Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Umno nafi Ku Li dipelawa ketuai Pakatan Rakyat

July 30, 2011
KUALA LUMPUR, 30 Julai – Umno menafikan dakwaan bahawa pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah telah dipelawa menjadi ketua pembangkang jika Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, selaku Ketua Umno Gua Musang dan juga Ahli Parlimen kawasan itu yang dimenangi atas tiket Barisan Nasional, Tengku Razaleigh tidak boleh berbuat demikian.

Sebaliknya dipetik Bernama Online, Ahmad menyindir orang yang paling layak menggantikan Anwar di Parlimen ialah Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Ahmad terdahulu menghadiri sambutan Hari Peneroka Felda peringkat Selangor di Hulu Selangor hari ini.

Laporan media baru-baru ini memetik Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa parti pembangkang telah mempelawa Tengku Razaleigh untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Anwar.

Zahrain berkata tindakan terdesak memilih Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu juga sebagai persiapan parti pembangkang itu untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Berhubung isu Felda, Ahmad meminta para peneroka Felda agar merujuk kepada jawatankuasa timbang tara bagi mengatasi sebarang masalah dengan agensi itu dan bukan membawanya ke mahkamah sebagaimana disaksikan sejak kebelakangan ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu tindakan itu juga selaras dengan Akta Penempatan Berkelompok 1960 yang memperuntukkan peneroka menyelesaikan pertikaian dengan Felda menerusi timbang tara.

“Jawatankuasa berkenaan sudah lama wujud tetapi kerana ia tidak dihebahkan secara berkala, ramai yang lupa atau tidak tahu mengenainya,” katanya.

Katanya jawatankuasa itu yang dipengerusikannya akan mencari penyelesaian terbaik bagi menghasilkan situasi menang-menang antara peneroka dan Felda.

Kata beliau, peneroka berdepan kerugian jika membawa kes ke mahkamah seperti yang berlaku kepada peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 di Kelantan, yang hanya menerima antara RM9,000 dan RM11,500, berbanding RM17,000 dan RM23,000 yang dibayar Felda jika tuntutan dibuat menerusi timbang tara.

Peneroka terbabit menyaman Felda bagi menuntut antara RM20,000 dan RM30,000 setiap seorang sebagai ganti rugi am kerana mendakwa agensi itu memberikan nilai rendah terhadap mutu buah kelapa sawit yang mereka hasilkan antara 1996 dan 2002 sehingga merugikan mereka.

Mengulas perkara lain, Ahmad menggesa kerajaan Selangor meluluskan segera permohonan tapak kawasan yang terletak di Felda Soeharto di sini, untuk projek perumahan warga Felda Gugusan Felda Sungai Dusun.

Projek perumahan di kawasan seluas 14 hektar itu akan melibatkan pembinaan 250 unit rumah dan berkonsep mampu milik yang terdiri daripada rumah kos rendah dan kos sederhana rendah yang mempunyai tiga bilik, katanya.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.