Pas vs DAP: Di mana dakwah?
SHAH ALAM - Dalam politik dalaman negara, permusuhan bukan bererti
peperangan. Ia adalah pertentangan bagi memilih yang terbaik untuk
negara," kata ahli jawatankuasa pusat Pas, Nik Mohamad Abduh.
Merungkai kata-kata itu, Nik Abduh menjelaskan bahawa sebab itulah Pas
ada 'pasang surut bersahabat' dengan rakan-rakan politiknya, terutamanya
DAP.
"Justeru apa isunya Pas dan DAP? Mengapa berpakat dan mengapa bermusuh?
Ya, berpakat kerana bersama berjuang membuang halangan yang tidak
demokratik. Kezaliman pemerintah Umno/ BN dalam banyak perkara adalah
kesalahan dan perlecehan terhadap rakyat dan negara.
"Ia menutup hak rakyat dan menghalang parti pembangkang daripada mara
untuk diterima oleh rakyat. Ya, berpecah dan bermusuh adalah kerana
pengkhianatan terhadap perjanjian persefahaman bersama," katanya dalam
satu entry di Facebooknya semalam.
Katanya lagi, "toleransi awal tidak mampu lagi dikekalkan. Siapa betul
dan siapa bersalah? Biarkan rakyat mendengar dan memutuskan.
Masing-masing berhak berhujah,".
Ujarnya lagi, rakyat yang budiman dan enggan ditipu dengan fitnah sudah
pasti akan memilih yang terbaik untuk mereka dan negara mereka.
"DAP memusuhi Islam? Bukan hanya DAP. Siapa pun yang menghalang umat
Islam untuk bebas beramal dengan agama mereka sepenuhnya di negara
mereka, maka mereka adalah musuh Islam.
"Siapa pun...DAP diperangi? Musuh mulut diperangi dengan mulut. Musuh
media diperangi dengan media. Musuh senjata diperangi dengan senjata.
Tiada melampau dalam beragama.
"Kewarganegaraan adalah perjanjian keamanan di antara sesama rakyat
untuk hidup bersatu menjunjung perlembagaan dan undang-undang negara,"
katanya lagi.
Sementara mengulas mengenai Pas, Nik Abduh berkata Pas adalah pendakwah dan pejuang untuk agamanya.
"Dalam musuh menerima dan memberi keamanan, kita adalah pendakwah.
Dalam musuh menghalang dan memfitnah, kita adalah pejuang yang
mempertahankan agama. Usah menggelar diri sebagai pendakwah kalau kecut
dan mandul untuk menjadi pejuang," katanya.
Justeru katanya, dalam isu politik dalaman ini, biarkan Pas dan DAP
bersama parti-parti lain berjuang dengan matlamat masing-masing di atas
lunas-lunas perlembagaan tanpa halangan yang menyalahi demokrasi yang
adil.
"Ingat, jangan langgar perlembagaan negara. Peringatan ini adalah buat
Umno dan DAP. Pas dengan matlamat Islam yang agung, insya-ALLAH akan
kekal di landasan perjuangan yang sah di sisi undang-undang ke arah
negara sejahtera menuju keredaan ALLAH," katanya.
21 orang berkata:
Pak karam ni ahli syurga dgn nombor giliran tertera pada kad ahli pas. Syabas pak karam.
Anon 7:48,,,ko pernah lihat ke "kad ahli pas" tu,,he he...nak menghina org pun dah salah,,jgn la berlebih sampai ko tahu pak karam tu ahli syurga....hanya Allah ja yg tahu....kita hanya boleh berusaha dan berdoa. Lain la jika ko ni org kafir harbi dap laknatullah tu,,ada aku kisah...
Apa agaknya Nik abduh nak cakap pada bapanya di akhirat besok?
Pak Karam memang ada no keahlian parti bole masuk sorga' otomatik. BOS dia cakap.
Ko tak ada no keahlian parti masok sorga' ke 8.08? Ko kena mintak Kat Hadi tu...
nik beduh ug
ug geng kafir harbi
masyokkkk
Sapa bodoh dia undi pas. Sapa undi pas dia bodoh.
pas hamba keldai MCA, Gerakan, MIC
Kapir!!!! kapir!! kapir!...
sekelip mata je Tuhan boleh tarik islam korang... Sayang... Ayah dia hebat.... Anak Lembam...
Semua ni main isu kaum dan agama
Kapir kalau sokong pas bukan kira kapir harbi. Kalau tak sokong pas baru kira kapir harbi. Kapir kalau sokong pas sangat bagus sbb bukan kapir harbi. Pas suka kapir bukan harbi. Pas boleh bagi no keahlian masuk syurga kpd kapir bukan harbi
Pas memang nak bagi kemenangan kpd umno bn. Undi pas samalah dgn undi umno bn. Kesianlah ahli pas yg miskin2 Kat kampung2 kena tipu bulat2 orang atas2
Berbaik dgn lanun boleh pulak org tua nak mampooos tu
Apa dia nak cakap dgn bapak dia kat akhirat nanti yg dia dah berug2?
Siapa yg Pak Karam maksudkan dgn harbi tu? Orang pas kelantan ke?
pak karamu ni batu api...saje peLaga org.. umur dh tua.. masuk wad dh byk kali...kubur kata mari..
tak takut ke anjing kt api neraka!!!!
Dia ada no keahlian terus masuk syurga. Apa nak takut
Pas menang byk masa pru13 yg lepas pun sbb dpt bantuan dap, Pkr dan hussam. Pru14 memang hancur la.
Amanah pagi ok sbb dibantu pkr, dap dan bersatu. Boleh mati celik mata boss pas lepas pru14 nanti...
Cina solid Kat Amanah. Melayu 1/3 kAt Amanah, 1/3 kAt umno, 1/3 kAt pas. India 1/2 Kat umno, 1/2 Kat Amanah.
Mcm mna pas nak menang? Sekali tengok pun dah tau pas akan tergolek jadi tukun.
Di kelantan, kalu ada 2000 je undi Amanah, dah kompom pas bungkus kain baju gi tangkap sotong.
gua ahli pas..
gua nk tgk pas kalah...
cuma dgn kalah je yg akn sedarkan pas... bila pas dh kalah.. pas x kan ade kerusi dun & parlimen.. waktu tu.. sape pun x kan peduli pas.. nk peduli pe???? kau dah x de kerusi... Waktu tu baru kau kenal sape kawan & sape lawan.. gst ke.. naik harga brg ke.. waktu tu kalau kau melalak pun.. sape x pandang dah...kau dh muflis.. kau dah bangsat.. Waktu kau menang ego.... kau khianat rakyat.. kau bermuka dgn org yg luluskan gst.. luluskan naik harga brg.. yg rompak duit rakyat.. pusing duit rakyat.. tunggu PrU pas...- Ahli Pas Seumur Hidup Kedah...
kata ulama no2 donia..
dakwah x kemana.. maki je lebih.. kapir & tapir pun mahkluk Allah swt gak.... kt tapir kau jaga hutan je.. x tebang balak.. kt kapir kau kena dakwah bukan hukum laknatullah... ilmu ade guna..akal ade guna.. iman ade guna.. bt malu je dok ngaku guna ilmu wahyu.. tapi otak korang mcm budak nakal yg suka cari gaduh.... sedar diri sikit wahai org Pas.. aku pun org Pas mcm korang gak.. tapi tak le bodoh guna kepala lutut bila bt tindakan...
Post a Comment