Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BORN TO BE UMNO

Wednesday, July 27, 2011

'Cubit-mencubit'......'Kepit-mengepit'.....umno suka sangat

Gambar hanya sebagai hiasan

Tak salah kalau saya katakan setiap ahli umno berkeinginan atau bercita-cita dan paling koman pun berangan-angan menjadi orang nombor satu dalam parti, tinggal lagi setelah dibelek-belek ibu jari kaki.....dipicit-picit anak jari tangan.....digosok-gosok kedua-dua telapak tangan.....diintai-intai dalam cermin, ramai yang mengalah.

Walaupun pun mengalah, masih ramai yang berebut-rebut untuk jadi Ketua Bahagian dan yang paling sengkek dapat jadi Ketua Cawangan pun jadilah dan yang paling-paling suka tak suka pun dapat jadi Pengerusi Tetap Cawangan pun sudah dikira ada 'ong' dalam riwayat hidup kerjaya politiknya.

Untuk apa mereka berebut-rebut jawatan itu?

Semua sudah sedia maklum......anda lagi tahu dalam hal ini.

Sesiapa yang pegang 'kerusi' itu sudah pasti tidak akan melepaskannya pada sesiapa. Mereka akan lakukan apa saja.

Jika ada kawan sendiri yang cuba-cuba mengintai atau pun pernah nampak mereka me'leleh' air-liur mengidam jawatan itu walaupun tak pernah bersuara......alamat tak lamalah 'hikayat politik'nya. Sejarah telah membuktikan apa yang terjadi kepada Musa Hitam, Datuk Harun, Ku Li, Anwar, Pak Lah......itu antara nama-nama besar di peringkat umno pusat.....kalau di peringkat Bahagian, Cawangan.....beratus-ratus malah beribu-ribu telah 'syahid' ketika baru nak ber'juang', sedang ber'juang' dan telah lama ber'juang'.....kalau di Terengganu, tanyalah pada Saidi, Mad Said, Derih.....kalau di Perak cer tanya 'Pulau Pangkor'......mesti ramai yang dah mangkor.....hanya yang bernasib baik saja dapat berjalan semula mendongak langit padahal 'nyawa' dah dihalkum.

Jika lawannya dari luar umno bersiap-siagalah anda......kalau tak pandai sepak-terajang, kung-tau, silambam.....tunggulah saat ke'hancur'an......bermacam-macam jenis fail akan terkeluar.....fail 'seluar dalam'.....fail cukai.....fail 'vcd lucah'.....fail balik 'lewat dan liwat'.....fail 'Jebat Derhaka'.....ah kalau nak reka-cipta, beratus-ratus fail akan ber'terbang'an.

Kalau yang melawannya itu pulak jenis yang tak pernah masuk gelanggang politik hanya ber'sorak' di luar saja......ah!!! ini enteng pak durah....'layang'kan fail 'teroris', layankan fail 'ajaran sesat'.......macamlah mereka ni semua 'alim-'alim' belaka.....ha ha ha 'alim-'alim kucing kot.....nescaya suara ustaz-ustaz yang hanya ber'sorak' diluar gelanggang politik sana akan mengendur.....ye ke mengendur?......kena tanya sendirilah dengan Ustaz-Ustaz yang bersusun-susun di luar sana.....jangan tanya dengan budak 'baru reti ikat serban' kat ILIM tu.

Katakan semua parti politik selain umno/BN di'gulung-tikar'kan dan di'katup-tingkap' oleh ROS......semua ulamak yang ber'sorak' di luar gelanggang politik di luar sana kecuali ulaarmak umno di'gam-gajah'kan kedua-dua bibir mereka......adakah jawatan nombor satu umno akan selamat dari tentangan dan kritikan?

Entahlah......tapi perangai umno ni macam ketam batu dalam baldi sifatnya......masing-masing nak keluar dari baldi.....tapi 'tarik-menarik'.....'pijak-memijak'.....'kepit-mengepit'..... pasti berlaku.....ber'tuah'lah siapa yang dapat naik dulu......alahai.....

al-brangionline;

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.