Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAMADHAN

Kebanyakan Negara Arab, Timur Tengah mula Ramadan esok

July 31, 2011
KAHERAH, 31 Julai — Pihak berkuasa di kebanyakan negara rantau Timur Tengah mengisytiharkan Ramadan bermula esok, membolehkan umat Islam menunaikan ibadat berpuasa selama sebulan.

Kenyataan rasmi dikeluarkan di Mesir, Arab Saudi, Lebanon, Syria, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Kuwait, Qatar dan Yemen mengatakan bulan Ramadan bermula esok, lapor laman msn memetik AP hari ini.

Menurut laporan itu, perbezaan politik dan pertikaian agama antara negara-negara majoriti Sunah dan Syiah di rantau itu juga kadangkala memainkan peranan dalam menentukan tarikh permulaan bulan Ramadan.

Tahun ini, cuaca musim panas yang agak panjang dikhuatiri menjadi cabaran kepada umat Islam berpuasa.

Bagi mengurangkan mereka yang berpuasa berhadapan dengan cuaca panas, pegawai-pegawai Palestin di Tebing Barat dan Gaza berkata mereka akan mempercepatkan sejam tempoh berpuasa, bermakna waktu berbuka puasa datang sejam awal.

Mengikut laporan awal minggu ini, Malaysia akan melihat anak bulan Ramadan 2011 hari ini dan tarikh permulaan puasa akan ditetapkan berdasarkan rukyah dan hisab yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja.

Pengumuman akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja malam ini.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.