Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TERUS MASUK PENJARA ! BERAPA LAMA IKUT SUARA HATI !

Suhakam terus gesa undang-undang tanpa bicara dimansuh

July 31, 2011
KUALA LUMPUR, 31 Julai — Berikutan pembebasan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat selama 28 hari Jumaat lalu, Suhakam mengulangi gesaan agar Putrajaya memansuhkan kesemua undang-undang penahanan tanpa bicara.

Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam berkata pihaknya berpuas hati dengan tindakan Putrajaya membebaskan kesemua enam pemimpin PSM termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar yang ditahan sejak 2 Julai lalu.

“Suruhanjaya berpuas hati kerana kerajaan telah memberi maklum balas positif terhadap saranan yang telah dibuat oleh banyak pihak termasuk dari suruhanjaya supaya keenam-enam tahanan itu dibebaskan.

“Sesungguhnya menjadi harapan kami agar penahanan secara arbitrari tidak berulang di masa hadapan kerana ia bertentangan dengan masyarakat yang bebas dan demokrasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru beliau mencadangkan kepada Putrajaya agar memansuhkan semua undang-undang penahanan tanpa bicara dengan menggantikan dengan undang-undang baru.

“Suruhanjaya berharap kerajaan memansuhkan kesemua undang-undang penahanan pencegahan dan menggantikannya dengan satu undang-undang baru yang berfungsi menurut keperluan keselamatan negara, di samping mematuhi prinsip hak asasi manusia sejagat,” katanya.

Kelmarin, selain Dr Jeyakumar, lima yang lain  iaitu setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, A.P. Letchumanan, 49; anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33 dan M. Sukumaran, 50; timbalan pengerusi PSM, M. Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R. Sarat Babu, 25, telah dibebaskan tanpa sebarang syarat.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.