Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Hanya orang salah takut cap jari

E-mail Print PDF
Datuk Seri Najib cuba hendak mengalih isu konon pembangkang akan tolak apa sahaja yang kerajaan buat,  dengan andaian jika kerajaan perkenal celup jari maka pembangkang akan tuntut  biometrik.

Menurut AhIi Jawatankuasa Kerja PAS, Ustaz Idris Ahmad, cakap-cakap Najib itu merupakan tuduhan liar yang melulu dan cuba mengalih isu penipuan perjalanan pilihanraya yang semakin terserlah.

Beliau menyenaraikan beberapa keraguan timbul sekiranya penggunaan biometrik digunakan.

[Gambar - Presiden Ahmadinejad menunjukkan kesan jarinya dicelup dkwat kekal 'berani kerana benar!']

"Penggunaan  biometrik bukan boleh menyelesaikan masalah pengundian dua kali, ia hanya hendak mengesahkan kad itu palsu atau tidak. Ini bukan isu dan tuntutan Bersih,

"Apakah data di Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR  telah dibersihkan. Berapa ribu orang yang sudah mati masih ada di dalam daftar pemilih. Apabila ditanya kepada SPR, mereka menjawab kerana waris tidak beri surat mati menyebabkan nama di dalam daftar masih ada. Jika zaman kecanggihan IT, SPR gagal untuk on line dengan Jabatan Pendaftaran Negara apa yang hendak diharapkan senarai pemilih yang bersih,"katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media semalam.

Oleh itu. beliau mempersoalkan, apa jaminan sistem biometrik  yang boleh di 'online' serentak dengan Jabatan Pendaftaran Negara pada hari pilihanraya.

Persoalannya, kata beliau, kemampuan pengkalan data terbukti tidak dapat berfungsi dengan baik.

"Cuba bayangkan sekarang guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia yang sibuk untuk isi markah secara on line mengalami masalah kerana kelembapan serve Kementerian Pelajaran. Bilangan guru lebih 500 ribu sahaja. 

"Cuba bayangkan bagaimana fungsi biometrik untuk hendak menampung keperluan pada hari pilihanraya yang hampir 10 juta pengundi,"jelasnya.

Beliau berkata, kezaliman dan penganiyaan terhadap hak rakyat akan terus berlaku, sekiranya, ada setengah jari tidak boleh dikesan melalui alat tersebut.

Bgaimana pula soal pedalaman, terutama di Sabah dan Sarawak, soal Ustaz Idris lagi.

"Apakah mampu biometrik digunakan di kawasan pendalaman terutama Sabah dan Sarawak yang masih tidak ada kelengkapan letrik,"ujarnya

Menurutnya yang juga mantan Ketua Penerangan PAS sesi lalu berkata sebenarnya kerajaan pimpinan Najib takut hendak menggunakan celup dakwat kerana mereka bersalah.

"Hanya orang salah sahaja yang takut mengguna celup dakwat yang terbukti ekonomik dan telus untuk mengatasi penipuan,

"perlu diingatkan kepada kerajaan pimpinan Najib dan SPR....... zaman hendak menipu rakyat sudah berlalu,"tegasnya.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.