Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ARUL KANDA KAMBING HITAM

Arul jangan dikambinghitamkan, PM sila jawab
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
 
SHAH ALAM - Pas mengulangi gesaan agar Presiden/Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mendedahkan kemelut yang membabitkan syarikat pelaburan strategik negara itu.

Arul menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man perlu berbuat demikian sebelum dikambinghitamkan.

Menurut Tuan Ibrahim, ini bukan lah kali pertama Pas menggesa Arul berbuat demikian namun pernah disuarakan ketika kemelut 1MDB dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investment PJS (Aabar BVI).

"April tahun lalu, Pas pernah menggesa Arul Kanda untuk mendedahkan segalanya sebelum beliau berundur malah ketika itu dia turut memberitahu akhbar The Edge mengenai kemelut isu 1MDB  ada kaitan dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investment PJS (Aabar BVI).

"Malangnya perkara itu terbantut apabila terbatalnya perjanjian jualan saham (SSA) Bandar Malaysia seperti diumumkan TRX City Sdn Bhd pada 3hb Mei," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambahnya lagi, Arul tampil berjanji akan membuat satu pengumuman penting mengenai 1MDB pada 5 Mei lalu.

"Malangnya, belum sempat beliau berbuat demikian, timbul pula ura-ura bahawa Arul telah disingkir daripada daripada lembaga pengarah syarikat Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange kerana “konflik kepentingan".

"Persoalannya apakah yang bakal diumum oleh Arul? Apakah pengumuman Arul ini tidak direstui oleh Perdana Menteri?," katanya lagi.

Sementara itu, The Financial Times semalam melaporkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membatalkan perjanjian Bandar Malaysia kerana hilang sabar akibat gagal mendapatkan pembiayaan.

"Jika ia benar, Pas menggesa Perdana Menteri berhenti berdiam diri dan tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar," katanya lagi.

"Pas mengulangi gesaan agar Arul dapat mendedahkan segalanya sebelum dikambinghitamkan. Itu pembebasan sebenar daripada tanggungjawab yang beliau pikul terhadap 1MDB ini," katanya lagi.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Dekat pru baru dengar. Parti dah jadi tukun tiruan baru nak bising mdb. Tak boleh pakai

Anonymous said...

Hj hadi mana?
Tak nak komen 1mdb ke ji?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.