Himpunan bagi nyatakan mesej keharmonian
PETALING JAYA - "Himpunan hari ini bagi menyatakan mesej keharmonian
yang dibawa Pas," demikian kata Adun Sabak Bernam, Sallehen Mukhyi
berhubung karikatur berbentuk penghinaan terhadap Islam yang disiarkan
akhbar Nanyang Siang Pau, baru-baru ini.
Beliau berkata demikian ketika himpunan penyerahan memorandum kepada akhbar berkenaan.
Menurutnya, Islam akan mengatakan kepada orang Islam yang mengganggu agama lain adalah biadap.
"Hari ini kita saksikan akhbar ini biadap mengganggu keharmonian Islam.
Hari ini kita berhimpun untuk nyatakan satu mesej keharmonian yang
dibawa Pas dan Islam bahawa Islam sesekali tidak mengganggu urusan
agama-agama lain.
"Sebab itu RUU 355 hanyalah sekadar untuk kukuhkan umat Islam dan langsung tidak menganggu agama lain," katanya.
Justeru, beliau menggesa agar Kemeterian Dalam Negeri (KDN) menyemak semula lesen akhbar berkenaan.
"Mereka ini perlu menyatakan kemaafan terhadap seluruh umat Islam.
Himpunan ini bukanlah untuk menyatakan bukan rasa benci kepada kaum
berbangsa lain, tapi kita mahu ajak mereka untuk hidup secara harmoni,"
katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Wilayah Persketuan Farhan Mohd Zain
berkata, pihaknya nyata kesal dan dukacita di atas apa yang berlaku.
"Kami mengajak untuk bina perpaduan dan budayakan politik matang," katanya.
5 orang berkata:
Diorang tak hina islam, diorang hina hadi. Hadi mmg layak dihina sebab dia sanggup tunggang agama dan lebih hina lagi sebab dia dah jadi baghal tunggangan najib.
Tlg bezakan antara hadi dan islam..akhbar tu persoalkan lakonan hadi dan umno yg permainkan hukum..
PAS ni Parti Ajaran Syaitan yg suka menyesatkan akidah walaun2 biol, menghasut, menyemai permusuhan dan kebencian sesama makhluk Allah.
Mulut org tua tu busuk betul. Mulut ahli neraka
akhbar tu dgn yg dia hina sama2 bangsat hehe 2x5
Post a Comment