Saturday, July 2, 2011
Perhimpunan Haram di Komtar : Ezam ditahan Polis.
GEORGETOWN - Polis semalam menahan lapan individu termasuk bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohamad Ezam Mohd Nor kerana menyertai satu demonstrasi di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, tujuh ditahan semasa demonstrasi manakala Ezam menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, kesemua mereka yang ditahan berumur antara 27 tahun dan 46 tahun.
“Mereka ditahan kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit dan berdegil kerana tidak mahu bersurai ketika diarahkan berbuat demikian manakala Ezam turut memberi ucapan pada perhimpunan itu,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini semalam.

0 orang berkata:
Post a Comment