Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AZMIN TIDAK PATUT KECIWA KERANA DIA SENDIRI MENCARI KECIWA

 
 
SUDAH DIPERINGATKAN, TAPI  BUAT TAK PEDULI,
ATAU TERPAKSA MAKI HAMUN PAS BAGI PUAS HATI DAP ?
 
ATAU TERPAKSA TENTANG RUU355 BAGI PUAS HATI DAP&PAN ?
 
PAS HANYA MELIHAT GELAGAT KAMU DALAM KEADAAN LESU,
 
AKHIRYA KITA BERPISAH JUA
 
KAMU IKUTLAH JALAN KAMU
DAN KAMI IKUT JALAN KAMI
 
SEKARANG KAMU TENTU SUDAH MERASA PUAS ?
 
 
-Pak Karamu-
 
 
 
Saya kecewa keputusan Pas: Azmin
 
 Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali.
 
SHAH ALAM - Susulan keputusan Majlis Syura Ulamak Pas yang memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau akur namun kecewa dengan keputusan yang dibuat.  

"Saya kecewa dengan keputusan Pas," demikian ungkapnya ketika ditemui pagi ini di bangunan SUK Selangor.

Menurut Mohamed Azmin, keputusan yang dibuat itu juga membelakangkan aspirasi rakyat negeri ini yang mahukan perubahan.

"Jika kita lihat kerajaan Selangor dari tahun 2008 yang terbentuk atas semangat dan prinsip tahaluf siyasi, sudah banyak pencapaian dan kejayaan besar yang telah kita capai termasuklah perkembangan umat Islam dan agama Islam.

"Atas prinsip tahaluf siyasi ini lah kerajaan berjaya laksanakan mandat dan aspirasi rakyat maka, keputusan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada harapan tinggi rakyat untuk laksanakan perubahan," katanya ketika ditemui di lobi utama bangunan SUK Selangor.

Semalam, Majlis Syura Ulamak Pas  memutuskan untuk membatalkan hubungan politik tahaluf siyasi parti itu dengan PKR.


Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, terdapat banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam yang membawa kepada pembatalan ini.

Sementara itu, pagi tadi, ketiga-tiga exco Pas Selangor telah dipanggil untuk memberikan penjelasan mereka berhubung perkara ini kepada Mohamed Azmin.

"Penjelasan telah diberikan kepada saya dan ia akan diteliti terlebih dahulu serta saya juga akan bawa penjelasan tersebut kepada Presiden PKR, (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail).

"Segala tindakan akan diambil selepas perbincangan dengan Presiden dibuat," katanya lagi.

Tambahnya lagi, beliau yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR, sudah melakukan apa yang patut untuk mengelakkan perkara ini terjadi.

"Saya sudah lakukan segala yang termampu namun, kesabaran ada batasannya," katanya.

Semalam Pesuruhjaya Pas Selangor yang baharu, Sallehen Mukhyi berkata, Pas mengekalkan khidmat tiga exconya dalam pentadbiran Kerajaan Selangor sehingga Dun dibubarkan, walaupun Majlis Syura Ulama parti itu memutuskan untuk membatalkan hubungan politik dengan PKR.


Menurutnya, khidmat tiga exco itu perlu dikekalkan kerana ia adalah mandat yang diberi oleh rakyat pada PRU14.

"Namun, Pas Selangor akur dan menghormati keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan hubungan politik Tahaluf Siyasi antara Pas dan PKR telah terbatal," katanya dalam kenyataan.

2 orang berkata:

Anonymous said...

KALAU KAMU SEMUA IKUT JALAN KAMU, MENGAPA TERHEGEH HEGEH LAGI, ANGKAT KAKI LAH, TAK KAN ITU PUN TAK FAHAM, KAT MANA MARUAH KAMU SEMUA????

Anonymous said...

maruah apa yg PKR ada lg? menang dan dpt jd MB pun dgn bantuan dan sokongan dr PAS, tp yg paling celaka nya PKR nih dok fitnah PAS dpt dedak dr najib tanpa bukti, bagi sokongan kpd musuh rakan tahaluf-->PAN n DAP, mmg patut pun putus , tak guna pun berkawan dgn PKR lahanat nih

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.