Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

500 orang ramai la tu

Muhyiddin akui sukar menang PRU14 jika sendiri
Muhyiddin akui sukar menang PRU14 jika sendiri
 
Muhyiddin bersama pemimpin Pakatan Harapan negeri ini pada program anjuran Bersatu yang dihadiri hampir 500 orang termasuk masyarakat Orang Asli.

KUANTAN - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui parti itu sukar memenangi PRU14 sekiranya bertanding sendirian sebaliknya memerlukan campuran parti pembangkang lain untuk pertandingan satu lawan satu.

Beliau optimis campuran Pakatan Harapan akan memperoleh kejayaan pada PRU14 nanti yang dijangka hujung tahun ini atau selewat-lewatnya tahun depan.

Katanya, rakyat perlu memberi sokongan kepada Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan baharu dan menilai keupayaan mereka memerintah dalam tempoh lima tahun pertama.

"Rakyat sekarang ditakut-takutkan.. jika Barisan Nasional (BN) kalah, sistem kerajaan akan jadi macam-macam... jangan percaya. Kita (Pakatan Harapan) mampu dan sudah sampai masa untuk kita talkinkan BN.

"Beri peluang kepada kita memerintah lima tahun dahulu.. tengok apa kita boleh buat.. kalau tak ok, ambil semula Umno.. apa yang penting bagi kita peluang dulu,"katanya ketika berucap pada program Bicara Rakyat di Kampung Bala Sawar, Jalan Sungai Lembing, malam semalam.

Hadir sama, Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi Amanah Pahang, Dr Hamzah Jaafar.

Muhyiddin berkata, Pakatan Harapan mempunyai pemimpin berkemahiran dan pakar dalam bidang masing-masing serta berpengalaman luas termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, pakatan tersebut memberi jaminan akan menguruskan negara dengan amanah dan menentang penyalahgunaan kuasa selain membanteras rasuah tanpa kira sesiapa.

"Ada orang kata kalau Umno tak menang.. Melayu akan daif tapi cuba tengok di Selangor dan Pulau Pinang... tanya sendiri rakyat di sana... teori Melayu daif itu tidak betul,"katanya.

Muhyiddin berkata, Bersatu ditubuhkan dari satu keinsafan dan beliau bersyukur apabila ditakdirkan ALLAH SWT untuk tidak lagi bersama serta bersubahat dengan pemimpin yang melakukan kemungkaran.

11 orang berkata:

Wal fulusi wal serbani said...

Muhyidin tak nak subahat dgn pemimpin buat kemungkaran.

Muhyidin nak ker subahat dgn pemimpin sekongkol dgn kemungkaran?

Anonymous said...

Satu suka umno. Satu benci umno. Adoiiiiii mcn mna nak kejasama!!

Pakkaramu pun pening kepala fikir...

Anonymous said...

Mana saya tauuuuuuu, kata ajis.

Anonymous said...

Bersatu + pas + umno lagi bagus. Semua tu melayu. Mesti melayu makin kuat.

Anonymous said...

Mat sabu mesti pening punyer..
Heeeee

Zahid Hamidi said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...




Anonymous said...

Semua rugi! Yg untung cuma hadi dan din ayam, rm90juta dah masuk bawah jubah.

Anonymous said...

zikir puak PAN.

Anonymous said...

TEAM JOHOR PUN KALAH KAT TEAM KEDAH. TEAM PAS AKAN KALAH KAT TEAM PAN

Anonymous said...

Selak jubah nampak dedak

Anonymous said...

tambahan zikir PAN

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.