Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG DIPINTA TAK BAGI, YANG TAK DIPINTA PULA DIBAGI

Biometrik bukan tuntutan Pakatan Rakyat
Fakhri Ali    
SEBERANG JAYA, 28 Julai: Sistem biometrik yang cuba diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukannya menjadi salah satu tuntutan yang dibuat oleh PAS maupun Pakatan Rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar), berkata demikian ketika ditemui selepas membentangkan kertas kerja beliau dalam program 'Lunch Talk Zakat' anjuran Pusat Urus Zakat, yang telah diadakan di Hotel Sunway, di sini pagi tadi.

Menurut beliau lagi, biometrik banyak berdasarkan kepada data.
Oleh kerana itu, katanya semasa proses mengumpulkan data untuk diaplikasikan dalam sistem biometrik, dengan situasi yang ada keyakinan terhadap SPR adalah menyongsong dan menurun.

"Adalah tidak dinafikan dengan sistem biometrik ini juga kemungkinan besar, pendatang-pendatang asing yang didaftarkan baru-baru ini, kemungkinan data mereka juga akan didaftar serta dimasukkan dalam pangkalan data biometrik ini.

"Penggunaan sistem ini sebenarnya lebih merbahaya. Selain itu ia juga melibatkan kos dan biaya yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan dakwat celup jari yang lebih menjimatkan sepertimana yang telah disarankan sebelum ini.

"Dalam situasi kini, apabila kerajaan pula menarik subsidi dengan pelbagai alasan, tiba-tiba pembaziran dilakukan dengan cadangan untuk memperkenalkan sistem biometrik yang dilihat satu usaha kearah pembaziran dan pemborosan," tegasnya yang juga AJK PAS Pusat.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar, turut berkata, dakwat kekal bukan saja digunakan oleh kebanyakan negara di dunia seperti India dan Indonesia, termasuk juga negara-negara yang mengamalkan demokrasi yang lebih terbuka dalam dunia ini.

Jelas beliau lagi, penggunaan sistem biometrik ini juga, tidak akan menyelesaikan masalah pokok yang dibangkitkan seperti masalah daftar pengundi yang bertindih, pengundian berganda dan seumpamanya.
Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man dan Ahli MAIPP, Rosidi Hussain.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.