Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEH BACA KITAB

LANGSUNG:  Paduka nasihati rakyat supaya bersabar
Pasukan Malaysiakini Diterbitkan  |  Dikemaskini
LANGSUNG | Malaysiakini melaporkan perkembangan terkini mengenai keadaan politik semasa berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan semalam.

Jika anda suka laporan kami, sokong media bebas dengan melanggan Malaysiakini dengan harga serendah RM0.55 sehari. Maklumat lanjut di sini.

Seri Paduka nasihati rakyat supaya bersabar
1.15 petang: Istana Negara - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan orang ramai supaya bersabar dengan perkembangan semasa politik negara.

"Kita ambil berat... bersabarlah. Pertama sekali, biarkan saya mesyuarat dulu (dengan ahli parlimen).
"Saya harap kita akan dapat penyelesaian terbaik untuk negara," katanya.

Terdahulu, baginda menyerahkan hidangan makan tengahari dari McDonald's kepada media yang bertugas di sini.

90 MP menghadap Agong hari ini
12.50 tengah hari: Istana Negara - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap semua anggota parlimen hari ini dan esok.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata kumpulan pertama 90 ahli parlimen akan menghadap Seri Paduka mulai jam 2.30 petang hari ini.

Mereka dipanggil menghadap secara rawak tanpa mengikut parti masing-masing dalam pertemuan bersemuka dengan baginda.
 
Masing-masing akan diberikan dua hingga tiga minit untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong dan pertemuan itu akan turut disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.
Ahli Parlimen yang lain akan menghadap Seri Paduka esok.

"Baki lagi 131 Ahli Parlimen akan dipanggil menghadap baginda, esok, selain keseluruhan proses temu bual ini dijangka tamat pada jam 7 malam nanti.

"Setakat ini kita tidak boleh dedahkan siapa ahli parlimen yang dipanggil menghadap baginda hari ini. Bagaimanapun, tiada sesiapa bekas menteri atau timbalan menteri yang akan menyertai sesi ini.

"Baginda perlu mendapatkan kepercayaan dan keyakinan kepada seseorang yang dipilih," kata Ahmad Fadil.

Anwar tiba di Perdana Putra
12.35 tengah hari: Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya - Presiden PKR, Anwar Ibrahim dilihat memasuki bangunan Perdana Putra.

Kenderaannya tidak berhenti untuk membolehkannya bercakap dengan media.

Buat masa ini, sudah ada beberapa pemimpin dari pelbagai parti memasuki pekarangan bangunan berkenaan bagi menemui perdana menteri interim, Dr Mahathir Mohamad.

Antara mereka yang dilihat memasuki bangunan berkenaan ialah Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin; Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Parlimen Semberong, Hishammuddin Hussein; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

PAS sedia jadi sebahagian k'jaan persekutuan
12.30 tengah hari:  Kota Bharu - Situasi politik semasa menyaksikan PAS mempunyai potensi untuk menjadi sebahagian parti membentuk kerajaan persekutuan.

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun keadaan itu belum pasti tetapi PAS mempunyai potensi.

"Tak tahu lagi, tapi dalam keadaan sekarang kita ada potensilah.
"Ada kemungkinan kita ada berada dalam kerajaan persekutuan nanti," katanya kepada media ketika ditemui selepas pramesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai potensi dan persediaan PAS dalam situasi politik semasa.

Kerajaan Selangor masih utuh, kata MB
12.15 tengah hari: Selepas mengadap Sultan Selangor, Menteri Besar dan Pengerusi PKR Selangor, Amirudin Shari berkata pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan di negeri itu masih utuh.
Amiruddin berkata beliau bertemu dengan Pengerusi bersatu Selangor, Abdul Rashid Asari sebelum pertemuan di istana.

Pendirian Bersatu Selangor sama ada akan menyertai kerajaan negeri atau sebaliknya masih belum jelas.

Walaupun tanpa Bersatu, gabungan PKR, DAP dan Amanah masih mempunyai majoriti yang selesa di Dun Selangor.

12.15 tengah hari: Istana Negara - Anggota media yang berada di pejabat pengurusan di Istana Negara diberi taklimat khas oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, mengenai susunan acara hari ini yang dijadualkan bermula jam 2.30 petang ini.

Rais Yatim sindir MP jumpa Agong agar tak 'pusing ke belakang'
12.10 tengah hari: Anggota majlis tertinggi Bersatu, Rais Yatim menyindir  Anggota Parlimen yang mengadap Yang di-Pertuan Agong hari ini agar tidak "pusing ke belakang' untuk menyokong semula Dr Mahathir Mohamad selepas kerajaan baru dibentuk.

"Kini kerajaan PH dah tak ada. Tun hanya sebagai PM sementara sebelum PM berkabinet baru dilantik Yang di-Pertuan Agong.

"Bila Tun M dapat sokongan majoriti (lebih 112 kerusi) beliau boleh tubuh kerajaan baru, tapi bukan kerajaan PH lagi. Harap MP yang berdepan YDPA hari ini tak pusing belakang," katanya di Twitter.

Yang di-Pertuan Agong dijangka sedang menilai sokongan anggota parlimen hari ini, untuk melihat apakah kerajaan baru dapat dibentuk.

Wan Azizah tak jumpa Dr M, hanya kemas barang
11.54 pagi: Pejabat PM, Putrajaya - Presiden PKR, Nurul Izzah, bercakap kepada Malaysiakini, berkata beliau dan ibunya tidak bertemu dengan Dr Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri (PMO)
Sebaliknya, Nurul Izzah berkata beliau hanya membantu ibunya mengemas barang-barang di Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

"Kami bersama ibu mengambil barang-barang dari pejabat TPM dan kemudian kami beralih ke Kementerian Wanita (untuk mengemas barang-barang)," katanya.

Nurul Izzah menambah ibunya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada kakitangan yang telah berkhidmat di bawah kementeriannya.

Umno tolak pembentukan kerajaan dengan DAP
11.45 pagi: Ketua Penerangan Umno, Shamsul Anuar Nasarah berkata partinya menolak pembentukan kerajaan baru dengan DAP.

"DAP parti yang sangat rasis dan tidak boleh dipercayai. Kerosakan negara selepas PRU 14 dan kehancuran Kerajaan PH ini sebenarnya berpunca daripada DAP. DAP antara penyebab utama kegagalan Pakatan Harapan," katanya dalam satu kenyataan.

Shamsul (gambar) juga mengecam setiausaha agung DAP Lim Guan Eng kerana menyalahkan penglibatan Umno dalam menghancurkan kerajaan Pakatan Harapan.

"Kehancuran Kerajaan PH adalah disebabkan oleh pimpinan PH sendiri terutama DAP," katanya.

Selamat bertugas, kata Maszlee kepada wartawan
11.45 pagi: Istana Negara - Anggota Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik menyapa anggota media yang bertugas di luar Istana Negara, sebelum memasuki pekarangan istana.

Bekas menteri pendidikan itu enggan menjawab sebarang soalan mengenai keadaan politik yang sedang berlaku sekarang, dan hanya mengatakan "selamat bertugas."

Azmin memasuki PMO
11.39 pagi: Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya - Kenderaan yang membawa bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein dilihat meninggalkan Pejabat Perdana Menteri.

Sementara itu, kenderaan yang membawa bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali memasuki kompleks itu.

Selangor aman sejahtera, kata MB
11.27 pagi: Istana Bukit Kayangan - Selang beberapa minit selepas pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari pula dilihat keluar dari pekarangan Istana Bukit Kayangan Shah Alam.

Beliau yang ditemui pemberita enggan mengulas lanjut namun menjelaskan negeri Selangor dalam keadaan aman dan sejahtera. 

“Selangor Aman Sejahtera,” katanya.

Selepas itu, kenderaan milik Amirudin terus dipacu laju meninggalkan pekarangan Istana Bukit Kayangan dan disusuli kenderaan milik Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo.

Wan Azizah, Nurul Izzah dilihat keluar dari PMO
11.24 pagi: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dilihat meninggalkan PMO menaiki kereta berasingan.

Pemandu yang membawa Wan Azizah dilihat memperlahankan kenderaan dan bekas TPM itu melambai tangan kepada media yang menunggu di luar pekarangan PMO.

Umno Johor yakin boleh tubuh kerajaan baru
11.20 pagi: Umno Johor yakin mereka boleh membentuk kerajaan negeri yang baru dengan Bersatu.

"Kita perlu mendapat satu dari PKR, ini dijanjikan kepada kita oleh bos mereka dari KL. Mungkin ada lebih daripada satu," kata Pengerusi Umno Johor Hasni Mohammad kepada Malaysiakini.

Pada masa ini PKR, DAP dan Amanah mempunyai 28 kerusi DUN di Johor, begitu juga Bersatu, Umno, MIC, dan PAS.


Muhyiddin tiba di PMO
11.17 pagi: Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin tiba di Pejabat Perdana Menteri selepas dua jam meninggalkan kediaman perdana menteri di Seri Kembangan pagi tadi.


Zahid, Izzah dan Wan Azizah di PMO
11.00 pagi: Putrajaya - Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi antara mereka yang berada di kompleks Pejabat Perdana Menteri.

Turut hadir ialah penasihat PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan naib presiden Nurul Izzah Anwar.

Kumpulan Azmin dakwa tunggu isyarat untuk mengadap Agong
11.00 pagi: Kumpulan penyokong bekas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa mereka sedang menunggu isyarat untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut Anggota Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin, mereka sedang menunggu di di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Istana Negara. 

“Kami tunggu arahan,” katanya ringkas kepada pemberita di hotel Sofitel.

Ahli Parlimen Sri Gading memasuki istana
11am: Istana Negara - Anggota Parlimen Sri Gading Shahruddin Md Salleh, yang juga bekas timbalan menteri wilayah persekutuan, memasuki istana dengan menaiki kereta Perodua Bezza.

10:47 pagi: Istana Negara - Peguam Negara, Tommy Thomas tiba di Istana Negara. Kenderaaannya dilihat memasuki pekarangan istana melalui pintu 2.

Difahamkan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat tiba lebih awal sekitar jam 10.30 pagi.

Kedua-dua mereka memohon mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kedatangan Tengku Maimun dimaklumkan oleh seorang pegawai polis yang ditempatkan di luar pintu 2 istana.

10.50 pagi: PMO -  Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tiba di Pejabat Perdana Menteri (PMO).

10:45 pagi:  Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tiba di Istana Negara.

Pertemuan dengan Sultan S'gor berjalan lancar - Pengerusi Amanah negeri
10.46 pagi: Istana Bukit Kayangan - Selepas masuk mengadap hampir dua jam, kenderaan milik Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim dilihat keluar dari perkarangan Istana Bukit Kayangan Shah Alam.

Ketika ditemui pemberita, beliau menjelaskan pertemuan bersama Sultan Sharafudin Idris Shah berjalan lancar dan Negeri Selangor dalam keadaan yang stabil.

“Selangor baik-baik sahaja, tiada masalah, pertemuan (bersama Sultan) juga berjalan lancar.
“MB (Menteri Besar) akan keluarkan kenyataan sekejap lagi selepas pertemuan ini,” katanya.

Jelasnya, hadir bersama mengadap sultan adalah Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo dan Pengerusi PKR merangkap Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Pemberita kini sedang menunggu kedua pemimpin berkenaan keluar dari pekarangan Istana Bukit Kayangan.


10.30 pagi: PMO- Bekas Timbalan Perdana, Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Pejabat Perdana Menteri (PMO) Putrajaya.

Urusan berjalan seperti biasa, kata Exco Kedah
10.25 pagi: Selepas Bersatu umum keluar daripada Pakatan Harapan (PH), kerajaan negeri Kedah secara teknikalnya telah tumbang.

Kedah memiliki seramai 36 anggota Dewan Undangan Negeri yang terdiri daripada Adun PKR (7), Bersatu (6), Amanah (4), DAP (2), PAS (15) dan BN (2). 

Bagaimanapun, pemimpin kerajaan negeri mengatakan "urusan masih berjalan seperti biasa" pada masa sekarang.

Exco Kedah, Simon Ooi berkata Menteri Besar, Mukhriz Mahathir sepatutnya mengadakan mesyuarat exco hari ini. 

"Bagaimanapun ia ditangguhkan ke esok, sehingga diberitahu kelak.
"Kami akan menunggu untuk bertemu dengannya untuk melihat jika terdapat apa-apa perkembangan selanjutnya. 

"Buat masa ini, kita bekerja seperti biasa," katanya kepada Malaysiakini.
Sebaliknya, kerajaan Pulau Pinang dilihat stabil walaupun tidak jelas jika kerajaan pimpinan DAP akan kekal menguasai kerajaan negeri atau kembali ke status pembangkang sebelum PRU 2018. 

Timbalan Ketua Menteri, P Ramasamy berkata tidak ada perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri ini buat masa ini kerana ia disokong kuat oleh DAP.
"Urusan berjalan seperti biasa," kata Ramasamy. 

DUN Pulau Pinang yang dianggotai 40 anggota dikuasai oleh DAP (19) kerusi, PKR (14), Bersatu (2), Amanah (2), BN (2) dan PAS (1). 

Pakej ransangan tidak akan diumumkan pada 27 Feb
10 pagi: Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming (gambar) berkata pakej rangsangan tidak akan diumumkan pada 27 Feb seperti yang dirancang pada awalnya.

"Saya fikir kamu boleh menyatakan dengan jelas bahawa ia (pakej rangsangan) tidak lagi dalam agenda kerana tiada kerajaan sekarang," katanya kepada radioa BFM awal hari ini.

Ong berkata tiada dasar baru boleh diumumkan tanpa pembentukan kerajaan baru.
Beliau berkata keutamaan sekarang adalah untuk membentuk kerajaan baru.

Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini mengumumkan pakej rangsangan untuk membantu industri akibat penularan wabak Covid-19.


Kenderaan MB S'ngor dilihat memasuki Istana Bukit Kayangan
9.55 pagi: Istana Bukit Kayangan - Tiga kenderaan milik pemimpin PH Selangor dilaporkan telah memasuki kawasan Istana Bukit Kayangan Shah Alam sejak pukul 8.52 pagi tadi.

Difahamkan dalam tiga kenderaan itu, satu antaranya milik Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan dua lagi dipercayai milik exco. 

Difahamkan pemimpin PH di Selangor hari ini juga dijangka bertemu dengan Sultan Sharafudin Idris Shah, untuk membincangkan keadaan politik semasa.

Dr Mahathir tiba di PMO
9.40 pagi: PMO - Dr Mahathir Mohammad tiba di Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya. 

Ini merupakan hari pertama beliau memasuki pejabat berkenaan sebagai Perdana Menteri interim selepas dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong semalam. 

Semalam, Peguam Negara Tommy Thomas menjelaskan tidak ada had masa untuk bertugas sebagai Perdana Menteri interim.

Mahathir kini boleh membuat keputusan untuk melantik anggota kabinet mengikut budi bicaranya sehingga perdana menteri baru dilantik.

Perbicaraan ditangguh, Najib ke PWTC
9.24 pagi: Mahkamah Tinggi KL -  Bekas Perdana Menteri Najib Razak akan ke PWTC untuk menghadiri satu mesyuarat penting sekitar jam 10.30 pagi.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam beliau, Muhammad Shafee Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Ini antara sebab Shafee memohon prosiding terhadap Najib yang didakwa menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International ditangguhkan ke pagi esok.


Mahathir keluar dari kediaman, menuju ke PMO
9.15 pagi: Perdana Menteri interim, Dr Mahathir Mohamad difahamkan telah keluar dari kediamannya di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan.

Bagaimanapun, Mahathir tidak melalui pintu A di mana media berkumpul.

Sebaliknya, Mahathir keluar melalui pintu B dan difahamkan menuju ke Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Sementara itu, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin pula keluar dari kediaman Mahathir pada jam 9.36 pagi.


Adly ucap terima kasih pada semua
8.30 pagi: Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi beliau peluang untuk memimpin negeri itu.

"Walaupun tempoh itu singkat, saya telah berusaha memberikan yang terbaik dengan kudrat yang ada untuk menghilangkan kelaparan, kejahilan dan kedukaan semua. Didoakan semua dirahmati Ilahi," katanya dalam hantaran di media sosial.



Pemimpin mula tiba di kediaman Mahathir
8.50 pagi: Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin adalah yang pertama tiba di kediaman perdana menteri interim, Dr Mahathir Mohamad.

Keretanya dilihat dipandu masuk pada jam 8.05 pagi.

Ia disusuli dengan ketibaan Mukriz Mahathir pada jam 8.10 pagi dan Rina Harun jam 8.20 pagi.

Pembubaran kabinet tak jejaskan usaha tangani Covid-19
8 pagi: Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata pembubaran kabinet tidak akan menjejaskan usaha kerajaan dalam menangani wabak Covid-19.

"Semua isu kesihatan dan cabarannya akan diteruskan seperti biasa," katanya kepada Malaysiakini dalam kiriman pesanan teks.

Terdapat pihak membangkitkan kebimbangan bahawa pembubaran kabinet semalam akan memberi kesan kepada usaha kerajaan dalam menangani Covid-19.

Sehingga hari ini, seramai 20 pesakit daripada 22 orang telah pulih daripada wabak berkenaan.

Wabak itu menjangkiti hampir 80,000 orang di seluruh dunia dan mengorbankan lebih 2,600 orang setakat hari ini.


Marzuki nafi pemimpin Bersatu keluar parti
8 pagi: Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya menafikan laporan bahawa pemimpin parti itu keluar parti.

"Saya nak jelaskan di sini, bahawa kita buat penafian, sekeras-kerasnya bahawa tidak ada seorang pun ahli parlimen atau pimpinan bersatu yang diuar-uarkan keluar dari PPBM.

"Maka kita semua intact, masih dalam satu barisan dan kita telah membina parti ini dan kita harungi apa juga halangan dan rintangan, dan saya pasti kita akan dapat atasi kemelut ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat majlis tertinggi parti itu di Petaling Jaya tengah malam semalam.


Rais Hussin: Lantik Dzulkefly Ahmad sebagai menteri kesihatan interim
7.50 pagi: Pengerusi Strategi Bersatu Rais Hussin mencadangkan perdana menteri sementara Dr Mahathir Mohamad melantik Dzulkefly Ahmad sebagai menteri kesihatan sementara.

Menulis di media sosial, beliau berkata perkara itu perlu untuk mengawal penyebaran Covid-19 di Malaysia.


Kemelut politik masuk hari ketiga
7.40 pagi: Kemelut politik yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan yang berusia 20 bulan, memasuki hari ketiga hari ini.

Dr Mahathir Mohamad disokong oleh kedua-dua blok namun belum ada pihak yang tampil dengan majoriti yang jelas.

Mahathir pada masa ini merupakan satu-satunya anggota kerajaan selepas dilantik sebagai perdana menteri interim oleh Yang di-Pertuan Agong semalam berikutan peletakan jawatannya.

Semua jawatan menteri kabinet dikosongkan, sementara menunggu pembentukan kerajaan baru.

NASIB BAIK ADA YANG MABUK KUASA


NASIB BAIK ADA YANG MABUK KUASA, JIKA TIDAK BELUM TENTU MALAYSIA SELAMAT

Image result for IMAGE SYAITAN 
NASIB BAIK ADA PENGKHIANAT, JIKA TIDAK BELUM TENTU MALAYSIA SELAMAT.

SYAITAN SELALU BERTANYA, BILA BOLEH DAPAT KUASA ?

JUD MAKJUT SELALU BERTANYA, APA PASAL DOK DIAM ? DOK SABAR SANGAT ?

ITULAH BAIK NYA TUHAN JADIKAN SYAITAN, ANDAINYA TUHAN TIDAK JADIKAN SYAITAN, SUDAH TENTU MANUSIA AKAN JADI LEBIH SYAITAN

SYAITAN BAIK UNTUK MANUSIA, KERANA TUHAN TIDAK JADIKAN SESUATU ITU DENGAN SIA-SIA.

DENGAN ADANYA SYAITAN MAKA MALAYSIA SELAMAT,

SYAITAN BUKAN PENGKHIANAT, AKAN TETAPI SYAITAN PENYELAMAT.

MANUSIA SELALU KATA SYAITAN PENGKHIANAT, TAPI TERNYATA SYAITAN PENYELAMAT, WALAUPUN SYAITAN ITU MEMANG BANGANG.

SYAITAN TIDAK TAHU KEBODOHANNYA, SEBAB ITU DIA SYAITAN SEHINGGA JADI IBLIS.

JIKA SYAITAN  PANDAI SUDAH TENTU MALAYSIA TIDAK SELAMAT .

SEPANDAI-PANDAI MANUSIA, SEBANGANG-BANGANG SYAITAN.

 

SABO JE LA !

TU NAMA BERTUAH BADAN !

APABILA MAHADHIR LETAK JAWATAN PIEM FULL STOP.

APABILA MAHADHIR LETAK JAWATAN PENGURUSI BERSATU FULL STOP.

ERTINYA DIA NAK BEREHAT LA TU , FULL STOP.

 

HARAPAN TINGGI UNTUK ANUAR MENGGANTIKAN MAHADHIR FULL STOP.

 

TERTIBA  YANG DIPERTUAN AGONG LANTIK MAHADHIR SEBAGAI PIEM INTERIM, ISHH PULAAAK ! SABO JE LAAA !

TAK SAMPAI 24 JAM LETAK DAN LANTIK JAWATAN YANG SAMA

SEHINGGA FAJAR MENYINSING !

UNTUK PENGETAHUAN UMUM:

Pelantikan menteri dibatalkan - KSN



News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini


Ketua Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah memperkenankan untuk membatalkan pelantikan menteri-menteri PH.

"(Ia) sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan pada 24 Februari 2020 selaras dengan peletakan jawatan perdana menteri."

"Sehubungan itu, tugas-tugas anggota pentadbiran (merangkumi timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik) adalah terhenti pada tarikh yang sama," kata beliau pada suatu kenyataan hari ini.

 Pemimpin Umno, PAS bermesyuarat di PWTC
  • LANGSUNG: Hadi beredar dari PWTC 

    10:10 malam: Presiden PAS Abdul Hadi Awang dikawal unit keselamatan ketika meninggalkan Riverside Cafe, PWTC di Kuala Lumpur.

     

    Tiada had tempoh PM interim, boleh lantik menteri - AG

BAGI MAJLIS ANGKATAN TENTERA HANDLE NEGARA DULU

Tetiba anuar ibrahim senyap dan lenyap ? 

  •  
  • LANGSUNG: Mahathir terajui negara hingga PM baru dilantik 
  •  
  • MAHADHIR LEPASKAN JAWATAN PENGERUSI BERSATU PULAK

BAGI MAT HANDLE NEGARA DULU AND YANG DIPERTUAN AGONG BOLEH PILIH PM SEMENTARA

Sah! Dr Mahathir letak jawatan


News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini



Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini mengesahkan Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai perdana menteri

“Surat tersebut telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada jam 1 tengahari,” kata pejabatnya dalam satu kenyataan media, sebentar tadi.

Malaysiakini juga difahamkan pemimpin-pemimpin kanan bersatu sedang dalam perjalanan untuk berkumpul di kediaman Mahathir di Seri Kembangan, Selangor.

Sebelum ini, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengumukan bahawa parti itu telah membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

Katanya, keputusan itu dibuat pada mesyuarat khas parti yang diadakan semalam.

Dr Mahathir yang juga adalah pengerusi Bersatu dikatakan tidak bersetuju dengan keputusan itu.


Muhyiddin umum Bersatu keluar PH

  Dr Mahathir letak jawatan Perdana Menteri

Tun Dr Mahathir Mohamad -Foto Bernama
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan baru menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi.

Peletakan jawatan ini dipercayai berkaitan dengan pergolakan politik yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu.

Sinar Harian difahamkan juga Jabatan Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

KEADAAN MASIH TIDAK SETABIL

BERITA SEBELAH PEHAK
BERITA


Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau berpuas hati dengan pendirian Dr Mahathir Mohamad selepas bertemu dengan perdana menteri itu pagi tadi.

Ahli Parlimen Port Dickson itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai sebarang perkembangan terperinci mengenai pertemuan itu apabila ditanya pemberita. 

“Saya akan ada mesyuarat khas majlis pimpinan. Baru dari rumah PM Tun Dr Mahathir, bincang beberapa perkara. 

“Dan saya puas hati dengan pendirian dia bahawa prinsip harus kita utamakan, agenda reform harus diteruskan.

“Itu yang saya boleh sebut setakat ini,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR hari ini.

TERUS TUNGGU PERKEMBANGAN

LANGSUNG: Azmin, Zuraida dipecat dari PKR - Sumber Wartawan Malaysiakini Diterbitkan  |  Dikemaskini
LANGSUNG
 
 pelbagai perkembangan semasa yang berlaku pantas dalam negara sejak semalam, Malaysiakini membawakan laporan langsung mengenainya di sini.

Ikuti laporan wartawan kami mengenai gerakan penjajaran baru politik Malaysia di sini.

1.36 petang: Dua pemimpin kanan PKR dikatakan akan dipecat dari parti itu.

Menurut beberapa sumber, keputusan tersebut sudah dipersetujui dan kini hanya menunggu masa untuk diumumkan secara rasmi.


1.30 petang: Seorang sumber memberitahu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, menghadap Sultan Selangor hari ini.

Sumber yang condong kepada kem Anwar Ibrahim itu berkata, Amirudin memaklumkan hal tersebut semasa bertemu dengan Adun PKR di rumahnya pagi tadi.

Katanya, Amirudin juga memberitahu Selangor "akan mempertahankan mandat yang diberikan rakyat" dalam PRU lalu.

"Menteri Besar Selangor memberi taklimat kepada tuanku.

"Esok beliau akan berjumpa tuanku sekali lagi bersama semua ketua parti dalam PH," katanya.

1.10 petang: Majlis Perundingan Buddha, Kristian Hindu Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) merayu agar Yang Di-Pertuan Agong dapat menggunakan budi bicara baginda untuk menitahkan agar parlimen dibubarkan.

“MCCBCHST merayu kepada Duli Yang Maha Mulia Yang-dipertuan Agong untuk menggunakan kuasa budi bicara baginda di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mengarahkan pembubaran Parlimen dan pelaksanaan pilihan raya semula.

“[...] Kita sebagai rakyat Malaysia, marilah kita berdoa untuk perpaduan dan kestabilan Malaysia,” kata persatuan itu dalam satu kenyataan. 

Jelas persatuan itu, mandat rakyat yang memilih pemerintah mereka dalam pilihan raya umum (PRU) lalu haruslah dihormati. 

“Lebih-lebih lagi, banyak pemimpin dalam Pakatan Nasional yang disebut-sebut itu berdepan pendakwaan atau penyiasatan kes rasuah, jadi tujuan perikatan itu mungkin hanya untuk melindungi kepentingan peribadi dan untuk mengkhianati mandat rakyat,” kata kenyataan itu lagi. 

12.55 tengah hari: Menteri Besar Selangor Amirudin Shari memanggil semua Adun PKR di negeri itu ke kediaman rasminya pagi tadi, kata satu sumber.

Sebelum itu dikatakan Amirudin memanggil semua Adun.

Ditanya jika kerajaan negeri yang ada akan bertahan, sumber itu - yang memihak kepada kem Azmin Ali - berkata: Tidak ada apa-apa perubahan.

Tidak dapat dipastikan jika Adun PKR yang menyokong Anwar terbabit dalam pertemuan tersebut kerana pertanyaan yang dihantar Malaysiakini tidak berjawab setakat ini.

Sementara itu Amanah Selangor juga difahamkan akan mengadakan mesyuarat dalamannya hari ini.


12.45 tengah hari: Presiden PKR, Anwar Ibrahim, tiba di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya bersama isteri beliau, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut Anwar, beliau baru saja tiba dari rumah Dr Mahathir Mohamad dan pertemuan itu berlangsung dengan "sangat baik".

"Kami ada bincang beberapa perkara dan saya berpuas hati dengan pendirian beliau, bahawa kita harus mengutamakan prinsip.

"Agenda reformasi harus diteruskan, itu yang saya boleh sebut setakat ini," katanya kepada media.

Ditanya kemungkinan berlaku perubahan kerajaan, Anwar tidak menjawab soalan itu secara langsung.

Sebaliknya ahli parlimen Port Dickson itu memberitahu agar kerajaan tidak mudah tunduk kepada kehendak kumpulan tertentu.

"Kita jangan mudah tunduk kepada gerombolan yang mahu mengkhianati amanah rakyat dalam pilihan raya yg lalu.

"Saya tak boleh sebut apa (yang lain), memadai kita jelaskan setakat itu, ia adalah mesyuarat yang sangat baik," katanya.

Anwar juga menjelaskan beliau "terkesan" dengan sikap Mahathir mengenai perubahan dan keengganan tunduk kepada pihak yang mahu "merampas kuasa" tanpa menetapkan agenda perubahan.


12:20 tengah hari: Adun Seremban Jaya, P Gunasekaran, tiba di Ibu Pejabat DAP, sejurus selepas dibebaskan atas tuduhan terbabit dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

"Saya sangat gembira, saya mahu ucapkan beribu-ribu terima kasih," katanya kepada media.

Anak Gunasekaran, Nancy, berkata keluarganya meninggalkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

"Kami terus datang ke sini selepas itu," katanya.


12.10 tengah hari: Indeks KLCI Bursa Malaysia menurun 35.74 mata kepada 1495.46 ketika pasaran dalam keadaan tidak menentu.

Nilai ringgit Malaysia juga melemah berbanding dolar AS, menjadi RM4.2215 setakat ini.

Mengulas prestasi Bursa Malaysia, bekas PM, Najib Razak berkata, sama ada PH kekal, tumbang atau parlimen dibubarkan, kestabilan mesti dikembalikan secepat mungkin.


12.05 tengah hari: Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, tiba di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.

Ditanya apa yang akan dibincangkan oleh kepemimpinan PKR dalam mesyuarat tergempar parti itu sebentar lagi, beliau enggan mengulas.
"I have a good feeling," katanya.

Beberapa minit kemudian, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga anak presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, juga tiba.


12 tengah hari: Adun Pasir Pinji merangkap salah seorang exco Perak, Howard Lee, yang tiba di Ibu Pejabat DAP berkata, semuanya berjalan seperti biasa di negeri terbabit.

Timbalan Setiausaha Agung DAP, Teresa Kok, memberitahu Malaysiakini, beliau tidak dapat hadir ke mesyuarat berkenaan kerana sedang berada di Sabah.

11.40 pagi: Difahamkan Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu sudah tiba di kediaman Dr Mahathir Mohamad di Seri Kembangan, Selangor hampir sejam lalu.

Astro Awani melaporkan, ketiga-tiga ahli parlimen itu sedang bertemu dengan Mahathir.

11:30 pagi: Difahamkan DAP mengarahkan semua wakil rakyat dan senatornya untuk hadir ke mesyuarat parti itu di Kuala Lumpur.

Hal itu selaras dengan ketibaan ramai pemimpin DAP setakat ini. Antaranya Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy; Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham; Soon Lip Chee (Adun Bagan Jermal) dan A Sivanesan (Sungkai).

11 pagi: Veteran DAP, Lim Kit Siang, tiba di ibu pejabat parti itu di Pudu.
"Kami ada mesyuarat lepas ni," katanya semasa ditemui media di pintu masuk bangunan tersebut.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu enggan menjawab soalan lain yang dikemukakan wartawan.
Sebelum Lim, kelihatan tiba lebih awal ialah Ketua Wanita DAP, Chong Eng; Adun Teratai, Lai Wai Chong; dan Adun Ayer Keroh, Kerk Chee Yee.

10.45 pagi: Presiden Gerakan, Dominic Lau, mengesahkan kepada Malaysiakini, parti itu akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat di Kuala Lumpur pada jam 4 petang ini.

Katanya, salah satu agenda yang akan dibincangkan ialah kemungkinan penyertaan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, serta penyokongnya, ke dalam Gerakan.

"Itu antara agendanya, tapi yang utama akan dibincangkan ialah situasi politik, kedudukan Gerakan, strategi dan tindak balas.

"Kami akan bincangkan mengenai peranan Gerakan apabila ada perubahan kerajaan," katanya.

Lau bagaimanapun enggan mengulas sama ada Azmin dan pengikutnya ada atau tidak memohon menyertai Gerakan.

Beliau juga tidak mengulas apabila ditanya kemungkinan Azmin akan hadir pada mesyuarat tersebut.

10.49 pagi: Pusat Pembanterasan Rasuah dan Kronisme (C4) akan menyertai sidang media bersama Bersih pada petang ini.

Pengarah Eksekutif C4, Cynthia Gabriel, berkata sidang media itu akan diadakan sejurus selepas Presiden PKR, Anwar Ibrahim, bertemu Yang di-Pertuan Agong.


10.50 pagi: Malaysiakini difahamkan oleh sumber, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, tiada di pejabat ketika Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Lim Guan Eng tiba.

Difahamkan ketiga-tiga mereka kemudian bersama-sama menuju ke rumah Mahathir di Seri Kembangan.

10.25 pagi: Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng meninggalkan Perdana Putra. Kedua-dua mereka tidak memberhentikan kenderaan masing-masing untuk bercakap kepada media.

Hanya beberapa minit sebelum itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, juga dilihat meninggalkan bangunan menempatkan Pejabat Perdana Menteri itu.

Kenderaannya diperlahankan sedikit dan beliau melambai ke arah wartawan yang menunggu.


10.20 pagi: Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, dilaporkan tidak akan menghadiri sebarang majlis rasmi kementeriannya hari ini.

Hal itu disahkan seorang pembantunya.

Kata sumber tersebut, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hasnol Zam Zam Ahmad, akan mewakili Saifuddin.


10 pagi: Kira-kira dua jam sebelum mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP berlangsung, kelihatan salah seorang pemimpin kanan parti itu tiba di bangunan ibu pejabat parti terbabit di Pudu, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua, enggan memberi sekarang kenyataan.

"Saya tak tahu," katanya apabila ditanya media sama ada beliau hadir untuk menghadiri mesyuarat berkenaan atau sebaliknya.

Menurut setiausaha politik menteri kewangan itu, beliau datang untuk menyelesaikan "hal-hal lain".

Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, dilihat tiba di situ kira-kira jam 9pagi.

WOIT ? APA HAL RIBUT-RIBUT ?

JALAN TERBAIK BUBAR PARLIMEN


Presiden PKR, Anwar Ibrahim, dijangka akan bertemu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pagi ini ekoran perkembangan baru politik semalam yang memungkinkan berlakunya penjajaran semula politik negara.



Gabungan baru: Anwar jumpa pemimpin DAP dan Amanah, Azmin ikrar teruskan agenda reformasi

MASIH RELAVAN, PAT-PAT SIKU LIPAT SAPA CEPAT DIA DAPAT, HI HI HI 

HADI GEMPAK HARI AHAD
KENYATAAN TERKINI
SUDAH JANJI, TAPI MUNGKIR JANJI ?
‘Hari ini suatu pengkhianatan, perubahan dalam masa terdekat’
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan perkembangan politik tanah air hari ini sebagai satu “pengkhianatan”.

“Dan kita juga dikejutkan hari ini dengan perkembangan yang bagi kita satu juga pengkhianatan kerana sudah janji dan sebagainya, maka menyebabkan ada perubahan.

 SAHLAH:
PAT,PAT SIKU LIPAT, SIAPA CEPAT DIA DAPAT

STEP PERTAMA SEKURANGNYA ADA YANG TAK LEH NAK TIDUR MALAM.

PLAN NI NAMPAK LONGGAR
MAHU TUKAR PEMERINTAHAN NEGARA ?













 
TAPI ADA YANG TUNGGU DI ISTANA NEGARA ?
MENGIKUTI PERKEMBANGAN SECARA BERHATI-HATI
 INILAH CERITANYA

LANGSUNG: Gabungan baru? Bersatu, Umno, kem Azmin, GPS, PAS, Warisan di Istana Negara

LANGSUNG 
 Malaysiakini membawakan liputan langsung berkenaan perkembangan susulan pertemuan kumpulan-kumpulan politik yang bermula pagi ini.

Sumber: Bersatu, Umno, kem Azmin, GPS, PAS, Warisan di Istana Negara
Iklan
7.11 petang: Istana Negara - Sumber yang dekat dengan istana mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa enam parti yang kini berada di istana ialah Bersatu, Umno, PKR (kem Azmin), GPS, PAS dan Warisan.
Pemimpin yang ada di sana ialah:

Muhyiddin Yassin (presiden Bersatu)
Ahmad Zahid Hamidi (presiden Umno)
Azmin Ali (timbalan presiden PKR)
Abang Johari Openg (presiden GPS)
Shafie Apdal (presiden Warisan)
Abdul Hadi Awang (presiden PAS)
Sumber itu berkata Dr Mahathir Mohamad turut ada namun seorang pembantu perdana menteri menafikannya.

Pemimpin, MP Umno tiba di Hotel Sheraton
7.05 petang: Hotel Sheraton, Petaling Jaya - Beberapa pemimpin Umno dilihat tiba di sini.

Antara yang dilihat ialah naib presiden Ismail Sabri serta anggota Majlis Tertinggi seperti Tengku Adnan Mansor (Putrajaya), Shahidan Kassim (Arau) dan Azalina Othman Said (Pengerang).

Selain itu, anggota parlimen Umno yang turut ada ialah Ismail Muttalib (Maran), Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar) dan Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar).

Anggota Parlimen Cameron Highlands Ramli Md Noor turut dilihat ada di sini.

Sementara itu, pegawai presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Fadzlette Othman Merican turut dilihat. Mustapa Mohamed (Jeli) pula baru tiba.

Kesemuanya enggan menyatakan sebab keberadaan mereka.













PM tak akan buat sidang media, kata jurucakap Pejabat Perdana Menteri
7 petang: Jurucakap Pejabat Perdana Menteri berkata Dr Mahathir Mohamad tidak akan mengadakan sidang media malam ini.

Ia sebagai respons kepada permintaan pemberita yang inginkan pengesahan berkenaan kemungkinan ada sidang media atau pengumuman besar oleh perdana menteri nanti.

Jurucakap itu juga berkata Mahathir tidak akan ke Hotel Sheraton Petaling Jaya, di mana beliau dikatakan akan mengadakan sidang media tersebut.













Sumber: Dr M, wakil 6 parti di Istana Negara
7 petang: Istana Negara - Sumber yang rapat dengan istana memberitahu Malaysiakini bahawa pemimpin daripada enam parti kini telah tiba.

Bagaimanapun sumber itu tidak menyatakan nama parti tersebut.

Mahathir juga telah tiba.

Setakat ini, Malaysiakini boleh mengesahkan pemimpin GPS dan Umno dalam perjalanan ke istana.

Kumpulan lain yang terlibat dalam pertemuan hari ini termasuklah Bersatu, Warisan dan anggota parlimen PKR yang menyokong Azmin.

PAS pula mengadakan pemukiman dengan Umno di Janda Baik, Pahang, pada hujung minggu ini.

6.35pm: Hotel Sheraton Petaling Jaya - Para penyokong mula berkumpul di sini, di mana pemimpin PKR yang menyokong Azmin sudah berada di sini sepanjang hari.
Rata-ratanya berlegar di hotel tersebut.

Kira-kira pukul sembilan pagi hari ini, pemimpin PKR seperti Zuraida Kamaruddin, Kamaruddin Jaafar, Saifuddin Abdullah dan Rashid Hasnon sudah berada di sini.

Anggota parlimen PKR yang ada pula antaranya Willie Mongin (Puncak Borneo), Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya), Mansor Othman (Nibong Tebal), Edmund.

Kereta Edmund Santhara Kumar (Segamat) pula dilihat di lobi hotel.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dijangka mengadakan sidang media di sini nanti.

Zahid sah ke Istana Negara
6.30 petang: Istana Negara - Malaysiakini boleh mengesahkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam perjalanan ke Istana Negara.

Perkara itu disahkan oleh seorang pemimpin kanan Umno.

Satu lagi sumber Umno berkata pertemuan di istana sepatutnya berlaku lebih awal tetapi tertangguh kerana mesyuarat GPS berlangsung lebih lama daripada jangkaan.

Terdahulu kenderaan ketua GPS Abang Johari Openg dilihat ada di perkarangan istana.













'PAS tunggu dan lihat'
6.30 petang: Di saat beberapa pemimpin telah tiba atau dalam perjalanan ke Istana Negara, masih belum ada sebarang khabar berkenaan penglibatan PAS.

Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah memaklumkan pihaknya mengambil pendirian 'tunggu dan lihat' berhubung spekulasi kemungkinan perubahan kerajaan, ekoran pertemuan kumpulan politik hari ini.

Katanya, setakat ini PAS tidak membuat sebarang mesyuarat tergempar.

"Saya ada di Kuala Lumpur, tak ada mesyuarat (PAS), saya ada urusan lain. Saya baru balik Janda Baik juga (pemukiman Muafakat Nasional).

"Kita pun tunggu dan lihat (perkembangan), sebab itu urusan PH dan perdana menteri," katanya.


Polis bersedia
6.20 petang: Ketua Polis Selangor Noor Azam Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan polis dalam keadaan sedia untuk kemungkinan sidang media oleh Perdana Menteri Dr Mahathir MOhamad.

Ia selepas Malaysiakini memintanya mengesahkan berhubung makluman berkenaan kawalan keselamatan terhadap pemimpin di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.

Sumber politik memberitahu Malaysiakini bahawa Mahathir dijangka mengadakan sidang media di sana selepas ke Istana Negara.


MP PKR beredar dari rumah Anwar
6.15 petang: Rumah Anwar, Segambut - Beberapa MP PKR yang menyokong Anwar dilihat beredar.

Antaranya Nik Nazmi (Setiawangsa), Johari Abdul (Sungai Petani), Saifuddin Nasution (Bandar Bahru Kulim), Wong Chen (Subang), Chang Lih Kang (Tanjung Malim), Lee Boon Chye (Gopeng), William Leong (Selayang), Fahmi Fadli (Lembah Pantai), Xavier Jayakumar (Kuala Langat).

Mereka enggan bercakap dengan pemberita.

Apakah Dr M ke Istana Negara?
6.10 petang: Istana Negara - Sumber yang dekat dengan istana berkata pihaknya menjangkakan kehadiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Sumber berkata Mahathir dijangka tiba lebih awal, tetapi belum berbuat demikian.

Sementara itu, Malaysiakini boleh mengesahkan bahawa Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg dilihat berada di perkarangan istana.


Zahid tak lama di PWTC
6 petang: PWTC - Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi tiba di ibu pejabat Umno, tetapi tidak lama.

Sumber Umno mengatakan Zahid bergerak ke Istana Negara susulan rancangan sidang media di Hotel Sheraton Petaling Jaya, tetapi dakwaan itu tidak boleh disahkan secara bebas.

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang dijangka diadakan akan dipengerusikan oleh setiausaha agung Annuar Musa.


Penyokong Anwar tiba di Segambut
5.50 petang: Rumah Anwar, Segambut - Kegiatan mula rancak apabila anggota parlimen PKR yang menyokong Anwar mula tiba di sini.

Antaranya Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa) dan Wong Chen (Subang).

Di tengah-tengah pergerakan politik hari ini, penyokong presiden PKR itu menggesa himpunan diadakan di sini.













5.38 petang: Hotel Ritz Carlton - Sejak pagi tadi tumpuan ke arah kem Azmin dalam PKR, Bersatu, GPS, PAS dan Umno.

Bagaimanapun Warisan juga kini tampak turut terlibat apabila presidennya Shafie Apdal dilihat berada di sini, di mana pemimpin GPS berkumpul.

Beliau tidak bercakap dengan pemberita dan terus masuk ke hotel. 

Warisan memiliki sembilan anggota parlimen.

5 petang: Ringkasan pertemuan dan perkembangannya:
Hotel Sheraton, Petaling Jaya - pemimpin PKR yang menyokong Azmin, beberapa pemimpin Bersatu.

Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur - Pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS), Warisan.

Istana Negara - Wartawan mula berkumpul sejak tengah hari tadi, konvoi kenderaan turut dilihat memasuki kawasan istana.

Rumah Anwar di Bukit Segambut - Penyokong mula berkumpul untuk majlis bacaan Yaasin dan sembahyang hajat.

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) - Pemimpin Umno berkumpul, ada yang masih dalam perjalanan.

Ibu pejabat PAS - Sumber PAS mengatakan mesyuarat mungkin diadakan malam ini, tetapi ia belum disahkan.


Pagi ini, sejumlah anggota parlimen PKR yang menyokong timbalan presiden Azmin Ali mula berkumpul di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.

Ia terletak hanya kira-kira satu kilometer dari ibu pejabat Bersatu, di mana pemimpin parti itu turut bermesyuarat.

Ia mencetuskan spekulasi bahawa kem Azmin mungkin akan bekerjasama dengan Bersatu. Bagaimanapun desas-desus politik kian meningkat apabila jelas parti pembangkang juga terlibat.

Di Hotel Ritz Carlton di Kuala Lumpur, pemimpin GPS diketuai Abang Johari Openg mula berkumpul pada tengah hari. Tidak jelas bila mereka tiba dari Sarawak.

Pada masa sama, pemimpin Umno, yang mengadakan pemukiman dengan PAS di Janda Baik, Pahang pagi tadi mula kembali ke ibu pejabat parti di PWTC, Kuala Lumpur, pada petang tadi.

Pemimpin DAP, Amanah, dan PKR yang menyokong presiden Anwar Ibrahim tampak tidak termasuk dalam pergerakan hari ini memandangkan beberapa yang dihubungi Malaysiakini, berkata mereka tidak tahu-menahu dengan apa yang berlaku.
Mereka yang terbabit pula mengunci mulut di tengah-tengah keadaan yang masih berlangsung.
 

TAK PAYAH BIDAS AG, KUASA DITANGANNYA

ADA YANG GESA AG PERLU LETTAK JAWATAN, HEK ELEH, BANGANGNYA ! PATUTNYA SURUH LE SEMUA MENTERI P.H LETAK JAWATAN, ATAU BUBAR PARLIMEN !

TU BARU SUARA ANAK JANTAN. NI BANYAK YANG BUAT KENYATAAN HANYA BERLAKUN JE, MENGELAKAN JANGAN RAKYAT MARAH.

RAKYAT HENDAK TENGOK KUASA MENTERI DALAM NEGERI HEBAT KE ATAU KUASA AG HEBAT

Muhyiddin: Ada asas kukuh kekalkan LTTE dalam senarai pengganas


Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata beliau ada asas kukuh untuk mengekalkan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dalam senarai pertubuhan pengganas.

Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas kenyataan Peguam Negara Tommy Thomas yang memintanya mengkaji semula senarai pertubuhan yang diwartakan sebagai pengganas.

Permintaan itu susulan keputusannya untuk menghentikan prosiding terhadap 12 individu yang didakwa terlibat dengan LTTE.

Muhyiddin berkata kerajaan telah menyenaraikan LTTE sebagai kumpulan pengganas sejak 12 November 2014.

PUTIH HITAM DI TANGAN AG, HANGPA BUAT APA MENYIBUK ?

Pemimpin Bersatu, Umno bidas AG tamatkan prosiding kes LTTE



Pemimpin Bersatu dan Umno mengkritik keputusan Peguam Negara Tommy Thomas untuk menghentikan prosiding terhadap 12 individu yang didakwa terlibat dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Timbalan Pengerusi Bersatu Melaka Mohd Rafiq Naizamohideen mendakwa Thomas menyalahgunakan kuasanya.

"Peguam negara sudah mencampuri urusan Eksekutif, menteri dalam negeri dan boleh dianggap sebagai menyalahgunakan kuasanya," katanya di Facebook.

Dalam kenyataan sepanjang 11 halaman, Thomas berkata tema umum kesemua 12 individu tersebut adalah mereka hanya memiliki gambar pemimpin LTTE, seperti Velupillai Prabhakaran yang terbunuh pada 2009, sama ada di telefon atau Facebook.





4 HOTEL TABUNG HAJI TUTUP ?

RASA CURIGA PENUTUPAN HOTEL TABUNG HAJI, HOTEL LAIN OK JE !

PAS TUNTUT PENJELASAN


 
“PAS turut bimbang dengan nasib semua aset hartanah LTH bernilai RM1.4 bilion (nilai buku) yang telah dipindahkan kepada UJSB antaranya tanah TRX KL (RM196 juta), Platinum Park (RM486 juta) dan tanah Presint 4 Putrajaya (RM92 juta).

Menteri Hal Ehwal Agama, Dr Mujahid Yusof dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberi penjelasan sekiranya benar penutupan hotel berkenaan.


“Alasan “keputusan yang tidak dapat dielakkan” sangat kabur dan meragukan.

“Persoalaannya sekarang, adakah kewangan Tabung Haji begitu teruk hingga masih mencairkan aset-aset milik Tabung Haji ala jualan penghabisan stok,” kata ketua DPIM Shahir Adnan dalam satu kenyataan.


HANYA DI KAYANGAN TAPI MENGGELUPUR ,

 ASYIK SANGAT NAK JADI PIEM, RAKYAT TERUS TIDAK TERBELA

AKHIRNYA TUN BUKA MULUT PERJELAS ISU AKUAN SUMPAH

 

NASIB BAIK SUBKY KATA:
PAKATAN NASIONAL HANYA UJUD DI KAYANGAN.
 
Pakatan Nasional yang dikaitkan dengan pembentukan kerajaan campuran membabitkan Bersatu, Umno, PAS dan sebahagian PKR hanya wujud di kayangan, kata pemimpin veteran PAS, Subky Latif.
KESAN DARI KENYATAAN SUBKY BARU MERAH MUKA NUAR , LALU NUARPUN BUAT KENYATAAN

"USUL PERCAYA KEPADA PIEH TAK PERLU DIANGGAP SERIUS" !
 
NUAR KATA CADANGAN ITU ADALAH CANGGUNG, DAN TAK PERNAH DIBUAT ORANG.
TAPI NUAR KATA:
ITU BUKAN SUATU YANG DIPANDANG SERIUS TAPI DIA KATALAH JUGA ITU ADALAH SUATU CARA NAK PECAH BELAHKAN PAKATAN HARAPAN !
ERTINYA ADALAH JUGA YANG NUAR PERLU BERHATI-HATI-HATI, JIKA TAK, TAK PERLU LA DIA ULAS ! KIH,KIH,KIH

BERTENANG DALAM BERWASPADA !

BOLEH TAK TIDUR MALAM JUGA NI !
NUAR KATA LAGI:
DAN PAKATAN HARAPAN TIDAK AKAN TERTIPU, !

ALHAMDULILLAH LA JIKA NUAR KATA LAGU TU, TAKUTNYA TETIBA BERLAKU UNDI TIDAK PERCAYA ATAU UNDI PERCAYA, AGAKNYA MAU LA MENGGELUPR DIBUATNYA !

APA YANG MERUNSINGKAN ANUAR IALAH : SUDAH RAMAI LA PULA DOK KATA:

LAGU MANA NAK JADI PIEM JAGA SEBUAH NEGARA, SEDANGKAN PARTI SENDIRIPUN TAK MAMPU NAK JAGA !

INILAH BUKTI MEREKA SEMAKIN MENGGELUPUR !

DESAS DESUS UNDI PERCAYA KEPADA MAHADHIR DI PARLIMEN

  PAS AKAN BAWA UNDI PERCAYA KEPADA MAHADHIR DI PARLIMEN. 

KEPUTUSAN UNDI PERCAYA DAN TIDAK PERCAYA AKAN MEMBAWA KEPUTUSAN SIAPA JADI PIEM ?

 

ANDAINYA UNDI PERCAYA KEPADA MAHADHIR DI PARLIMEN MENYEBELAHINYA, MAKA JAWATAN PERDANA MENTERI AKAN DISANDANGNYA SEHINGGA HABIS PENGGAL.

ANDAINYA UNDI PERCAYA KEPADA MAHADHIR TIDAK MENYEBELAHINYA, MAKA ANUAR AKAN JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA SECARA OTOMATIK ?

ATAU

KEPUTUSAN UNDI PERCAYA YANG KALAH ITU DIPERSEMBAHKAN KEPADA YANG DIPERTUAN AGONG KEMUDIAN SECARA OTOMATIK ANUAR JADI PERDANA MENTERI ? 

ADA DIANTARA AHLI PARLIMEN DARI P.H DIKATAKAN AKAN MENGUNDI MAHADHIR SEBAGAI PIEM SEHINGGA HABIS PENGGAL.

ANDAINYA SAMA BANYAK, MAKA PARLIMEN AKAN DIBUBARKAN ?

RASANYA UNDI PERCAYA INI AKAN MENJADI KENYATAAN UUNTUK MENGGANTIKAN MASUK DARI PINTU BELAKANG.

SEKARANG INI MASING-MASING SEDANG BERKEMPEN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH PIEM ! ?

MENGAPA TERLALU RIBUT TENTANG PERALIHAN KUASA ?

SEBAB:

RAMAI BAGI PANDANGAN ANUAR MEMANG TAK BOLEH DIHARAPKAN MENJADI PIEM UNTUK JAGA RAKYAT MALAYSIA, KERANA PARTI SENDIRIPUN TAK MAMPU  JAGA, INIKAN PULA NAK JAGA SEBUAH NEGARA !!!! 

MEMANG ABANG NON HILANG KELAYAKAN !!!






MENCATUR POLITIK NEGARA, RAKYAT JANGAN DIMANGSAKAN

RIBUT POLITIK AKAN MENIMPA NEGARA ?
SIAPA MASTER MIND ? 

PAKATAN NASIONAL !?

ADA BAIK DAN ADA BURUK !

YANG TERBAIK BUBAR PARLIMEN, FULL STOP.

KITA NAK LIHAT JIKA ADA MUSLIHAT DISEBALIK NIAT !

 Image result for GAMBAR IMAGE MANUSIA GELAP

ADA BAIKNYA PARTI-PARTI MELAYU BERSATU KEMBALI, SEKALIPUN ADA DIANTARA PIMPINAN MELAYU ITU TIDAK DISUKAI. 

MANA-MANA PARTI POLITIK MELAYU YANG BERSEKONGKOL DENGAN DAP TIDAK TERMASUK DI DALAM PAKATAN INI.

 Image result for YOU TUBE GAMBAR ANUAR HAMPA JADI PM 8
Gambar hiasan

ANDAINYA PARTI-PARTI MELAYU SUDAH MENCUKUPI UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN, MAKA PERUBAHAN POLITIK PERLU DILAKUKAN.

BERITA YANG HANYA DI DALAM PERANCANGAN INI AKAN MENGHADAPAI BERBAGAI KERENAH ADAB YANG TERPAKSA DITERIMA.

TUJUAN PENYATUAN MELAYU  Image result for gambar penyatuan melayu you tube"

PENYATUAN TERPAKSA DI UJUDKAN KERANA  MENGELAKKAN MARUAH PERPECAHAN BANGSA, PENGHINAAN AGAMA DAN MARUAH NEGARA DAPAT DISELAMATKAN.

 ANDAINYA PERANCANGAN PENYATUAN INI BERJAYA DIUJUDKAN MAKA  PEMBENTUKAN NEGARA BARU DAN PINDAAN PERLEMBAGAAN NEGARA PERLU DILAKUKAN.

LANGKAH PERTAMA

MELAKSANAKAN NIAT  ??? 

PERLU DILAKSANAKAN LANGKAH KEDUA

PEMBERSIHAN UNSUR MUSLIHAT ????

WAJIB DILAKUKAN TANPA GAGAL

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.