Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Mencungkil sejarah untuk dinilai

Nuffnang Ads

Rabu, 31 Ogos 2011


'Sejarah tak rasmi' kemerdekaan Malaysia

kua kia soong book patriots and pretenders story
Walapun Malaysia mencapai kemerdekaannya lebih 50 tahun lalu, namun sehingga hari ini, rakyat sering kali diingatkan oleh pemimpin-pemimpin Umno berhubung apa yang dipanggil sebagai 'Kontrak Sosial'.


Perjanjian itu dikatakan telah dipersetujui oleh “tiga bangsa utama Malaysia” dan ditimbulkan setiap kali kaum bukan bumiputera menuntut hak kebebasan sivil mereka dan desakan supaya diskriminasi ke atas mereka ditamatkan.

Buku terbaru saya 'Patriots & Pretenders' bertujuan untuk memaparkan fakta-fakta sejarah dalam perspektif supaya generasi baru rakyat Malaysia memahami sistem kelas yang diwujudkan dalam perjuangan anti-kolonial dan mengenali siapa sebenarnya pejuang anti-penjajah.


Penerbitan buku ini bertepatan dengan pengumuman baru-baru ini oleh Kementerian Pendidikan bahawa sejarah akan dijadikan mata pelajaran wajib dalam peperiksaan SPM. Ini menimbulkan bantahan lantang daripada beberapa sektor yang mendapati 'sejarah rasmi' di negara ini sebenarnya amat mencurigakan.


Sejak peristiwa berdarah 13 Mei dan penyebarluas Dasar Kebudayaan Kebangsaan, sejarah Malaysia telah ditulis mengikut sudut pandangan parti pemerintah Umno dan selaras dengan ideologi 'populis-centric' Melayu.

'Sejarah rasmi' ini digunakan untuk memperkukuh satu kumpulan etnik tertentu dan membelakangkan kaum-kaum lain dalam usaha untuk pecah dan perintah. Akibatnya, banyak masyarakat atau kaum tertentu yang telah dinafikan tempat mereka dalam sejarah Malaysia yang sah.

'Patriots & Pretenders' cuba untuk memaparkan rekod berkenaan dengan menyediakan analisis kelas semasa perjuangan. Buku ini juga mengakui sumbangan patriotik dalam semua masyarakat dan etnik dalam perjuangan menuntut kemerdekaan dan pembangunan negara.

'Sejarah Rakyat' ini adalah berasaskan penyelidikan oleh tokoh akademik yang dihormati, yang membongkar semula sejarah rasmi Malaysia yang sebenar. Dengan mengkajinya, kita boleh memahami punca polarisasi kaum di negara ini dan meletakkan asas bagi penyelesaian bukan-perkauman berhubung cabaran negara ini.

KUA KIA SOONG, adalah bekas ahli parlimen. Beliau adalah pengetua Kolej New Era di Kajang. Beliau juga merupakan pengarah pertubuhan hak asasi manusia, Suaram. Bukunya,, 'Patriots & Pretenders' boleh didapati di kedai-kedai buku utama di seluruh negara pada pertengahan September ini.

Rakyat mula nak cari maklumat pejuang kemerdekaan



Wednesday, August 31, 2011

Mat Indera Tak Mati Di Tali Gantung, Disimpan British Sebagai Pemberi Maklumat Komunis

Mat Indera bersama kekawan di
sekolah melayu
Syabas diucapkan kepada Mat Sabu kerana bertepatan dengan hari merdeka dan bulan merdeka negara dipanaskan dengan peristiwa Bukit Kepong. Tahniah juga kepada Utusan Meloya yang membantu menaikkan isu yang sama secara besar-besaran. Memang dari segi 'pemasaran politik', tidak ada sesiapa yang dapat menandingi Utusan Meloya.

Kedua-dua mereka Utusan dan Mat Sabu membuatkan rakyat mencari-cari siapa sebenarnya pejuang dalam memastikan negara kita merdeka. Isu ini juga membuatkan kita mula mengkaji semula segala bahan tulisan sejarah yang tersedia ada dan diulang-ulang sebagai hidangan untuk kita telan bulat-bulat sejak sekian lama. Tiba-tiba ramai orang meminati sejarah.

Kata cerdik pandai, sejarah bukanlah apa yang kita fikirkan, sebaliknya sejarah adalah apa yang kita ingat. Bagi saya pula 'Sejarah adalah apa yang kerajaan mahu kita ingat'. Apa yang orang lain ingat dan mengalami atau menyaksikannya sendiri tidak menjadi bahan sejarah jika kerajaan atau penguasa tidak mahu mengingati peristiwa tersebut.


Mat Indera
Antara maklumat yang paling dicari oleh orang ramai sekarang ini adalah menyelidiki siapa sebenarnya Mat Indera. Banyaklah tulisan yang tiba-tiba muncul menceritakan siapa sebenarnya Mat Indera. Nama tersebut bukan satu nama yang diingati oleh orang ramai dan kalau kita buat carian pada Wikipedia dalam peristiwa trajedi Bukit Kepong pun, maklumat mengenai Mat Indera masih lagi kosong.

Antara maklumat-maklumat mengenai Mat Indera yang ada boleh didapati di sini dan juga di sini. Penulis asal cerita Mat Indera ini boleh dilihat di sini, dia ada memberikan komen tambahan mengenai legenda Mat Indera ini seperti di bawah:


"sebelum nih.. ade anak sedare mat indera bagitau saye.. dia tak tau kat mane sebenornye kubor mat indera.. dan ade beberape orang pernah bagitau saye.. yang digantung tu bukannye mat indera.. tetapi mat indera disembunyikan untuk mendapatkan maklumat mengenai komunis.. wallahualam..
dan terbaru.. ade seseorang memberitahu mat indera baru jer ninggal beberape bulan yg lepas..entah ler.."

Cerita Mat Indera dengan kehebatan serta kesaktiannya dah jadi macam dongeng pula, nampaknya orang Melayu masih lagi suka dengan cerita-cerita seumpama itu dan tangkal masih lagi ada pasarannya di negara kita.

Walau apapun dakwaan bahawa Mat Indera baru saja meninggal menarik juga untuk dijadikan bahan cerita sensai. Apakah benar British menyimpannya sebagai pemberi maklumat kegiatan komunis tidak dapat dipastikan melainkan perlu korek bahan-bahan sejarah dari muzium kat London.

Cuma kalau dia tak ke tali gantung, selepas British berambus dari tanah Melayu, dia berkhidmat untuk siapa pulak....besar kemungkinannya ia hanyalah satu lagi imaginasi yang diharapkan berlaku oleh mereka yang kagum dengan Mat Indera dan tidak dapat menerima perjuangan Hero mereka lansung tidak dihargai.....biasalah, "Sejarah adalah apa yang penguasa mahu kita mengingatinya....."


Najib Hilang Sokongan, Rakyat Mahu Kjaan Baru



2 Syawal 1432H,

SHAH ALAM: Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kemerosotan tahap kepuasan hati rakyat terjadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan tanda peralihan sokongan kepada Pakatan Rakyat.


Bagaimanapun, Anwar akur Pakatan Rakyat perlu bekerja lebih keras menyampaikan maklumat kepada rakyat luar bandar yang masih di bawah pengaruh UMNO Barisan Nasional.


"Jelas ada trend (tidak menyokong Najib) ini, tapi sekarang ni, terutamanya kebanyakan rakyat luar bandar masih dikongkong propaganda Kerajaan. Tapi saya optimistik dengan usaha Pakatan Rakyat dan prestasi negeri seperti Selangor, Pulau Pinang,Kedah dan Kelantan rakyat akan mengundi Pakatan," kata Anwar kepada wartawan ketika Majlis Sambutan Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di sini hari ini.


Beliau mengulas Kajian Merdeka Center yang melaporkan kepuasan hati rakyat terhadap Najib jatuh ke paras terendah iaitu 59 peratus, berbanding 72 peratus yang dicatatkan Jun tahun lalu.


Kemerosotan kepopularannya dikaitkan dengan tekanan inflasi akibat kenaikan kos bahan api dan elektrik yang diumumkan oleh kerajaan BN.


Merdeka Center juga berkata cara pentadbiran Najib mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 juga menjejaskan kredibilitinya.


Badan itu turut melaporkan bahawa rata-rata responden yang ditemui faham dan menyokong tuntutan reformasi sistem pilihanraya oleh Bersih 2.0.


Cara kejam, propaganda keterlaluan, pembohongan, fitnah kepada pemimpin Pakatan dan Datuk Ambiga memberi kesan kepada  rakyat. Mereka tak mahu lagi ditipu. Apakah jenayah Ambiga? Hanya kerana sokong Pilihan Raya adil?"


Anwar turut memberi amaran bahawa sebarang perubahan polisi Najib sebagai terlewat kerana jelas beliau tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pentadbir yang baik.


"Tak kira disokong atau tidak, wajib menjadi tanggungjawab seorang pemimpin yang dipilih untuk pastikan Pilihan Raya bersih dan adil. Anda tak boleh terus tadbir dan urus rakyat negara ini seperti tahun 1950-an. Libya telah berubah, Syria telah berubah, kenapa Malaysia tidak?" soal Anwar.-tvs

JIKA DIHANTAR KE MALAYSIA MEREKA AKAN MENJADI PENGUNDI HANTU

Mahkamah halang penghantaran pelarian ke Malaysia

31/08/2011 1:53pm

SYDNEY 31 Ogos – Mahkamah tinggi di Australia hari ini menghalang rancangan kerajaan Australia untuk menghantar pencari suaka ke Malaysia, dengan berkata, pelarian tidak boleh dihantar ke negara di mana mereka tidak dilindungi undang-undang.

Keputusan itu merupakan tamparan kepada rancangan kerajaan bagi menghantar sehingga 800 pencari suaka ke Malaysia sebagai pertukaran menempatkan semula 4,000 pelarian, sekali gus menyebabkan ratusan pencari suaka dalam dilema ketidaktentuan undang-undang.

“Hari ini, mahkamah tinggi membatalkan pengumuman Menteri Imigrasi dan Kewarganegaraan bahawa Malaysia sebuah negara di mana pencari suaka, yang memasuki Australia melalui Pulau Christmas, boleh dibawa untuk tuntutan suaka mereka diproseskan,” kata mahkamah dalam satu kenyataan.

Peguam kepada dua lelaki Afghanistan, yang menjadi tumpuan kes ini, menegaskan, perjanjian (dengan Malaysia) itu melanggar tanggungjawab Australia terhadap pencari suaka kerana Malaysia bukan negara penandatangan konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai pelarian.

Mahkamah tinggi memihak kepada alasan itu dengan satu keputusan majoriti. – AFP

LYNAS, AKHIRNYA KEMBALI KEPANGKAL JALAN

Akhirnya Che Rosli Buat Pengakuan Tak Sokong Lynas


Che Rosli: Saya tak langgar dasar PAS, tak sokong Lynas

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Ahli Parlimen Hulu Langat dari PAS Dr Che Rosli Che Mat berkata akan akur dengan sebarang tindakan parti Islam itu sambil menegaskan, beliau hanya muncul di TV3 atas kapasiti peribadinya sebagai seorang saintis.

Menjawab pendirian kontroversi mengenai loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng dan desakan agar dikenakan tindakan disiplin, Che Rosli berkata, beliau sebenarnya telah memaklumkan saluran swasta itu bahawa tidak akan hadir sebagai wakil PAS, sebaliknya selaku seorang pakar dalam bidang sains nuklear.


Che Rosli mengetepikan kritikan banyak pihak dengan berkata, “seperti Dr Ahmad Termizi Ramli (Pakar Keselamatan Radiologi dan Kesihatan), saya muncul di TV3 sebagai saintis. Itu sahaja.”


“Saya memberitahu wartawan TV3 bahawa saya perlu mendapatkan kebenaran presiden parti, tetapi oleh kerana wartawan Karam Singh Walia telah menelefon saya dua tiga kali, saya pun kata bahawa saya hanya akan hadir atas kapasiti sebagai seorang saintis,” kata bekas pensyarah sains nuklear kepada The Malaysian Insider.

Malangnya tegas Che Rosli, beliau telah diatribut sebagai wakil PAS — “Ahli Parlimen PAS” sehingga membawa kepada kontroversi sekarang.

“Bila saya disebutkan sebagai Ahli Parlimen PAS, maka ia menjadi kontroversi,” kata beliau.

“Saya hanya pergi sebagai seorang saintis, saya tidak bertindak bertentangan dengan parti, saya juga tidak menyokong Lynas,” katanya dengan merujuk kepada pandangannya bahawa hanya memberikan cadangan bagaimana sisa buangan loji Lynas boleh diuruskan.

“Sekarang sudah jadi isu kontroversi,” kata beliau yang bersedia untuk bertemu dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjelaskan perkara sebenar.

“Saya akan bertemu dengan presiden parti, tetapi kalau nak saya beri penjelasan... boleh, tiada masalah, sila hantar surat secara formal, melalui surat berdaftar... saya akan pergi, sekarang saya baru dengar melalui akhbar, belum ada surat rasmi,” kata wakil rakyat ini sambil menambah, “saya dengar akan dikenakan tindakan kerana melanggar disiplin, katanya nak panggil saya beri penjelasan.”

The Malaysian Insider difahamkan beliau akan dipanggil ke ibu pejabat parti pada minggu kedua bulan depan.

Dalam satu kenyataan Mac lalu, Che Rosli pernah berkata, negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat perlu mengorak langkah dengan mendahului kerajaan persekutuan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui ini demi masa depan rakyat dan lestari alam.

Katanya, jika sisa-sisa buangan ini dijana dengan betul satu penghasilan tenaga baru akan meningkat.

Semalam, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu The Malaysian Insider, partinya akan memanggil Che Rosli, yang dilaporkan menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng dekat Kuantan, untuk membuat penjelasan mengenai pendiriannya selepas cuti sambutan Aidilfitri.

Bagaimanapun pucuk pimpinan tidak menganggap kenyataan wakil rakyat itu sebagai satu tindakan melanggar disiplin parti walaupun bercanggah dengan pendirian PAS.

“Kami akan minta YB Che Rosli agar memberi penjelasan kepada pucuk kepimpinan kerana apa yang dikatakan oleh beliau bercanggah dengan pendirian parti,” kata Tuan Ibrahim sambil menambah, “setakat ini apa yang dikatakan oleh beliau tidak boleh dianggap sebagai isu disiplin.”

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, Che Rosli kemungkinan telah memberi pandangannya mengikut kepakaran beliau dalam bidang nuklear, tetapi pendirian parti adalah berlainan iaitu tidak bersetuju dengan loji Lynas didirikan di Gebeng.

Akhir minggu lalu, pemimpin Pakatan Rakyat Pahang membidas TV3 ekoran pengakuan Che Rosli yang menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas.

Naib Presiden PKR Fuziah Salleh, yang mendesak agar loji bernilai RM700 juta itu dihentikan, mahu TV3 menarik balik dan meminta maaf termasuk Ketua MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker yang telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya.

PAS Pahang juga meminta kepimpinan pusat agar memanggil Che Rosli untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Md Saad memberitahu The Malaysian Insider tindakan Che Rosli itu tidak boleh diterima kerana beliau sepatutnya menyatakan sokongan melalui akhbar rasmi parti, Harakah.

“Kita tahu beliau menyokong loji itu semasa kali pertama kita bincangkan isu ini pada 2009. Tetapi selepas berunding dengan pakar lain, pendirian PAS adalah membantah projek itu. Tetapi sekarang beliau telah masuk ke musuh untuk serang parti sendiri,” katanya.

TV3 menyiarkan satu laporan khas oleh wartawan alam sekitar Karam Singh mengatakan Dr Ahmad Termizi dan Che Rosli mendakwa Fuziah memperdayakan orang awam dengan membandingkan Lamp dengan kemudahan nuklear.

Che Rosli didakwa bertindak menuduh PKR memutarbelitkan isu itu untuk kepentingan sendiri dan beliau “malu” dengan hujah-hujah yang dibuat tanpa asas saintifik atau akademik.

Fuziah berkata, Che Rosli hanya bercakap tentang soal bahaya radiologi sedangkan beliau dan penduduk di sekitar loji itu telah berunding dengan ramai pakar dalam beberapa bidang termasuk kesihatan awam, kejuruteraan kimia, fizik nuklear dan undang-undang alam sekitar. -TMI

KERJA HARAM OLEH ORANG YANG HARAM

31 Ogos, 2011

Menteri Ada Hubungan Dengan Taikoon Penggubahan Wang Haram?

Sekadar Hiasan
The Untouchable Michael Chia Tien Foh yang sebelum ini menggemparkan dunia dengan Skandal Penggubahan Wang Haram di Hong Kong kini mendakwa berada di atas undang-undang kerana hubungan baiknya dengan pemimpin politik Malaysia; malah turut menjual nama DYMM Yang DiPertuan Agong. Setelah gagal melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dalam Skandal Penggubahan Wang haram dan Kegiatan Membiayai Keganasan; Michael Chia telah menggunakan pengaruh wang dan harta yang ada padanya untuk memikat beberapa Menteri Kabinet Malaysia menjinakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melengahkan kesnya ke arah impian ‘No Case To Answer’.
Seorang Menteri Kanan Kabinet Malaysia kelihatan memandu Hummer Hitam milik Michael Chia dan telah melancong bersama Michael Chia ke Australia, United Kingdom, Dubai dan beberapa Negara Eropah.

Menteri berkenaan sedang berusaha menutup kes rasuah Michael Chia yang kini sedang dibicarakan di Mahkamah Seksyen Sandakan yang diadili Hakim Elsie Primus kerana menipu seorang Jutawan Malaysia, Datuk Agus Hassan Tan sejumlah RM2.5 juta berhubung penjualan konsesi pembalakan Yayasan Sabah; melalui beberapa pindaan pertuduhan dan menukar saksi utama sebagai defendan.

Menurut maklumat dalaman, Michael Chia kini mendakwa beliau tidak lagi risau dengan kes rasuah yang dihadapinya kerana Wanita Nombor Satu Negara, Datin Seri Rosmah Mansor berada di belakangnya, sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan beliau bebas daripada sebarang kes rasuah.

Tidak cukup dengan itu, Michael Chia mendakwa bahawa semua menteri kabinet Malaysia berada di dalam genggamannya; apatah lagi beberapa menteri kabinet kelihatan memandu uji hampir kesemua kenderaan mewah milik Michael Chia tanpa segan silu.

Mungkin agak melucukan apabila Michael Chia turut mengaitkan DYMM Yang Di Pertua Agong sebagai rakan rapat beliau dan bersedia mengampunkan beliau jika didapati bersalah di mahkamah Malaysia!

Michael Chia kini berani mendabik dada mendakwa bahawa nasib Musa Aman sekarang berada di dalam genggaman beliau dan terpaksa tunduk kepada desakan beliau demi memanjangkan tali hayat politik.

Berita terbaru diterima, seorang Taikoon di Semenanjung Malaysia telah terperdaya dengan lakonan Michael Chia yang mengaku sebagai Billionare Pasir atau ‘Sand Man’ di Johor Bahru yang mempunyai kontrak jangka panjang dengan Singapura.

Taikoon tersebut sanggup membawa beg Michael Chia kerana percaya dengan dakwaan Michael Chia bahawa beliau seorang Billionaire terkemuka di Asia Tenggara, namun kini memaki Michael Chia setelah mengetahui kisah sebenar ‘The Sand Man’ yang hanya mempunyai simpanan tidak sampai RM50 juta lagi./sabahkini

TIDAK PRLU BANTUAN PBB

Majlis Peralihan Libya tolak tentera pengaman PBB

August 31, 2011
Pejuang pemberontak Libya memerhatikan katil di rumah ladang milik Muammar Gaddafi di bandar Abu Grein, 138km ke barat Sirte, semalam. — Foto Reuters
NEW YORK, 31 Ogos — Kepimpinan sementara Libya menolak idea untuk menempatkan sebarang pasukan tentera pengaman antarabangsa, demikian menurut duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Tripoli, Ian Martin.
 
Terdahulu, Pengerusi Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) berkata negara itu tidak memerlukan bantuan luar untuk mengekalkan keselamatan.

Perkembangan muncul ini ketika pejuang pemberontak sedang menghampiri kubu kuat Muammar Gaddafi di Sirte dari sebelah barat dan timur.

Askar yang pro-Muammar diberi tempoh sehingga Sabtu ini untuk menyerah diri. Timbalan wakil Libya ke PBB, Ibrahim Dabbashi memberitahu BBC bahawa situasi di negara itu adalah unik. “Mereka (PBB) mempertimbangkan kemungkinan menempatkan pasukan pengaman tetapi pada hakikatnya krisis Libya adalah kes khas.

“Ia bukan perang saudara, ia bukan konflik antara dua pihak. Rakyat mempertahankan diri mereka daripada kepimpinan diktator,” kata beliau.

Bagaimanapun Martin berkata PBB dijangka akan didampingi untuk mewujudkan satu pasukan polis.

“Kami tidak menjangka pasukan pemantau tentera akan diminta,” kata beliau selepas satu mesyuarat Majlis Keselamatan PBB.

DISISI AGAMA ISLAM MALAYSIA BELUM MERDEKA



 SIAPA SEBENARNYA PEJUANG KEMERDEKAAN ? MERDEKA DARI UNSUR APA ? ANDAINYA ORANG YANG BERAGAMA ISLAM TIDAK BEBAS UNTUK MELAKSANAKAN HUKUM  AGAMA MEREKA MAKA ITU BERMAKNA ORANG ISLAM BELUM LAGI MERDEKA



  Oleh Azamin Amin
Keberanian perlu ada untuk merungkai semula fakta sejarah dan memberi pertimbangan adil dalam mendedahkan pengorbanan para pejuang seperti Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ahmad Boestamam melalui pertubuhan-pertubuhan pimpinan mereka seperti Hizbul Muslimin, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Baris Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA) untuk memerdekakan negara ini.

Inilah antara lontaran hujah dan perbincangan di antara ahli panel yang terdiri daripada Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkifli Ahmad; bekas Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM),Rustam Sani; AJK DAP, Ronnie Liu dan Ketua Strategik Analisis Malaysia(SAM), James Wong dalam forum 'Pensejarahan Semula Perjuagan Merdeka' semalam.
Forum yang dianjurkan 'Youth for Change' (Y4C) di Dewan Perhimpunan Cina Selangor itu dimoderatorkan oleh Lee Khai Loon dihadiri oleh seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

"Perjuangan sebenar menuntut kemerdekaan sedari awal bukanlah dipelopori oleh Umno/Perikatan tetapi pemimpin-pemimpin dan pertubuhan-pertubuhan di labelkan radikal dan berhaluan kiri oleh British," kata Dr Dzulkifli. 

"Perlu ada keberanian untuk mendedahkan perkara ini. Justeru, selagi mana fakta sejarah sebenar dirahsiakan dengan menonjolkan pejuang-pejuang kemerdekaan secara selektif; dengan menyatakan perjuangan menuntut kemerdekaan hanyalah dipelopori oleh pertubuhan moderat Melayu iaitu Umno, lantas menafikan peranan para pemimpin dan pertubuhan lain, maka selagi itulah semangat meraikan kemerdekaan secara bersama tidak akan tercapai," katanya lagi.

Kata beliau Umno dan Perikatan hanya menyambung usaha menuntut kemerdekaan daripada British setelah pemimpin-pemimpin yang dilabelkan radikal ini ditahan oleh British. 

Rustam Sani pula mahu penafsiran dan definisi kemerdekaan dikaji semula dengan fikiran yang telus dan tajam supaya jati diri dan keperibadian bangsa Malaysia serta maksud kenegaraan sebenar dapat dicapai di samping mengelak pertembungan perbezaan, keistimewaan, hak dan konflik antara kaum dapat diatasi dengan sebaiknya.

"Sewajarnya kemerdekaan bukanlah dengan membahagi-bahagikan penduduk negara ini kepada kaum Melayu, Cina dan India yang menjurus ke arah konflik antara kaum dan inilah rangka kemerdekaan yang dimahukan oleh British pada masa itu," katanya.

Selain itu, isu sensitif perjuangan Parti Komunis Malaya bersama parti-parti nasionalis Melayu yang diharamkan telah mengangkat senjata menentang British turut dibincangkan demi memberikan keadilan dalam sejarah menuntut kemerdekaan.

"Bayangkan Ketua Polis Negara (KPN) yang pertama selepas merdeka menggelar anak tempatan seperti Adullah CD, Rashid Mydin, Shamsiah Fakeh dan Musa Ahmad sebagai pengganas," kata James Wong.

" Dia (KPN) adalah British yang lahir dari London dan ini hampir sama dengan Bush yang lahir di Amerika pergi ke Afganistan memanggil anak tempatan Osama ben Laden sebagai pengganas," katanya.

Dr Dzulkifli menegaskan pensejarahan semula perjuangan kemerdekaan negara ini amat penting demi menjamin keadilan dan kebenaran fakta sejarah kemerdekaan keseluruhannya.

Secara sinis menyatakan kepada khalayak bahawa tidak mahu berlaku seperti pepatah 'The victor writes history, the loser writes poetry' (Yang juara menulis sejarah, yang kalah menulis sajak).

Majlis tersebut menjadi rancak apabila ahli panel dihujani dengan pelbagai soalan termasuk isu-isu sensitif tentang perjuangan Chin Peng dan Komunis berakhir sekitar jam 12 tengah malam.

DENDAM TAK PERNAH BERHENTI SEPERTI YAHUDI DAN NASRANI

Kakitangan Kerajaan Pusat Cuba Sabotaj Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor


Exco Selangor Dr Xavier Jeyakumar berkata isu kakitangan 'keras kepala' yang enggan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat melicinkan urustadbir negeri sudah lama disedari umum.

Buktinya, kewujudan beberapa jabatan baru yang berhubungan terus dengan Kerajaan Persekutuan sehingga menyebabkan berlaku masalah dalam urustadbir negeri.


"Mereka tubuhkan jabatan ICU, JKKP dan sebagainya di luar kerajaan negeri. Tidak ada bantuan dari Jabatan Tanah, dan Majlis daerah. Dan organisasi ini lakukan kerja tidak seperti dahulu," kata beliau ketika ditemui di Majlis Sambutan Aidilfitri Kerajaan negeri Selangor hari ini.


Xavier berkata pertemuan beliau dengan duta Amerika Syarikat pada 11 September tiga tahun lalu adalah atas jemputan mereka.

Dalam pertemuan itu beliau membincangkan kekangan yang dihadapi Pakatan Rakyat selepas berjaya merampas negeri yang paling berharga untuk Barisan Nasional.

"Saya ingat apa yang saya beritahu bukan isu yang tidak diketahui tapi tidak difahami tapi itu cara kerajaan pusat cuba ambil alih negeri Selangor tidak kira apa yang dilakukan," tegas beliau

Kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan bahawa anggota Xavier Jayakumar berkata kerajaan negeri menghadapi kesukaran ketika berurusan dengan kakitangan awam yang degil itu.

Kakitangan berkenaan, menurut laporan memetik Jayakumar sebagai berkata ada pegawai kerajaan negeri yang masih "terikat dengan kerajaan BN (bekas) Perdana Menteri Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan usaha BN bagi menetapkan struktur selari bagi mengalihkan dana daripada disalurkan kepada kerajaan negeri”.

Apabila ada alama yang ego dan bodoh sombong

Tarikh Hari Raya Aidilfitri di Indonesia Kecoh!!

>> 31 August 2011


JAKARTA – Penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri menjadi perbalahan apabila sekumpulan pengikut pertubuhan Islam kedua terbesar di negara ini, Muhammadiyah menyambut hari raya semalam walaupun pemerintah Indonesia menetapkan 1 Syawal jatuh pada hari ini.

Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia mengumumkan lewat kelmarin bahawa 1 Syawal jatuh pada hari ini dan bukannya semalam seperti mengikut kebanyakan kalendar.

Menurut Ketua Pengarah Hal Ehwal Islam di Kementerian Agama, Nasaruddin Umar, persetujuan telah dicapai dalam kalangan ramai pihak termasuk pakar-pakar astronomi, tentera laut, Agensi Penilaian dan Aplikasi Teknologi serta cendekiawan Islam bahawa kedudukan anak bulan amat rendah sekali gus menyebabkan 31 Ogos adalah tarikh yang tepat untuk permulaan bulan Syawal.

Kedudukan anak bulan itu adalah kurang dua darjah di atas kaki langit.

Bagaimanapun, pertubuhan Muhammadiyah yang mempunyai 20 juta pengikut menggunakan perkiraan hisab bagi menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri.

Pengerusi Muhammadiyah, Haedar Nasir berkata, walaupun terdapat perbezaan dalam menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha, ia tidak menjejaskan hubungan persaudaraan dalam kalangan Muslim di negara ini.

Hari Raya Aidilfitri turut disambut semalam di Arab Saudi, Palestin, Rusia, Mesir, Malaysia, Sudan, Kenya, Belanda, Kosovo, Afghanistan, Somalia, Bosnia, Syria, Jordan, selatan Thai dan Filipina. – Agensi

Rabu, 31 Ogos 2011

31 OGOS IALAH HARI MALAPETAKA





HARI INI HARI MALAPETAKA


setiap 15 mei warga pelastine
akan mengingati NAKBA
NAKBA ialah malapetaka
yang telah menimpa keatas bumi pelestine

pada 15 mei 1948 isreal telah
dicacakkan ke bumi arab
semenjak dari tarikh itu
palestine dan arab terus hidup
dalam sengsara

tanah melayu ada MALAPETAKA
pada 31 ogos tiap tahun ialah HARI MALAPETAKA

pada 31 ogos 1957
british telah memberikan kuasa
kepada united malay national organisation
semenjak dari tarikh itu tanah melayu
terus ditimpa MALAPETAKA

tak percaya?

sila dengar lagu ini
lagu terang bualan ini
sebagai bukti bahawa
united malay national organisation
yang mengambil kuasa dari british
bukan sahaja tidak nasional - malah penciplak

bayangkan lagu kebangsaan
lagu nasional negara
yang melambangkan negara
rupa rupanya diciplak

pakah ini sifat pejuang bangsa?
apakah ini sikap nasionalis ?
pasti tidak

lagu memula moon atau terang bulan
ini sahaja telah membuktikan bahawa
tanah melayu masih dalam MALAPETAKA

pada hari ini
setiap tahun kita wajib
mengingati MALAPETAKA yang telah
menimpa kita semua

nota:

SELAMAT HARI RAYA KE 2



TERANG BULAN DARI ANNEKE GERONLOH



nota:

nona ini juga amat
popular di malaysia
dengan lagu burung kakak tua
yang dimainkan pada tahun 60'an
tetapi lagu terang bulan ini tak pernah muncul
nasib baik ada youtube - semuanya bocor
kah kah kah!




TERANG BULAN DARI PELBAGI KUMPULAN




NOTA:

apabila kerajaan baru diwujudkan
maka lagu terang bulan ini wajib
dibatalkan sebagai lagu kebangsaan malaysia

satu lagu nasional baru wajib direka
untuk melambangkan pejuangan nasionalis
anak semua bangsa!

Anak Gaddafi lari ke Algeria lahir bayi perempuan

August 31, 2011
ALGIERS, 31 Ogos — Muammar Gaddafi menjadi datuk sekali lagi semalam selepas anaknya, Aisha melahirkan bayi perempuan beberapa jam selepas melangkah ke negara jiran Algeria.
Aisha bersama ibu dan dua anak lelaki Muammar dilaporkan melarikan diri ke negara jiran sebelah barat itu kelmarin.
Pegawai-pegawai Algeria memberi alasan kemanusiaan negara itu memberi suaka politik kepada mereka — langkah yang dikecam oleh pemerintah baru, Majlis Peralihan Kebangsaan Libya.
Bayi itu lahir di Djanet, demikian menurut dua pegawai Algeria.
Sebuah oasis di Sahara, Djanet terletak kira-kira 60 kilometer dari sempadan Libya dan 500 kilometer ke timur laut  Sabha, salah satu kubu sokongan bagi Muammar, 69.
“Anak perempuan Muammar telah melahirkan seorang bayi perempuan hari ini,” kata satu sumber yang rapat dengan Kementerian Kesihatan Algeria kepada Reuters.
“Itu sahaja yang boleh saya katakan,” katanya lagi.
Aisha, seorang peguam dan berusia pertengahan 30-an, hampir untuk bersalin ketika merayu untuk melepasi sempadan Libya-Algeria, kata seorang lagi pegawai Algeria. - Reuters

Mencemarkan syiar islam perlu dihukum berat



31/08/11

La !! Pakai purdah sembunyi syabu

NORDIN (dua dari kiri) menunjukkan bengkung yang dipakai di badan untuk menyembunyikan syabu.

SHAH ALAM – Sindiket yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan syabu antarabangsa semakin kreatif dengan taktik-taktik terbaharu untuk mengelirukan pihak berkuasa bagi membawa masuk barang haram itu ke negara ini.
Selain menggunakan taktik kreatif seperti menjadikan syabu sebagai replika kepala harimau, memasukkan dadah dalam omboh enjin kereta, mi segera, ubi kayu atau pencuci rambut, kini ada dalam kalangan kurier dadah terbabit berlagak seperti seorang alim dengan wanita berpakaian purdah manakala lelaki memakai jubah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, taktik pemakaian purdah dan jubah bagi membawa syabu dikesan ekoran penahanan beberapa orang kurier dadah yang kemudian didapati menyembunyikan dadah dalam bengkung yang dipakai di badan.
“Ada warga Iran dikesan menyimpan syabu dalam bengkung di sebalik penampilan memakai jubah manakala bagi wanita memakai purdah menyembunyikan dadah di badan mereka,” kata beliau ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Pada awal tahun ini, menurut beliau, polis menahan tiga wanita Iran berpurdah yang kemudian dikesan menyembunyikan sejumlah dadah syabu di badannya di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang.
Sepanjang tahun lepas dan tahun ini, polis mencatatkan sebanyak 23 kes dadah disembunyikan dalam bagasi, menelan dadah (5), menyimpan di dalam silinder besi (2), menyimpan di dalam sabun mandi (1), menyembunyikan di dalam peket mi segera (2) dan menyimpan di dalam ubi kayu (20).
Semua rampasan itu dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan LCCT.
Mengulas mengenai tangkapan di KLIA, Nordin memberitahu, jumlah tangkapan warga asing membawa dadah meningkat secara mendadak pada setiap tahun.
“Pada tahun lalu sebanyak 164 orang ditahan termasuk 27 wanita dan tujuh kanak-kanak.
“Daripada jumlah tangkapan itu, rakyat Iran paling ramai ditahan dengan 114 orang lelaki dan 16 orang wanita,” kata beliau.
Baki tangkapan itu membabitkan rakyat India, Pakistan, Turki, Bulgaria, Thailand, Nigeria, Kenya, Togo dan Indonesia.
Bersama-sama dengan tangkapan itu, polis merampas sebanyak 154.21 kilogram syabu yang kesemuanya bernilai RM37 juta.
Sehingga Jun tahun ini, Nordin berkata, polis berjaya mengesan sebanyak 56 kes penyeludupan dadah jenis syabu di KLIA dengan 43 tangkapan.
“Jumlah terbesar warga asing yang ditangkap ialah 32 rakyat Iran termasuk 16 wanita,” kata beliau.

nasib seorang diktator

Wednesday, August 31

Keluarga Gaddafi lari ke Algeria, anak lelaki terbunuh

Pejuang pemberontak menyambut Aidilfitri di Dataran Hijau, yang secara kebetulan jatuh kira-kira seminggu selepas kejatuhan kepimpinan Muammar Gaddafi di Tripoli, semalam. — Foto Reuters

TRIPOLI, 30 Ogos — Keluarga Muammar Gaddafi dilaporkan telah ‘melarikan’ diri ke Algeria tetapi lokasi pemimpin itu masih belum diketahui, demikian menurut laporan media asing.

Dalam pada itu, pejuang pemberontak mendakwa telah membunuh salah seorang anak lelakinya — Khamis Gaddafi dalam serangan udara kira-kira 60 kilometer ke selatan Tripoli.Kementerian Luar Algeria berkata isteri Muammar, Safia, anak perempuannya Aisha dan dua anak lelaki Hannibal dan Mohammed telah melangkah ke negara jiran di sebelah barat itu pagi semalam.


Laporan Reuters menyebut perkembangan itu dijangka mencetuskan masalah hubungan diplomatik ketika Majlis Peralihan Kebangsaan sedang berusaha untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang baru.


Aligeria tidak mengiktiraf majlis tersebut, yang sehingga kini lebih 40 negara telah memberikan pengiktirafan.


Jurucakap majlis itu berkata, tindakan Aligeria adalah satu perbuatan menceroboh dan akan meminta agar mereka dihantar pulang.


Bagaimanapun lokasi di mana Muammar berada sekarang masih belum diketahui sejak Tripoli jatuh ke tangan pemberontak, sekali gus menamatkan pemerintahan 42 tahun beliau.


Libya berhadapan dengan kebangkitan rakyat sejak enam bulan lalu.


“Kami telah berjanji untuk menyediakan perbicaraan yang adil kepada kesemua penjenayah dan oleh itu kami menganggap ini tindakan pencerobohan,” kata kata jurucakap Mahmoud Shamman kepada Reuters.


“Kami memberi amaran, sesiapa yang memberi perlindungan kepada Muammar Gaddafi dan anak-anak lelakinya, kami akan mencari dan menahan mereka,” katanya.-
TMI
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.