Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO PAYAH NAK MARA JIKA KES DIBAWA PADA ROS, AKAN BERLAKU GEMPA DALAM UMNO ?

Muhyiddin akan bawa kes penggantungan pada ROS
Muhyiddin akan bawa kes penggantungan pada ROS
KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bakal membawa kes penggantungannya dari jawatan nombor dua parti kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). 
Hal ini kerana beliau mendakwa penggantungannya itu dibuat Majlis Tertinggi (MT) Umno secara tergopoh-gopoh.

"Saya telah pun menyatakan penggantungan saya dibuat tidak mengikut prosedur yang betul. 

Contohnya, saya tidak diberikan sebarang surat tunjuk sebab atas perkara-perkara yang melanggar disiplin. Saya juga tidak dihadapkan kepada lembaga disiplin.

"Saya tidak diberi peluang yang adil untuk membela diri saya. Saya anggap MT buat keputusan secara gopoh untuk menggantung saya dari jawatan Timbalan Presiden. Jadi, saya akan kemukakan secepat mungkin kepada ROS," katanya pada sidang media di sini, hari ini.


TUNGGU SAT, AKAN MENYUSUL


'Saya masuk Umno bukan kerana Najib'
Muhyiddin
Muhyiddin. - Foto Sinar Harian Oleh AFIQ RAZALI
 
KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tidak timbul soal keahliannya dalam parti walaupun beliau telah digantung oleh Majlis Tertinggi Umno. 
 
Menurutnya, beliau menjadi ahli Umno selama ini pun bukan kerana sesiapa.

"Jauh sekali kerana Datuk Seri Najib. Saya jadi ahli Umno kerana saya percaya parti ini berjuang untuk nasib anak bangsa.

"Rakan-rakan seperjuangan dan isteri yang disayangi juga sependapat dengan saya iaitu saya perlu kekal dalam Umno kerana inilah darah daging saya," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
 
AKAN MENYUSUL

ADA YANG NAK TINGGALKAN PARTI ?

Bimbang bila ada yang nak boikot mesyuarat Umno
Umno bendera
 
SHAH ALAM - Pemimpin akar umbi Umno menasihatkan ahli-ahlinya agar bersabar dan tidak tergesa-gesa dalam memutuskan untuk meninggalkan parti susulan kemelut yang berterusan melanda.
Ketua Umno Cawangan Jalan Badlishah, Merbok, Mejar Anwar Abd Hamid berkata, beliau banyak menerima luahan hati ahli akar umbi yang marah dengan kepimpinan termasuk dari kalangan orang muda hingga mahu meninggalkan parti.

"Memang ada, ramai (nak keluar parti) tapi kita minta mereka tunggu sat. Sabarlah. Kita sayang pada parti. Kita ada mesyuarat agung akan datang tak lama lagi, kita selesai cara elok mengikut Perlembagaan parti. Kita berhak membuat usul di peringkat cawangan.

"Kalau boleh, hadirlah mesyuarat. Tapi saya bimbang juga sebab ada yang kata nak boikot mesyuarat. Saya pun tak boleh buat apa, tak boleh kawal," katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata demikian ketika ditanya situasi cawangannya susulan pengumuman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang meninggalkan Umno kali kedua sebagai tanda protes kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Mengulas lanjut, beliau berkata, insiden yang berlaku di Stadium Darul Aman, kelmarin juga tidak dapat disekat ketika perlawanan Kedah dengan Kelantan di mana Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang baharu telah 'diboo' penyokong negeri berkenaan.

"Kita (Umno) yang buat, jadi, kena terima hakikatlah rakyat marah. Di Kedah ini, pengundi atas pagar ramai dan mereka boleh ‘swing’.

"Buktinya pada 2013, mereka beri kemenangan pada BN. Di Merbok, BN tidak pernah kalah sejak zaman Tun Daim (Zainuddin) tapi tahun 2008, kita kena. Di Sungai Petani juga begitu.

"Jangan bagi rakyat marah. Akar umbi di Kedah cukup pelik...mereka tak peduli apa, tiada sentimen. Dia (rakyat) rasa nak beri balik, mereka beri balik. Buktinya 2013. Kita diberi balik kuasa. Ini yang kami nampak tapi yang di atas tak nampak ini semua," katanya yang akui sedih dengan suasana terkini dalam parti itu.

Sementara Ketua Umno Cawangan Teluk Ramunia, Pengerang, Roslan Ramli berkata, suasana 'bisu' menyelubungi cawangannya meskipun Dr Mahathir mengumumkan keluar parti dan tindakan penggantungan jawatan ke atas bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Perkara seperti ini kadang-kadang kita buat macam mana pun, keputusan pada Perdana Menteri. Jadi, sekarang ini orang kampung pun dah lemah. Mereka tak marah. Lemah ini bahaya kerana mereka hanya menunggu waktu pilihanraya.

"Tun Mahathir keluar parti, Tan Sri Muhyiddin digantung pun mereka tak kisah juga tapi yang buat tak kisah ini yang bahaya. Mereka diam, tak cakap apa. Paling bahaya sekarang adalah generasi muda," katanya.

Susulan mesyuarat agung parti yang bakal berlangsung di semua cawangan dan bahagian tidak lama lagi, Roslan akui saat itu akan memeningkan kepala ketua-ketua cawangan.

"Adakah cukup kuorum untuk mesyuarat? Kalau kawasan kecil-kecil tak apa tapi kalau untuk cawangan besar seperti felda, nak kena ada berapa ratus ahli datang mesyuarat, mana orang nak datang.

"Kalau (ahli) datang pun ‘dibelasahnya’ ketua cawangan...memang ‘biru’ muka ketua cawangan. Kita (saya) ini bercakap cara kampung...memang betul-betul cara kampung yang menghadap dengan pengundi di bawah," katanya.

Menurutnya, sebagai pemimpin cawangan, setiap hari beliau terpaksa berdepan dengan kemarahan dan sindiran rakyat.

"Sampai kami ini nak pergi minum kopi pun tak boleh. Di warung pun kami kena ‘serang’. Mereka di pejabat memang tak nampak, tapi kami yang duduk di warung, setiap hari menghadap kemarahan rakyat.

"Cawangan saya 400 orang tapi baru menghadap seorang saja pun sudah letih. Ketua Bahagian kita memang bagus, buat kerja tapi mereka tidak bercakap ketika Ketua Bahagian datang," katanya.

Meletakkan dirinya sebagai Presiden Umno, beliau berkata, beliau tidak akan sesekali 'membuang' pemimpin-pemimpin tersebut.

"Tunggu pilihan raya sahaja. Sebab Datuk Seri Najib tidak boleh kalah...memang boleh menang. Tapi apabila kita buang, maknanya macam kita degil. Kita selaku ketua, kita degil. Tak berkenan, kita buang.

"Sedangkan bukan semua orang suka Tan Sri Muhyiddin dan Tun Mahathir pun. Tapi soalnya sekarang ini, lagi panjang (isu), lagi penat kita nak bercakap," katanya.

Namun, Ketua Wanita Umno Ayer Hitam, Rahemah Idris menafikan ada mana-mana ahlinya yang mengadu untuk keluar parti.

"Tidak ada apa-apa. Kami pun tidak ada respons apa-apa kerana kami semua bekerja untuk parti bukan untuk individu.

"Jadi, tidak adalah yang ikut-ikut. Semuanya OK," katanya.

Sebelum penggantungan Muhyiddin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir terpaksa meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah selepas hilang sokongan majoriti di Dun Kedah dan dilucutkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kedah.

GEMPA SUSULAN PAGI INI ...........

Gempa bumi bermagnitud 5.7 di Sumatera pagi ini
Gempa bumi
 
KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera pagi ini, kata Jabatan Meteorologi Malaysia. 
 
Menurut jabatan itu, gempa yang berpusat di 629 km barat daya Siberut Indonesia, 1,140 km barat daya Port Dickson, Negeri Sembilan berlaku pada jam 8.10 pagi tadi.

Ia kini memantau perkembangan pasca gempa bumi itu dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa, kata kenyataan itu.  

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikesan, kata kenyataan itu lagi.   

Satu gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter berlaku di perairan Pulau Mentawai, Sumatera Barat, Indonesia pada pukul 7.58 malam (8.45 malam waktu Malaysia) malam tadi dan gegaran dirasai sehingga ke Padang, Wilayah Sumatera Barat, Medan dan Aceh serta beberapa negeri di Malaysia. - Bernama

kerjasama longgar dan kabur

Tun M, TSMY hanya kerjasama politik terhad isu 1MDB, derma
Muhyiddin Mahathir
SHAH ALAM - Kerjasama politik Pakatan Harapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam gerakan baharu terhad kepada isu 1Malaysia Development Malaysia (1MDB) dan derma RM2.6 bilion jika mereka berdua tidak bersedia melakukan reformasi institusi di negara ini secara menyeluruh.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, jika kedua-duanya enggan bekerjasama melakukan reformasi secara besar-besaran kepada institusi kerajaan dan undang-undang, penyertaan mereka hanya kepada usaha penyingkiran Datuk Seri Najib Tun Razak dari jawatan Perdana Menteri.

“Sama ada kerjasama itu jadi lebih erat dan formal atau sebaliknya, bergantung kepada kesediaan mereka dan reformis Umno untuk membincangkan bentuk reformasi itu bagi mengelakkan perkara sama berulang di masa hadapan.

“Dari segi hala tuju Pakatan Harapan, perkembangan melibatkan Mahathir, Muhyiddin dan pimpinan Umno lain yang membantah Najib, (ia) tidak mengubah dasar-dasar dan program kita selama ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Rafizi berkata, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Isnin depan akan membincangkan gerakan baharu itu khususnya butiran rundingan kempen menyelamatkan Malaysia.

“Saya jangka paling kurang pimpinan Pakatan Harapan boleh bersetuju untuk bersama-sama Mahathir dan Muhyiddin dalam isu-isu yang telah dipersetujui seperti 1MDB dan pendakwaan terhadap Najib kerana wang RM2.6 bilion.

“Bersama-sama itu bermaksud mereka boleh hadir sepentas atau mengeluarkan kenyataan bersama atau menandatangani pengisytiharan bersama,” katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu turut mengalu-alukan semua pihak khususnya rakan tahaluf siyasinya, iaitu Pas untuk turut serta.

“Namun saya nampak kenyataan-kenyataan daripada pimpinan Pas setakat ini tidak cenderung ke arah apa-apa tindakan yang boleh menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya,” katanya.

Isnin lalu, Mahathir merancang menubuhkan sebuah gerakan utama bersama parti pembangkang bagi singkir Najib, namun beliau tidak berhasrat menubuhkan sebuah parti politik baharu.

SEBAIKNYA NELAYAN JANGAN TURUN KELAUT

Penduduk pesisir Perlis, Kedah P Pinang perlu jauhi pantai
pantai
Gambar Hiasan
 
KUALA LUMPUR - Penduduk di kawasan persisir pantai Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dinasihati menjauhi kawasan pantai bermula jam‎ 12.45 tengah malam tadi berikutan kesan gempa kuat di barat daya Sumatera, Indonesia. 
 
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau berkata, ini sebagai langkah berjaga-jaga.

Amaran ini dikuatkuasakan sehingga notis baharu dari kementerian itu disiarkan melalui media massa, laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), Facebook atau hubungi Met Malaysia di talian 1-300-22-1638, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau juga berkata tiada laporan kerosakan harta benda di Selangor dan Johor dilaporkan setakat ini berikutan gegaran daripada gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter pada pukul 8.49 malam ini.

Gempa bumi itu berpusat kira-kira 649km Barat Daya dari Siberut, Indonesia, iaitu 1,163km Barat Daya dari Port Dickson, Negeri Sembilan. - Bernama
 
 

BERHATI-HATI SUSULAN

Gempa bumi: Penghuni kondominium diarahkan kosongkan bangun
Gempa bumi
Gambar hiasan
 
JOHOR BAHRU - Penduduk Kondominium Dwi Mahkota di Taman Bukit Aliff, Tampoi diarah meninggalkan kediaman masing-masing, susulan gegaran bangunan yang berlaku di Sumatera Barat, malam ini. 
 
Susulan itu, polis mengarahkan semua penghuni kondominium itu berbuat sedemikian dan berada di kawasan lapang.

Komander operasi Bomba dan Penyelamat,  Rohaizat Hamdan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai gegaran bangunan sekitar jam 9.09 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira jam 9.23 malam.

"Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati benar berlaku gegaran pada bangunan setinggi 19 tingkat.

"Penghuni telah diarahkan turun ke kawasan lapang oleh pihak polis bagi langkah-langkah keselamatan," katanya di sini malam ini.

Setakat ini, tiada mangsa akibat daripada kejadian terbabit dan pihak bomba masih menjalankan operasi di lokasi.

Difahamkan, sehingga jam 11.00 malam tadi, jurucakap bomba berkata, pihaknya masih lagi ada menerima laporan berhubung gegaran.

tunggu susulan, berjaga-haga

Gempa bumi: Bomba Selangor terima tiga laporan
Gempa bumi
Gambar hiasan
 
SHAH ALAM - Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menerima sekurang-kurangnya tiga panggilan kecemasan susulan gempa bumi kuat 7.9 magnitud yang melanda pesisir Sumatera Barat, Indonesia malam ini. 
 
Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, panggilan itu diterima  dari BBP Seksyen 7 Petaling Jaya, BBP Shah Alam dan BBP Kajang.

"Sejurus terima panggilan pertama sejak jam 8.54 malam, pihak kami mengarahkan anggota bomba segera membuat pemantuan ke lokasi yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan di sini.


Beliau berkata, antara kawasan yang menerima gegaran adalah di Flat PKNS Petaling Jaya, Kampung Baru Hicom dan Taman Bukit Ria Kajang.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia seperti dipetik dalam satu laporan portal tempatan berkata tiada ancaman tsunami di Malaysia biarpun gegaran dirasai di Selangor dan Johor susulan gempa di Sumatera.

GEMPA DI SUMATRA SEBENTAR TADI

Gempa bumi kuat melanda Sumatera Barat
Sumatera Barat
 
SHAH ALAM - Satu gempa bumi dengan kekuatan 7.9 magnitud melanda kepulauan Mentawai, Sumatera Barat kira-kira pada jam 8.49 malam ini waktu Malaysia. 
 
Difahamkan pusat gempa ialah kira-kira 808 kilometer ke barat daya Padang pada kedalaman 10 kilometer.

Setakat ini, belum ada laporan kerosakan atau kemalangan jiwa.

Sementara itu, berdasarkan laporan MetMalaysia, gegaran tersebut mungkin dirasai di Shah Alam, Subang dan Klang di negeri Selangor.

Bagaimanapun tiada ancaman tsunami dikeluarkan untuk Malaysia.

kuwe punya idung Asia kok ngaku nabi ?


Lelaki mengaku Nabi Isa kini bertaubat
Gus Jari Supardi
Gus Jari Supardi - Sumber internet
 
JAKARTA - Seorang guru agama di Indonesia yang mendakwa‎ dirinya sebagai Nabi Isa dan sering menerima wahyu dari Tuhan telah bertaubat dan mengaku perbuatannya menyimpang dari ajaran Islam. 
 
Gus Jari Supardi, 44, guru agama di Pondok Pesantren Kahuripan Ash-Shirot di Dusun Gempol, Desa Karangpakis, daerah Jombang di Jawa Timur, bertaubat dalam satu majlis di hadapan ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) Jombang, Kholil Dahlan,

Beliau yang mendakwa dirinya sebagi Nabi Isa sejak 2004 dan mengaku menerima wahyu Illahi itu mempunyai lebih 100 pengikut dan mereka mengamalkan beberapa perbuatan syirik seperti membina makam Nabi Muhammad dalam sebuah masjid.

Gus Jari juga mendakwa sering mendengar bisikan di telinganya mengenai perintah Tuhan dan menganggap ia adalah bisikan malaikat yang membawa wahyu dan telah diperintah oleh Tuhan untuk membawa umat Islam ke jalan yang benar.

Media tempatan hari ini memetik Kholil sebagai berkata, Gus Jari bersama para pengikutnya telah menyatakan insaf atas kesesatannya selama ini dan bertaubat kembali ke ajaran Islam.

Katanya, MUI juga telah meroboh sebuah tugu diperbuat dari batu hitam dalam Masjid Pondok Pesantrian Kahuripan Ash-Shirot yang menjadi tempat pengikut ajaran sesat itu menjalankan upacara syirik dan kononnya sebagai simbol kenabian Gus Jari.

"Alhamdulillah, Gus Jari bersama jemaahnya telah bertaubat dan beliau sendiri memimpin anak sulung lelakinya sebelum ini diiktiraf sebagai Imam Mahdi untuk bertaubat," kata beliau.

MUI kemudian mengeluarkan larangan kepada Gus Jari untuk mengajar dan menganjurkan majlis-majlis keagamaan.

Kisah penyebaran ajaran Gus Jari itu heboh diperkatakan oleh penduduk setempat sejak 10 tahun lepas dan pengikutnya didapati bertambah dari tahun ke tahun dan percaya bahawa lelaki itu adalah seorang nabi. 

Gus Jari juga sebelum itu pernah berdebat dengan pegawai-pegawai agama dari MUI dan tetap mengaku dirinya sebagai Nabi Isa dan menerima wahyu ketika sedang bersujud pada 2004. - Bernama

BESOK MUHYIDDIN BAGI GEMPAQ SAMA UMNO

Ahmad Zahid harap Muhyiddin buat keputusan sebaiknya
Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi
 
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berharap agar bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat membuat keputusan sebaiknya berhubung kedudukan beliau di dalam parti. 
 
Menurut Zahid, setiap keputusan yang dibuat seharusnya bukan mengikut perasaan semata-mata demi kepentingan parti Umno.

"Saya ingin rujuk kepada ucapan-ucapan beliau terdahulu yang mengatakan beliau adalah ahli yang 'totok'.

"Jadi tentulah beliau masih terus menyangi Umno dan sebagai ahli 'totok' beliau akan terus dan tetap bersama dengan kami di dalam Umno," katanya selepas merasmikan Konvensyen Perumahan Awam 2016 hari ini.


Semalam, Muhyiddin memaklumkan bahawa pihaknya akan mengadakan sidang media pada Khamis (esok) ini bagi menjelaskan mengenai kedudukan beliau di dalam parti.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kedudukan Muhyiddin di dalam Umno, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa walaupun beliau (Muhyiddin) bukan lagi Timbalan Presiden Umno, namun beliau masih memegang jawatan sebagai Ketua Umno Bahagia Pagoh.

"Saya bersetuju dengan apa yang beliau katakan sebelum ini memandangkan beliau masih ada jawatan di dalam Umno," katanya.

PENDAKWAAN GAGAL MEMBUKTIKAN KES TIAN CHUA

Lahad Datu: Tian Chua kekal bebas tuduhan
Tian Chua
Tian Chua
 
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan keputusan mahkamah sesyen yang membebaskan Naib Presiden PKR, Tian Chua daripada tuduhan menghasut berhubung kenyataannya mengenai insiden Lahad Datu, tiga tahun lalu. 
 
Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Nordin Hassan semalam sekali gus menolak rayuan pendakwaan.

Nordin dalam penfhakimannya berkata, mahkamah mendapati pendakwaan gagal mengemukakan bukti bahawa Ahli Parlimen Batu itu mengeluarkan perkataan menghasut di portal berita.

"Tiada bukti kukuh menunjukkan artikel yang ditulis oleh wartawan Nooraoshah Geoffery dalam portal berita Keadilan Daily .com mempunyai kaitan dengan Tian Chua," katanya.

Menurutnya, dalam keterangan wartawan tersebut, mahkamah mendapati, ia menyatakan Tian Chua tiada menyebut secara spesifik perkataan menakut-nakutkan rakyat dan serangan tembak menembak sebaliknya diolah oleh sub editor.

"Dia juga menyatakan ayat yang terkandung dalam artikel tersebut adalah hasil perbualan telefonnya dengan Tian Chua.

"Dengan itu rayuan ditolak dan keputusan hakim mahkamah sesyen dikekalkan," katanya.

Pada 14 November 2014, Hakim Norsharidah Awang melepas dan membebaskan Tian Chua tanpa perlu dipanggil membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Tian Chua didakwa membuat kenyataan kononnya pencerobohan di Lahad Datu adalah konspirasi terancang Umno untuk mengalihkan perhatian dan menakut nakutkan rakyat.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu, off Jalan Yew di sini pada kira-kira 11 pagi 1 Mac 2013 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Pertuduhan itu membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama, dan penjara lima tahun bagi kesalahan seterusnya.

Tian Chua yang hadir dan diwakili peguam N. Surendran dan Latheefa Koya manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim.

GERAKAN BAHARU SEOLAH-OLAH PEMBANGKANG DIPERALAT ?

Gerakan baharu: Pas tunggu Majlis Syura
Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh
Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
 
SHAH ALAM – Pas akan memutuskan sama ada mahu menyertai atau berkecuali dalam gerakan baharu untuk menyelamatkan Malaysia selepas Majlis Syura Ulama (MSU) bermesyuarat dalam masa terdekat. 
 
Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, pada masa ini Pas masih belum menyatakan pendirian berhubung penubuhan gerakan baharu yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita (Pas) belum buat keputusan lagi, perkara ini (bidang kuasa) Majlis Syura, (akan mesyuarat) bulan Mac ini, dalam masa terdekat, Pas akan maklum (gerakan baharu) dalam mesyuarat kami nanti,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau mengulas pendirian Pakatan Harapan semalam menyambut baik hasrat Mahathir untuk menubuhkan gerakan baharu bersama parti pembangkang dan semua pihak berkepentingan dalam usaha untuk menyelamatkan Malaysia.

Sebelum itu, Dr Mahathir mengadakan perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin Amanah dan PKR di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, Ahad lalu.

Antara yang hadir ialah Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli; Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud; Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Mujahid Yusof Rawa; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Tamrin Ghafar.

Ditanya mengenai keperluan Pas untuk menemui Mahathir selepas pimpinan Amanah dan PKR mengintai peluang bagi menjalinkan kerjasama, Nik Muhammad Zawawi bagaimanapun berkata pihaknya belum ada keperluan untuk berbuat demikian.

“Kita tak jumpa lagi (Mahathir), tak apalah, PKR pun belum berbincang dengan Pas lagi hal ini,” katanya lagi.

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata satu pertemuan akan diadakan bersama pimpinan Pakatan Harapan, parti politik lain, badan bukan kerajaan (NGO) serta beberapa individu bagi membincangkan konsensus tersebut.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.