Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PILIHANRAYA UMUM JANUARY ?




Perhimpunan Agung Umno 29 November hingga 3 Disember 2011

Posted on Friday, July 29 @ 06:32:47 PDT by paktam

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

KUALA LUMPUR:

Perhimpunan Agung Umno ke-62 akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember depan.Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan perkara tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn pada Jumaat.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. 
Sementara itu, Najib yang juga Presiden Umno turut mengumumkan menarik semula penggantungan terhadap empat orang ahli Umno Bahagian Rantau Panjang.

“Mereka ialah, Datuk Mohd Zin Ismail, Ghazali Ismail, Fauziah Wok dan Mohd Fauzi Omar.
"Majlis Tertinggi turut melepaskan Amran Mat dan Rosli Mat Hassan,” katanya.

Beliau turut mengumumkan bahawa Jawatankuasa Pengurusan akan mengambil alih pentadbiran Umno Bahagian Padang Serai sehingga masalah pada peringkat bahagian itu dapat diselesaikan.

Berikut adalah atur cara program sepanjang perhimpunan Agung Umno.
29 November 2011: 

Forum bersama delegasi luar negara Pra-mesyuarat Perhimpunan Agung Umno Perasmian ketiga-tiga sayap, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.
30 November 2011:
Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.
1 hingga 3 Disember 2011:
Perhimpunan Agung Umno.

2 orang berkata:

Monkey Shooter said...

Buat Bersih 3.0 semasa perasmian oleh Presiden UMNO.

dagang karamu said...

maaf le kekawan, kafir itu engkar tapi munafik itu apa.... fikirkanlah sendiri.....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.