Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

OOOOOOOOO ! DAH OPERASI LALANG KEW ?

Bersih 2.0: DAP, Suaram gesa Putrajaya bebas segera aktivis, MP Sg Siput

KUALA LUMPUR, 26 Jun - DAP dan pertubuhan bukan kerajaan Suaram menggesa Putrajaya segera membebaskan kesemua aktivis termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput dari Parti Sosialis Malaysia yang ditahan kerana menyatakan sokongan kepada Himpunan Bersih 2.0.

Dalam satu ucapan di Masai, Johor petang tadi, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata pihak polis seharusnya dengan segera membebaskan Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jayakumar dan aktivis-aktivis lain yang ditahan di Pulau Pinang semalam kononnya mahu menghidupkan semula fahaman komunis.

“DAP meminta agar mereka dibebaskan dengan segera,” kata Lim dalam ucapannya. Teks ucapan beliau dikeluarkan di sini lewat malam.

“Saya tidak dapat percaya apabila sebelum dipelawa berucap, saya membaca laporan portal The Malaysian Insider, berita yang tidak dapat dipercayai sama sekali bahawa penyokong Bersih ditahan untuk siasatan mengadakan perang ke atas Agong,” kata beliau sambil menambah, ramai rakyat Malaysia juga terkejut dengan laporan itu.

“Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan kerajaan yang memerintah boleh pastikan kesetiaan dan patriotisme saya dan juga DAP tidak akan sama sekali terlibat dalam tindakan memerangi Agong, sebaliknya pada masa yang sama, tidak akan membenarkan diri kami dipergunakan dalam proses salah guna kuasa dan penindasan hak asasi manusia terhadap rakyat Malaysia yang patriotik, yang dihalang daripada mengamalkan hak bersuara dan berhimpun dengan aman dan demokratik,” kata beliau.

Sehubungan itu kata Lim, beliau mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memastikan tindakan adil kerajaan dalam menghadapi cabaran Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan dengan aman pada 9 Julai ini.

“Oleh itu, perhimpunan aman yang dirancang tidak harus disamakan dengan perbuatan mengadakan perang ke atas Agong,” katanya lagi.

Lim menambah, pentadbiran Najib dalam berhadapan dengan survival politik, tidak harus memperlekehkan keyakinan awam ke atas institusi nasional yang merdeka, bebas, berkecuali, integriti dan profesionalisme.

Dalam pada itu, Pengurus Program Suaram E Nalini berkata, pihaknya mengecam keras tindakan polis yang meneruskan serangan bagi menakut-nakutkan kebebasan bersuara, yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Suaram mahu kerajaan dengan segera membebaskan dan menarik balik tuduhan ke atas mereka yang ditahan,” katanya lagi.

Menurut Suaram, antara mereka yang ditahan ialah dua yang bawah umur iaitu Raveendran Veerasenan dan Thiviya kumar, tahanan wanita pula terdiri daripada. Saraswathy, Pakiualethchumy, Jothi, Sok Sok Hwa, Indra, Kamala, Saroja, Santhana, Wong Mei Yong, Nalayani dan Deepa.

Kaum lelaki yang ditahan pula terdiri daripada Kumar, Sugumaran, Lecthumanan, Velayutham, Ravindran Munusamy, Choo Chon Kai, Remy, Sarat Babu, Danasundram, Sivasamy, Balu dan Selvam yang merupakan pemandu bas.

“Kami menggesa kerajaan Malaysia agar segera menghentikan tindakan menakut-nakutkan dan membebaskan kesemua mereka yang ditahan, dan membenarkan rakyat Malaysia mengamalkan kebebasan bersuara,” katanya lagi.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, siasatan polis mendapati sekumpulan aktivis Parti Sosialis Malaysia yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua di sini petang semalam cuba menghidupkan semula fahaman komunis.

Abdul Rahim berkata, ini berdasarkan pelbagai barangan yang dirampas polis daripada aktivis berkenaan mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM).

“Antaranya risalah dan kemeja-T yang tertulis nama Chin Peng, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah, semua mereka ini mempunyai kaitan dengan PKM,” katanya di George Town.

Kumpulan berkenaan yang menaiki sebuah bas persiaran dipercayai dalam rangka kempen mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan haram yang dijadualkan 9 Julai ini.

Abdul Rahim berkata, seorang daripada aktivis berkenaan dibebaskan kerana masih di bawah umur manakala 30 yang lain kini direman bagi membantu siasatan.

1 orang berkata:

Diyana said...

depa tgh kecot....tu pasai meroyan x tentu hala....komunis jugak yg jadi mangsa....hahahaha....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.