Rakyat masih tak berpuas hati atas perbuatan PKR (Rafizi)
KITA TUNGGU RAFIZI BUAT KENYATAAN
ATAS KENYATAAN HADI AWANG YANG
TELAH MEMA'AFKANNYA
-Pak Karamu-
Sudah maafkan, tapi Rafizi kena bertaubat
KUALA NERUS - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan
tuduhan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa Pas menerima dana
daripada 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai pembohongan besar
dan tidak berasas.
Sehubungan itu, Abdul Hadi yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang meminta agar pemimpin PKR itu segera bertaubat.
"Apa yang didakwa Rafizi itu (Pas terima dana daripada 1MDB) merupakan satu tuduhan bohong 300 peratus.
"Bagi saya.. saya telah maafkan kesalahan dia kepada saya. Kita anggap dia jahil, tidak tahu dosa pahala.
[ARTIKEL BERKAITAN: Dana 1MDB: Rafizi sahut cabaran Pas]
"Tapi dosa dia dengan Tuhan (sebab fitnah) dia kena bertaubat," katanya
ketika ditemui dalam majlis menyambut kepulangannya di Lapangan Terbang
Sultan Mahmud (LTSM), di sini, malam tadi.
Kepulangan pemimpin utama Pas itu disambut ribuan penyokong bagi
meraikan kejayaan beliau selepas membentangkan Rang Undang-Undang
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355) di Dewan
Rakyat, minggu lalu.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan sebelum ini mendakwa mempunyai
bukti dan maklumat mengenai pemimpin kanan Pas menerima dana daripada
1MDB.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, Abdul Hadi turut meminta orang
bukan Islam memberi kerjasama serta tidak mengganggu isu RUU 355 demi
perpaduan masyarakat majmuk di di negara ini.
Jelasnya lagi, usul berkenaan perlu disokong seluruh umat Islam tanpa
mengira fahaman dan parti bagi memperkasakan lagi undang-undang syariah.
"Malah, kita juga sedia untuk beri penjelasan kepada orang bukan Islam
mengenai RUU 355 ini agar mereka memahami dengan lebih jelas," katanya.
1 orang berkata:
ugg boots
ralph lauren outlet
coach outlet
nike outlet
ferragamo outlet
armani exchange
cleveland cavaliers jerseys
mont blanc outlet
ralph lauren outlet
ugg boots
20170806
Post a Comment