RAKYAT NAK DENGAR PULA RAJA-RAJA
MELAYU BERCAKAP TENTANG
ISLAM DAN JANGAN PULA
BERCAKAP TENTANG
ISLAM BERMUSIM.
-Pak Karamu-
Bangsa Melayu perlu bersatu atas asas Islam
MELAYU BERCAKAP TENTANG
ISLAM DAN JANGAN PULA
BERCAKAP TENTANG
ISLAM BERMUSIM.
-Pak Karamu-
Bangsa Melayu perlu bersatu atas asas Islam
IPOH – Bangsa Melayu diharap dapat bersatu atas asas Islam dan sekali gus mengembalikan kegemilangan tamadunnya.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, bangsa Melayu juga
wajar mengetepikan segala perpecahan sesama sendiri dan mengembalikan
perpaduan dan semangat jati diri bangsa Melayu itu sendiri.
Menurutnya, bangsa Melayu perlu terus membela khazanah tradisi Melayu dan Islam yang telah terhakis sejak sekian lama.
“Jika dahulu bahasa Melayu jadi bahasa ilmu dan tamadun, kini disisih
hanya sebagai bahasa ungkapan dan dirosakkan dengan sangat biadab
menjadi bahasa murahan. Dulu kita ada lebih 4 juta hektar Tanah Rizab
Melayu, kini jumlahnya semakin berkurang.
“Dulu Syariah Islam tidak pernah dipersoal dan dicabar, hari ini
sesiapa sahaja termasuk bukan Islam berani mencabar kedudukan
undang-undang Islam dalam perundangan negara, malah hinggakan
institusi-institusi Islam dicabar dan kewibawaannya dipersoal dan
kedudukan Islam dalam perlembagaan dipersempit,” katanya.
Harussani berkata demikian pada ucapan alu-aluan sempena Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Casuarina @ Meru, hari ini.
Tambahnya, bangsa Melayu yang dahulunya kaya dengan kesopanan dan
kesusilaan selain sensitif kepada kerosakan akhlak telah mengalami
keadaan yang sebaliknya.
Katanya, bangsa Melayu kini pula yang mengalami keruntuhan akhlak dan
ketidakstabilan sosial hingga mencetuskan krisis sahsiah yang semakin
parah.
3 orang berkata:
Dulu amno.
Sekarang pas ambik alih.
Kesian sgt2.
Omak kau nak kena saman.
Maaf memaafkan sudah la
Dulu PAS bukan main hantam lagi si harus " memanjang " Sani . Sejak kawan dengan AMNO ni Si HarusSani ni dah mula di idola kan PAS
Post a Comment