Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BIAR MASA TENTUKAN

PKR kini di persimpangan maut: Pakar
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib
Md Shukri. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
 
SHAH ALAM - Konflik PKR dan Pas akan menyebabkan agenda Pakatan Harapan tidak tercapai, itu kata penganalisis politik Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib.

Md Shukri juga tidak menolak, Pas akan bekerja lebih kuat dan tidak akan membiarkan kerusi PKR selamat selepas memutuskan hubungan dengan parti itu.

"Jika Pas bertindak bertanding di kerusi-kerusi PKR, maka kemungkinan besar walaupun Pas tidak akan menang di kawasan terbabit, tetapi mangsa politik yang tragis adalah PKR.

"Ramai calon PKR kemungkinan 'mati katak' jika Pas bertindak menguasai semula kerusi yang dipinjam kepada PKR," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Menurut Md Shukri yang juga merupakan Felo Penyelidik Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan), apa yang berlaku antara Pas dengan PKR juga akan menjadikan hubungan antara kedua parti itu tidak akan terjalin seakrab dahulu.

"Konflik yang melanda hingga terbubarnya tahaluf Pakatan Rakyat dahulunya boleh diandaikan berkisar soal hubungan pemimpin dan tokoh DAP dengan pihak Pas.

"Jika masing-masing parti termasuk DAP mampu memahami apa keperluan Pas, maka hubungan politik tidak akan sampai ke tahap kritikal sebegini.

"Kejayaan PKR sebagai ejen penyatu Pas dan DAP jelas, malangnya kini PKR akan terhakis peranannya dan mungkin akan mengalami tsunami defisit sokongan akibat ketiadaan Pas bersama mereka," katanya lagi.

Menurutnya lagi, PKR kelihatan akan terus menjadi musuh kepada Pas kerana persahabatan akrab dengan DAP termasuk dengan Amanah yang merupakan seteru Pas.

"Jadi kini PKR dalam persimpangan maut.

"PKR mungkin hanya akan mengharapkan kemenangan di kawasan pengundi cina melebihi 60 peratus. Apa yang boleh PKR buat adalah dengan meminta DAP meminjamkan kerusi mereka bagi memastikan survival parti berkenaan," katanya lagi.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Tapi aku rasa pas lagi banyak yg mati katak. Negeri penternak unta pun Akan sama mati katak.

TAPI AKU SUKA. SERIOUSLY

Anonymous said...

Biar dua2 mati katak. Bagus kalau dua2 mati katak. Negara lebih makmur dan aman. Nak tengok mcm mna muka kakitgn sgor dpt bonus 500 hinggit. Sebelum ni bukan main sombong dpt bonus 3 bulan tiap2 tahun.

Anonymous said...

Di selangor Pkr mati katak. Di kelantan pas mati katak.
Last2 din ayam jugak tak dpt cari makan. Q7 velfire rover bank dah jeling lain macam.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.