Dun Selangor: PKR, Pas tergugat
PKR dan Pas Selangor pastinya akan terus berada dalam
kedudukan tertekan jika kedua-dua parti itu bertembung sesama sendiri
PRU akan datang.
Pengurus Penyelidikan Merdeka Centre, Tan Seng Keat berpendapat,
apabila Muktamar Pas ke-63 baru-baru ini meluluskan usul supaya tahaluf
siyasi dengan PKR diputuskan, sudah jelas hubungan antara kedua-dua
parti itu menjadi lebih tegang sekali gus menyebabkan kerajaan negeri
Selangor goyah.
"Jika PKR dengan Pas memutus hubungan, ia bukan sahaja merugikan
kedua-dua pihak, malahan turut menjejaskan Bersatu untuk memenangi
beberapa kerusi di Selangor," katanya kepada Oriental Daily.
Menurut beliau, dengan pertembungan tiga penjuru, selain kerusi Dun, ia turut membabitkan kerusi Parlimen di Selangor.
"Adalah diramalkan lebih separuh kerusi parlimen milik PKR akan
terjejas. Parti itu sukar mempertahankan kerusi mereka sama ada Dun
ataupun parlimen dalam PRU kali ini," katanya.
Seorang lagi penganalisis politik, Lim Hong Siang pula berkata,
kedudukan PKR di Selangor tidak syak lagi boleh tergugat kerana pengaruh
Pas di negeri itu tetap tidak boleh dipandang ringan.
"Sekiranya Pas meletak calonnya di semua kerusi yang ditandingi oleh
PKR, tentu sekali sokongan yang diberikan kepada calon PKR sebelum ini
sedikit sebanyak akan beralih kepada calon Pas.
"Selain itu, perpecahan dalaman yang berlaku dalam PKR turut dikatakan
akan menyebabkan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Timbalan
Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terjejas.
"Difahamkan Azmin masih memerlukan Pas sedangkan kajian simulasi yang
dilakukan Invoke di bawah kendalian Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli
menunjukkan mendapati Pas tidak akan menang satu kerusi parlimen pun
dalam PRU14 sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru. Inilah konflik
yang wujud dalam PKR ketika ini," kata Hong Siang.
4 orang berkata:
Semalam, Ketua Dewan Ulama Pas Kedah Mohd Rejab Md Akhir meminta para perwakilan supaya berdiri dan mengetuai ikrar yang diakhiri dengan laungan ‘jahanam PAN’ (Amanah), diikuti laungan takbir.
“Sebelum saya memulakan ucapan, saya minta semua berdiri kita baca ikrar ‘Jahanam PAN’,” kata Rejab ketika menyampaikan ucapan pembukaan yang dirasmikan Timbalan Mursyidul Am Datuk Ahmad Yakob.
APA HUKUMNYA PERBUATAN DI ATAS:
1. Rasulullah s.a.w. menghalang umat Islam mencela saudara Islamnya yang lain berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
“Mencela seorang muslim adalah kefasikan, dan membunuhnya kekufuran.”
2. hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:
“Memadai seseorang dikira berbuat keburukan jika dia merendahkan saudaranya sesama muslim.”
3. melaknat orang mukmin lain oleh seorang mukmin termasuk dalam perkara dosa dan Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesiapa yang melaknat seseorang Mukmin, maka itu seperti membunuhnya.” [HR Bukhari, 10/464]
4. doa buruk yang diucapkan manusia, akan dikabulkan Allah.
Allah berfirman,
وَيَدْعُ الْإِنْسَانُ بِالشَّرِّ دُعَاءَهُ بِالْخَيْرِ وَكَانَ الْإِنْسَانُ عَجُولًا
Manusia berdoa untuk keburukan sebagaimana ia mendoa untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa. (QS. al-Isra: 11)
5. Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma dan yang lainnya mengatakan,
Bahwa ini doa buruk seseorang untuk dirinya, atau anaknya, ketika dia marah, yang sebenarnya dia sendiri tidak menyukai ketika doa itu dikabulkan. Andai Allah mengabulkan doa keburukan itu, akan banyak diantara mereka yang binasa. Namun dengan karunia-Nya, Allah tidak mengabulkan doa ini.
6. umat Islam yang berhajat supaya orang lain yang seagama dengannya menderita dan kehidupannya musnah sebenarnya mahu mencabar al-Quran yang menegaskan orang Islam bersaudara.
KHUTBAH HJ HADI PASAL ROSAKKAN HUTAN. TAPI KENAPA HUTAN KLATE KO BALUN LEBAI OIII:
peringatan daripada Rasulullah s.a.w:
سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ [رواه ابن ماجه]
(Maksudnya): Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur didustakan, pengkhianat dipercayai sedangkan orang yang amanah dianggap sebagai pengkhianat. Pada saat itu Al-Ruwaibidhoh berbicara. Ada yang bertanya, apa yang dimaksud Al-Ruwaibidhoh? Baginda menjawab: Orang bodoh yang turut campur dalam urusan masyarakat luas.
Tahun-tahun yang menggoda itu ditafsirkan oleh para ulamak dengan musim-musim yang menggoda seperti panas yang tidak menentu, sejuk yang tidak menentu, hujan ribut yang tidak menentu, berlakunya perubahan cuaca dan musim dalam kehidupan manusia dengan sebab manusia merosakkan muka bumi dan kehidupan diri dan alam sekeliling.
HJ HADI BERKATA LAGI DALAM KHUTBAHNYA. S
DIA CAKAP TU BETOL TAPI SETAKAT CAKAP AJE LA...
BALAK TIBAI JUGAK KAT KLATE:
(Maksudnya): Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".
Khalifah dengan makna menegakkan agama Allah s.w.t dan mengurus dunia dengan agama Allah s.w.t. Manusia mengurus kehidupan mereka tidak lagi mengikut syariat Allah s.w.t. Mereka mengurus harta di bumi tidak lagi nmengikut syariat Allah s.w.t. Mereka haloba mencari harta atas nama pembangunan dengan merosakkan hutan rimba belantara, bukit bukau, gunung ganang, sungai dan sebagainya. Mereka berperang di antara satu sama lain kerana tamak haloba dengan mencipta alat-alat senjata yang memusnahkan diri mereka sendiri serta menyebabkan muka bumi menjadi rosak dan punah dengan sebab kerja tangan-tangan mereka sendiri.
HUKUM BALON BALAK SECARA MENGGILA:
QURAN DAH SEBUT PUN KORANG NAK JUGAK TEBANG HUTAN SIMPAN TANAM DURIAN KUNYIT...
Firman Allah Ta'ala:
۞ إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا ﴿٥٨﴾ [سورة النساء : ٥٨]
(Maksudnya): Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
BODOH ORANG YANG TEBANG BALAK SAMPAI BALAK LINGKOP DAN RAKYAT KENA BANJIR BESOR, YANG MATI HANYUT PUN ADA. SEMUANYA SEBAB ADA BALAK ADA PITIH...
Kalu dah buat tu insaf dan taubatlah. Jangan salahkan Parti Amanah pulak. Jangan salahkan husam pulak.
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ ﴿٤١﴾ [سورة الروم : ٤١]
(Maksudnya): Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Post a Comment