Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ZAMAN SEKARANG PAYAH LAGI NAK TIPU RAKYAT

PAS Akan Tayang Dan Edarkan 200,000 DVD BERS✔H Perbetulkan Video Versi Polis


PAS akan menyiarkan video Bersih dan mengagihkan sekitar 200,000 DVD di kampung-kampung berhubung dengan perhimpunan aman sempena Hari Raya, untuk menepis dakwaan dan fitnah polis yang menyatakan tiada keganasan dilakukan ke atas peserta perhimpunan.

Langkah itu adalah sebahagian dari program “balik kampung” yang dianjurkan oleh PAS, yang akan berlansung sepanjang bulan Ramadan sehingga Hari Raya, dan ia bermatlamat membantu PAS mendapatkan sokongan untuk pilihanraya umum yang akan datang.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu akhbar online, The Malaysian Insider bahawa PAS mengambil berat tentang orang-orang kampung yang tidak memperolehi maklumat yang sebenar tentang apa yang berlaku pada 9 Julai lalu dan juga untuk memperbetulkan video versi yang dikeluarkan oleh pihak polis.

“Keseluruhan isu ini telah dimanipulasikan banyak pihak, oleh itu kami ingin masyarakat mengetahui kronologi sebenar perhimpunan berkenaan... terutamanya, mengapa himpunan Bersih diadakan dan apakah tuntutan-tuntutannya,” ujar beliau.

Beliau menambah, ketika ini, fokus yang banyak diberikan kepada perhimpunan tersebut sehingga orangramai melupakan matlamat sebenar Bersih, iaitu untuk memperjuangkan pilihanraya yang telus, adil dan bersih.

DVD yang PAS hasilkan, katanya, akan meliputi beberapa kejadian dan foto yang membawa kepada perhimpunan 9 Julai, termasuk petikan dari perhimpunan Bersih 1.0 pada 2007.

“Kita akan paparkan kronologinya... daripada perhimpunan yang pertama kemudian perhimpunan yang kedua, dan kita akan tunjukkan klip-klip dan gambar-gambar apa yang berlaku pada hari BERSIH 2.0.

“Rakyat perlu faham bahawa Bersih bukan sekadar perhimpunan semata-mata tetapi satu perjuangan untuk membersihkan proses pilihanraya di Malaysia ini,” katanya.

Namun Tuan Ibrahim menafikan video-video berkenaan bertujuan untuk menghasut rakyat membenci pihak-pihak terlibat, tetapi ia hanyalah untuk memberikan "penerangan".

“Kami belum memutuskan jumlah sebenar yang akan dibuat tetapi angkanya tidak kurang dari 200,000. Kami juga akan mengedarkan risalah terhadap peristiwa tersebut supaya rakyat boleh membacanya dan memahami isu tersebut dengan lebih baik.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata selain dari mengagihkan DVD dan risalah, ahli-ahli PAS digalakkan untuk menayangkan video perhimpunan Bersih semasa aktiviti-aktiviti Hari Raya diadakan.

“Kami telah meminta ahli-ahli kami untuk memainkan video-video berkenaan di mana-mana semasa (Hari) Raya. Ramai penyokong dan ahli kami akan balik kampung di hari perayaan berkenaan dan kami mahu mereka menyiarkan di rumah-rumah ahli keluarga, sewaktu jamuan, semasa rumah terbuka, dan juga waktu makan malam.... kita ingin paparkan kepada semua betapa ganasnya polis dan betapa hak asasi manusia telah dinafikan,” katanya.

Mahfuz menambah orang-orang kampung sudah pun meminta untuk menonton video berkenaan kerana ramai yang tidak mempunyai akses Internet atau membaca media alternatif.

“Tetapi perlu kita ingatkan usaha ini bukan untuk menerbitkan kebencian terhadap pasukan polis. Sebaliknya, kami hendak menunjukkan bagaiaman pihak polis telah diperkudakan oleh pihak parti kerajaan di dalam permainan politik mereka,” katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menyatakan tindakan berkenaan boleh membantu PAS dari segi sokongan dan menambahkan bilangan keahliannya. -TMI Terjemahan bebas Oleh GB

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.