SEJAK LANGKAH KAJANG YANG DICIPTA
OLEHNYA MAKA BERMULALAH KERETAKAN
DIANTARA PAS DAN PKR. MUNGKIN ADA TUJUAN
POLITIK SUPAYA PKR TERSUNGKUR
WALAU APAPUN DIA TETAP JUGA AKAN DIPENJARAKAN DISEBABKAN TERLALU
FITNAH YANG DILAKUKANNYA
-Pak Karamu-
Provokasi politik kotor Rafizi perlu dihentikan
KOTA BHARU - Provokasi politik kotor yang dibuat Naib Presiden PKR,
Rafizi Ramli mengenai tuduhan Pas menerima wang daripada 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) perlu dihentikan segera.
Naib Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohd Arif Abdullah berkata, tuduhan
yang tidak berbukti itu sebenarnya hanya mainan politik parti tertentu
untuk memecah-belahkan kepercayaan penyokong kepada parti Islam itu.
Malah, beliau memberitahu, ini bukan kali pertama pemimpin itu cuba
memburukkan nama Pas dengan mengaitkan dengan pemberian dana, sekali gus
membuktikan ia hanya sengaja dibuat untuk menimbulkan persepsi negatif
kepada parti itu.
“Ini bukan kali pertama, dah masuk tiga kali tuduhan yang hampir sama
dilemparkan kepada Pas. Jelas bahawa motif sebenar mereka adalah untuk
menghakis kepercayaan penyokong kepada Pas. Memang pada mulanya isu ini
dimainkan, penyokong mungkin agak gusar.
“Namun kini setelah pelbagai kenyataan berbeza dikeluarkan dengan isu
yang hampir sama, saya yakin penyokong sedar, mereka sudah kenal, sudah
tahu dan akan menolak perkara tersebut. Mereka tahu siapa yang berada di
pihak yang benar,” katanya kepada media di sini.
Beliau diminta mengulas mengenai tindakan Rafizi yang mendakwa Pas menerima wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Individu yang menerima dana itu dibayangkan sebagai bekas pemimpin kanan Pas.
Bagaimanapun, sehingga kini identiti tersebut masih belum didedahkan.
Menurutnya, tindakan putar belit isu, dan percanggahan dalam isu dana
tersebut amatlah dikesali dan ia dilihat sebagai langkah untuk
memburukkan nama Pas sebagai parti yang memperjuangkan Islam di negara
ini.
"Pemuda Pas yakin, dengan perjuangan yang dibawa sehingga kini,
penyokong masih istiqamah dan memberi sepenuh kepercayaan kepada parti
itu berbanding terus bermimpi dalam dunia ciptaan mereka yang tidak
berpuas hati dengan Pas," katanya.
4 orang berkata:
Pas cepat2lah berambus dari Selangor. Parti melukut buat semak je. Ada tak menambah, pergi tak berkurang.
Pas bukan parti melukut di selangor. Yang melukut tu parti yang tak ada semasa pru13. Alih dah nk duduk di selangor..
Apa kata pembawa berita karut no 1 malaysia. Hari tu kata seseorang yang rapat dengan pemimpin pas dapat dana 1mdb. Hari ini kata bekas pemimpin pas pulak... lidah bercabang.. ini la jenis orang yang puak haramjadah sanjung..
Tunggulah macamana aliran duit dari akaun bekas pemimpin mengalir ke akaun pemimpin yang ada. Lepas tu bolehlah belit2 lidah.
Post a Comment