Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AKHIRNYA PUTUS JUGA .....DAN PAS DIJANGKA BERTANDING SEMUA KERUSI


Tiga sebab Pas batal tahaluf siyasi dengan PKR
Nik Muhammad Zawawi Salleh
Nik Muhammad Zawawi Salleh 
SHAH ALAM - Majlis Syura Ulamak Pas hari ini memutuskan untuk membatalkan hubungan politik tahaluf siyasi parti itu dengan PKR.

Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, terdapat banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam yang membawa kepada pembatalan ini.

“ PKR tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawakan oleh Pas seperti isu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.

“Selain itu, PKR turut melanggar adab-adab kerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan Pas dan membuat tuduhan palsu yang merosakkan imej parti ini dan khianat dalam hubungan politik Pas dengan bekerjasama dengan pihak yang ingin menjatuhkan Pas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, semua perwakilan sebulat suara menyokong usul memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR, selepas usul itu dibentangkan wakil Dewan Ulamak Pas Pusat, Zulkifli Ismail sewaktu Muktamar Pas kali ke-63 baru-baru ini.


Sebaik perbahasan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari selesai, Pengerusi Tetap Muktamar, Hussin Ismail bertanya kepada perwakilan dan kesemuanya bangun menyatakan sokongan dengan melaungkan, ‘setuju’ beramai-ramai.

Terdahulu, pada pembentangan usul, Zulkifli merujuk kepada perlembagaan Pas, Fasal 5 (Tujuan Pas), Fasal 6 (Usaha-Usaha) dan Fasal 7 (Hukum dan Kekuasaan) sebagai hujah agar Pas memutuskan hubungan dengan PKR.

Tambah Nik Muhammad lagi, mengenai isu urusan pentadbiran negeri Selangor diserahkan kepada JawatanKuasa Kerja Pas Pusat.

“Sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran negeri Selangor diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat,” katanya lagi.

6 orang berkata:

Anonymous said...

ALLAH MAHA MENGETAHUI

Anonymous said...

Ding Ayang & the gang$$$$.. sila berambus 24jam kalau hg rasa hg ade maruah!!!!!! geng2 pak mertua hg dh bt keputusan....

Anonymous said...

Alhamdulillah putus gak kerjasama dgn PKR, parti utk puak2 sebat rasuah, pengkhianat, sombong, tikam blkg kawan...

Ky darsa said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [1598] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 690 JUTA , wassalam.

Anonymous said...

selamat tinggal parti pas.... moga bahagia dgn suami baruMu yg handsome& lagi kaya,walaupun dh berusia 71 tahun....kutujukan lagu bertajuk Gerhana Purnama Luka dari Saling Ikling org kg Hj Adi gak Tggnu kita......Patah tumbuh hilang berganti mengertilah...walaupun berbeza zahirnya.. terimalahhhhhhh... x dikesal kiranya kau tersiksaaaaaa..suratan takdir yg telah menimpa kita... terlerai janji setia..musnahlah segalanya mahkota impian... andainya daku tiada.. usahlah ditangiskan kehilangan.... kilauan cinta sejati yg kucurahkan dulu kini gerhana.. biarpun sebak didada.. relakan ku melangkah selamanya..... 1998-2017

Anonymous said...

Kalau dh syok sgt cerai..
x lupa kau berambus dari kjn selangor.. nanti kalau duduk skali takut org tangkap basah pulak.. kau pun taw hukum kan.. kalau olama no-2 x tau hukum.. ceroi la...suruh ank menantu kaw berambus sama... menghabiskan dedak aja.. badan pun dh gemuk mcm ayang daging.. nk jual pun x laku.. isi dah liat mcm ayam pencen....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.