Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

EMPAT PERKARA NAJIB PULIH WIBAWA




  
Posted on Saturday, July 30 @ 08:28:14 PDT by paktam

KUALA LUMPUR,  – Sekadar membebaskan enam ahli Parti Sosialis Malaysia yang ditahan di bawah Ordinan Darurat tidak akan memulihkan imej Datuk Seri Najib Razak yang sudah hilang kewibawaannya sebagai Perdana Menteri.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata tidak ada sesiapa yang akan berterima kasih kepada Najib kerana membiarkan penangkapan PSM6 atas tuduhan-tuduhan yang tidak munasabah serta memalukan nama negara di peringkat antarabangsa.
 
Beliau mencadangkan Perdana Menteri supaya melaksanakan empat perkara penting untuk memastikan Malaysia tidak menjadi bahan ketawa dunia.

Pertama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara perlu meminta maaf secara terbuka kepada PSM6 kerana ditahan secara tidak adil, manakala Najib pula perlu menggugurkan empat pengisytiharan Darurat sejak 34 hingga 47 tahun lalu di samping memansuhkan Ordinan Darurat serta undang-undang zalim yang lain.

Kedua, menarik balik pengharaman Bersih 2.0 serta menamatkan “demam kuning” pihak berkuasa yang telah menangkap warga-warga yang memakai t-shirt kuning Bersih, dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pilihan raya bebas, adil dan bersih bagi membuat cadangan-cadangan bernas menjelang pilihan raya umum akan datang.

Ketiga, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia, yang sejak beberapa bulan lalu telah menghasut kebencian kaum dan agama, yang menjadikan Utusan sebagai ancaman terbesar untuk kempen 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib.

Keempat,  mendakwa di mahkamah pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah disahkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kematian Teoh Beng Hock (TBH) sebagai mereka yang telah melakukan kesalahan dan jenayah termasuk berbohong kepada inkues TBH dan RCI TBH.

Menurut Kit Siang, satu skuad penyiasat khas juga perlu ditubuhkan untuk mencari punca sebenar kematian TBH kerana walau pun RCI TBH memutuskan bahawa ia adalah “bunuh diri”, banyak penemuan terbaru hasil RCI TBH yang perlu disiasat, selaras dengan jaminan Najib pada Julai 2009 bahawa kerajaan akan memastikan segala-galanya disiasat sepenuhnya.

“Hanya apabila Najib bersedia untuk melaksanakan empat perkara asas ini, barulah beliau ada harapan untuk memulihkan kewibawaannya yang sudah teruk tercalar sejak lima minggu lalu akibat kezaliman terhadap Bersih 2.0 dan PSM6,” katanya. – Roketkini.com
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.