Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

muhiden menyerlahkan kewibawaannya ?

Muhyiddin janji semua MP BN RM100,000 menjelang Aidilfitri

TERKINI @ 12:54:47 PM 28-07-2011
July 28, 2011
KUALA LUMPUR, 28 Julai — Kerajaan meluluskan geran segera RM100,000 bagi setiap bahagian ekoran aduan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mendakwa pentadbiran Najib hanya memfokus projek-projek besar di Lembah Klang, langkah yang menurut mereka tidak akan membantu perikatan itu dalam pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) telah menjanjikan setiap MP BN  RM100,000 pada satu pertemuan dengan sekitar 100 wakil rakyat BN di ibu negara Isnin lalu.

Ia dijangka disalurkan sebelum sambutan Aidilfitri akhir bulan depan. Ahli-ahli Parlimen memberitahu Muhyiddin dan menteri-menteri yang lain bahawa kerajaan seharusnya memstikan lebih banyak dana disalurkan kepada bahagian-bahagian diwakili mereka berbanding tumpuan ke atas projek mega seperti Transit Rapid Massa (MRT) sekiranya BN mahukan mandat kukuh dalam pilihan raya umum ke-13.

Beberapa ahli Parlimen yang menghadiri majlis makan malam itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa rakan-rakan mereka mempersoalkan nilai projek MRT ke atas kempen BN dalam pilihan raya umum ke-13.

Menurut mereka, Kuala Lumpur merupakan 'kubu' pembangkang sekarang dan menerima peruntukan pembangunan dalam jumlah yang begitu besar.

Justeru ramai ahli Parlimen mahukan lebih banyak peruntukan dana awam khususnya di bahagian masing-masing.

Hujah mereka kelihatan menjurus kepada keadaan ekonomi yang tidak begitu membanggakan dan dana yang diperuntukakn menjurus kepada Kuala Lumpur, perkembangan yang akan menjauhkan pengundi yang merupakan penyokong tegar daripada BN.

Seolah-olah menggambarkan keprihatinan mereka, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Bidang Hasilan Utama Kebangsaan (NKRA) ketujuh iaitu berkaitan kos sara hidup.

“Pandangan umum ialah kosnya (projek MRT) sangat tinggi dan wang projek itu boleh digunakan bahagian-bahagian pilihan dengan diadakan projek-projek kecil,” kata seorang sumber kalangan ahli Parlimen BN ke The Malaysian Insider.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.