Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UDAH LA TUH. MEMANG TADA FAKTA P.H BOLEH MENANG

TUHAN TAK BAGI PAKATAN HARAPAN MENANG SEBAB
MULUT MEREKA JAHAT DISAMPING
TIDAK HORMATI DASAR PAS, LALU MEREKA BERPECAH BELAH. 
 
MEREKA TIDAK BOLEH SOMBONG DAN TIDAK 
BOLEH
MENJADI PENGACAU AGAMA YANG DIBAWA
OLEH PAS

JIKA PANDANGAN INI BENAR MAKA KITA
TUNGGU KEPUTUSAN PRU 14

INSYA ALLAH ! YANG BATIL ITU TETAP BATIL


-Pak Karamu-
 
 
 
Tiada fakta Pakatan Harapan menang PRU14
Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
 
KOTA BHARU – Tiada fakta dan bukti khusus yang boleh membayangkan Pakatan Harapan berjaya menumbangkan kerajaan sedia ada, kata Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob.

Menurutnya, tiada sebarang ramalan dibuat mengenai perkara itu dan Pas tidak sesekali gentar dengan perkara itu, malah terus optimis dengan kekuatan yang ada.

“Setakat ini tiada lagi ramalan kata pakatan akan menang, ataupun mereka sekuat parti-parti lain,” katanya.

Beliau hadir pada Seminar Ahli Majlis dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Kelantan di sini.

Mengulas mengenai kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan Umno dan Pas perlu meraikan persamaan yang ada di antara kedua-dua parti itu, beliau berkata, sehingga kini Pas dan Umno tidak mempunyai apa-apa persefahaman dan parti itu masih lagi musuh tradisi Pas.

Menteri Besar itu juga berkata, walaupun Pas meraikan hubungan kerajaan dan kerajaan dengan Umno dan BN, namun Pas masih kukuh bersama blok ketiga yang telah dibina dan bersedia segala kemungkinan pada PRU14 kali ini.

“Sememangnya kita meraikan hubungan (kerajaan dan kerajaan) itu demi kepentingan rakyat, apa pun yang melibatkan hubungan tersebut, kita hormatlah bagi memastikan hak rakyat dapat diperjuangkan, namun dari segi politik, kita masih seperti dulu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai tunggakan cukai taksiran berjumlah RM51.12 juta yang gagal dikutip PBT pada tahun lalu, beliau berkata, kerajaan telah pun meminta setiap PBT membuat kajian bagaimana cara supaya tunggakan itu dapat dilangsaikan.

“Kalau ada jawapan nanti, PBT masing-masing boleh buat pendekatan bagaimana untuk kita mendapat semula tunggakan itu. Ini kerana, disebabkan tunggakan inilah kita gagal beri perkhidmatan yang sebaiknya.

“Kena ada kerjasama antara satu sama lain, rakyat bayar cukai, kita bagi perkhidmatan. Saya berpendapat biar ada perbincangan antara pihak PBT masing-masing. 

Kita perlu buat kajian, apa puncanya sehingga ada tunggakan begitu besar dan daripada kajian itu boleh dibuat sebarang tindakan,” katanya.

5 orang berkata:

Anonymous said...

nampak tu..politik punya pasal dia tahu tuhan jadikan sesuatu perkara tu sebab apa..mcm tuhan kongsi dengan dia kot ape sebab2nya..hehe masyaAllah..
tuhan kan ada sifat jaiz.. ikut tuhan la nak wat ape pun.. ko pulak tau terperinci mcm tuhan ada bgtau ko pulak hehe.. dulu lepas ko doa org lain jahanam kat stadium dulu tapi negeri ko yg jahanam kene telan air xda 1 pun ulamak2 ahlusunnahwaljamaah tulin(bukan wahabi yg ngaku ahlusunnah) yg hukum ko kata ko salah doa sebab tu ko kene telan banjir..xda 1 pun tau.. ko pulak boleh bleh main hukum2 mcm tuhan bgtau ko pulak.. ko ahlisunnahwaljamaah ke wahabi?tuhan ada sifat jaiz.. ape saja yg tuhan nak buat dan ape juga sebab2nya x wajib langsung untuk selari atau tertakluk dengan fikiran dan kehendak ko..

Anonymous said...

kalau ph menang, siapa pm ye.. abg mat ke, mahathit ke. lge ke... bla ...bla....bla...zzzzzzz

Anonymous said...

tak blh bgthu rhsia ph.rhsia yg hanya blh diumumkn oleh dap

Anonymous said...

Nama je walaon parti Islam tapi tak tahu makna InsyaAllah. Kalau Allah berkehendak, pasti PH berjaya kalahkan pemerintah zalim dan khadam2nya.

Tgk doa jahanam oleh ulamak2 suu Pas terus Allah bg cash ribut kat muktamar.Ramai walaon2 yg cedera.

Anonymous said...

bodohlah puak pas ni!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.