Hubungan baik Umno-Pas bantu kembali sokongan
JELI - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui
hubungan baik antara parti itu dan Pas membantu mengembalikan sokongan
rakyat.
Menurutnya, hubungan baik antara kedua- dua parti menyebabkan
ketegangan dalam masyarakat semakin reda malah mereka juga sedar betapa
pentingnya bersatu.
"Kalau dulu tuduh menuduh begitu serius, pergeseran dalam masyarakat,
kafir mengkafirkan, pulau memulau begitu ketar, sekarang alhamdulillah,
sudah reda dan ia hasil yang baik kerana orang Islam mahu melihat
penyatuan antara mereka bukan sahaja di Kelantan malah seluruh negara.
Menurutnya, kerjasama di Kelantan telah dimulakan dua tahun lalu ketika
bersama- sama menyelesaikan isu banjir yang melanda negeri.
"Kita sedar usaha ini (penyatuan) dialu-alukan oleh masyarakat sebab
jita nak kerja, kita nak mara dan maju, jadi tak ada pilihan lain
kecuali dengan bersatu," katanya.
Sementara itu, mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri
Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai tsunami Melayu dan Umno yang diramal
berlaku pada PRU14, Mustapa berkata, beliau dapat melihat kebangkitan
semangat ahli parti yang dianggap luar biasa itu.
Menurutnya, ia menggambarkan orang Melayu semakin insaf dan sedar
bahawa mereka perlukan sebuah kerajaan yang kuat, kukuh serta stabil.
"Umno terbukti bawa manfaat kepada orang Melayu yang telah berjuang
demi agama bangsa dan negara. Orang Melayu semakin sedar mereka perlu
dapat naungan dari parti yang ada track rekod yang mantap, "katanya.
Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata, walaupun tidak dapat
membuat ramalan tepat tetapi daripada program yang dilakukan pihaknya
mendapati sambutan terhadap parti itu berbeza (lebih baik) antara PRU13
dan PRU14.
4 orang berkata:
Sah sudah undi pas = undi umno
Dua-dua penyamun;
1) Penyamun Bersongkok
2) Penyamun Berserban
Hati2
Eh dulu ada kafir nengkafir ker?
Aku ingat tahun lepas jer...
Sebenarnya sokongan umno makin merosot. Tapi bila ahli pas undi umno, umno akan menang.
Strategi pas mungkin masuk calon tapi undi pas akan beri kpd umno. Bg pas, biar kalah asalkan PH tidak menang. Aku nampak mcm tu la.
Penyamun dgn penipu nak bergabung atas nama Islam. Habis lingkup semuanya.
Post a Comment