripada Sultan-sultan di beberapa negeri.

"Secara umumnya segala pindaan yang dibuat yang melibatkan Mahkamah Syariah dan undang-undang Islam ini kena dapat perkenan daripada Majlis Raja-Raja.

"Jadi sekarang ini beberapa (Sultan) negeri belum memberi perkenan pada usaha ini menyebabkan ia tertangguh dahulu," katanya ketika ditemui pemberita di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR10 di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohd Amar dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menerima kunjungan hormat Kaunselor Kedutaan Arab Saudi Abdul Rahman al-Harfi.

Mac tahun lepas, Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri ini. - Bernama

MAHADHIR ADA ATAU TIDAK DALAM UMNO, UMNO TETAP SEKULAR

 
 Tun M keluar parti tidak jejaskan Umno
Tengku Adnan Tengku Mansor
Tengku Adnan
 
PUTRAJAYA - Tindakan bekas Perdana Menteri dan Presiden‎ Umno Tun Dr Mahathir Mohamad keluar parti itu tidak menjejaskan Umno, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.  
 
"Tidak. Tiap-tiap bulan ada peningkatan keanggotaan dalam Umno," katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada tindakan keluar parti Dr Mahathir akan memberi kesan atau menjejaskan Umno.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian selepas sesi perjumpaannya bersama 12 Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya di Menara Seri Wilayah di sini, hari ini.

Menurutnya beliau belum menerima surat pemakluman keluar parti daripada Dr Mahathir, yang mengumumkan berbuat demikian semalam. 

Dr Mahathir, 90, mengumumkan beliau sekali lagi keluar daripada Umno selepas pernah berbuat demikian pada 19 Mei 2008 ketika kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi.

Mengulas mengenai sesi perjumpaan itu, Tengku Adnan berkata, satu‎ bengkel khusus melibatkan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Wilayah Persekutuan akan diadakan bagi membincangkan masalah perumahan di Kuala Lumpur.

Selain itu, isu lumba motosikal secara haram di ibu kota turut dibincangkan pada sesi perjumpaan lebih dua jam itu.

"Saya hendak selesaikan masalah ini daripada akar umbi dan satu caranya ialah memberi mereka ruang lakukan apa mereka minat. Kita tahu ada sindiket tertentu memperalatkan 'mat motor' dan menggunakan mereka melalui perjudian dan pertaruhan  haram," katanya.

Sebelum ini, Tengku Adnan mencadangkan supaya litar perlumbaan motosikal disediakan di kawasan tertentu di ibu negara untuk  anak muda yang minat berlumba.

Mengikut cadangan itu, jalan terbabit akan ditutup kepada laluan kereta selama beberapa jam bagi memberi pilihan kepada anak muda melakukan aktiviti perlumbaan secara sah berbanding secara haram seperti sekarang. - Bernama

WAN AZIZAH NAK KUMPUL ORANG

Wan Azizah akan panggil pemimpin pembangkang
Wan Azizah Wan Ismail
Wan Azizah Wan Ismail
 
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata dalam masa terdekat, beliau akan bertemu dengan pimpinan Pakatan Harapan serta parti-parti politik lain, badan-badan bukan kerajaan dan juga individu-individu untuk membincangkan mengenai konsensus dan muafakat untuk selamatkan Malaysia.
 
Katanya, perkara ini perlu dilakukan memandangkan masalah kepimpinan serta skandal yang terus melanda negara tanpa henti, jadi selaku Ketua Pembangkang, beliau merasakan bahawa perlunya satu konsensus dilakukan untuk mereformasikan institusi-institusi di negara ini.

"Saya amat mengalu-alukan malah menggesa semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti atau fahaman politik untuk bersama di dalam usaha untuk menyelamatkan Malaysia.

"Saudara Anwar (Datuk Seri) sebelum ini ada menyebut bahawa kita bukan sahaja mahu orang yang sekarang memegang jawatan Perdana Menteri ditukar, tetapi sistem yang bobrok dan penuh korupsi perlu direformasi dan diperbetul. Maka semangat inilah yang perlu kita jiwai," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, katanya pertemuan itu adalah untuk membincangkan program asas yang dapat dijadikan panduan bersama di dalam konsensus atau muafakat nasional tersebut.

"Semoga kita diberi iltizam, kekuatan dan keberanian untuk menyahut cabaran ini.

Ayuh, kita selamatkan Malaysia!," katanya.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.