Ahli Pas berkumpul, bantah tindakan akhbar
JOHOR BAHRU - Hampir 100 ahli parti Pas berkumpul di hadapan pejabat
akhbar berbahasa mandarin di Taman Maju Jaya, di sini sebagai melahirkan
ketidakpuashatian dengan tindakan akhbar berkenaan yang mengeluarkan
karikatur berbentuk penghinaan berikutan memperlekeh Rang Undang-undang
(RUU) 355.
Timbalan Ketua Pemuda Pas Johor, Ahmad Nawfal Mahfodz berkata,
karikatur itu menggambarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai
monyet dan seolah-olah mahu mempermainkan RUU 355.
"Karikatur tersebut jelas mahu menghina Abdul Hadi sebagai Ahli
Parlimen Maran yang membawa isu tersebut dan masyarakat Islam di negara
ini. Tindakan akhbar itu juga boleh menjatuhkan integriti mereka sebagai
akhbar yang telah lama bertapak di Malaysia.
"Kami ingin mengingatkan akhbar tersebut serta akhbar lain sebagai ejen
maklumat supaya menyalurkan fakta yang betul dan boleh dipercayai.
"Jangan gunakan medium ini sebagai alat propaganda untuk sesetengah
pihak yang mahu mewujudkan kekacauan di kalangan rakyat," katanya kepada
media, di sini, hari ini.
Ahmad Nawfal berkata, pada sesi bantahan itu, beliau turut menyerahkan
memorandun kepada akhbar itu atas penyiaran karikatur tersebut.
"Penyerahan memorandum itu sebagai menuntut permohonan maaf daripada
akhbar itu dan difahamkan mereka akan melakukan permohonan maaf tentang
karikatur itu untuk keluaran cetakan hari ini (esok).
"Kami juga mahu masyarakat Cina tahu bahawa RUU 355 tidak menjejaskan orang bukan Islam," katanya.
Terdahulu, akhbar berkenaan menyiarkan kartun yang memaparkan dua ekor
monyet sedang duduk di atas pokok yang dinamakan Akta 355 manakala
sekumpulan monyet lain berada di bawahnya pada 8 April lepas.
Seekor monyet yang memakai songkok dan berada di atas pokok dilabel
"Speaker" manakala seekor lagi yang memakai serban dilabel Presiden Pas
hingga menimbulkan tidak puas hati di kalangan ahli Pas.
Difahamkan akhbar berkenaan telah membuat permohonan maaf kepada
Pandikar Amin dan Abdul Hadi dan karikatur monyet itu turut telah
dikeluarkan menerusi akhbar secara talian mereka.
4 orang berkata:
Sifir dia mudah ....kalau kita dok gambarkan orang dengan biawak , keldai , babi .... Kita memang lah rasa senang tapi orang tu akan marah . So jangan lah gambarkan orang lain macam tu . Nah bila orang kata kita balik .... Nak Takbir apa nya ... Tambah kalau kita orang agana . Nak kod sket kata2 walaun di blog ni . Kata2 kita tu mengambarkan keperibadian kita ...Wallahualam
Sikitnya ahli PAS..ingatkan berjuta2 lemon. Ramai dah berhijrah rupanya sebab tahu parti lebai beruk penipu.
Parti lebai beruk gadai agama 90juta.
Asyik2 Islam kena hina... lepas tu minta maaf.. kes setel... bila plak kita nk hina agama derang then mintak maaf.... nk tgk macam mana meroyan nye dorang plak..
Post a Comment