Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kalau sudah harbi maka engkau ikut jalan engkau kami ikut jalan kami

Pas vs DAP: Di mana dakwah?
Nik Abduh
Nik Abduh
 
SHAH ALAM - Dalam politik dalaman negara, permusuhan bukan bererti peperangan. Ia adalah pertentangan bagi memilih yang terbaik untuk negara," kata ahli jawatankuasa pusat Pas, Nik Mohamad Abduh.

Merungkai kata-kata itu, Nik Abduh menjelaskan bahawa sebab itulah Pas ada 'pasang surut bersahabat' dengan rakan-rakan politiknya, terutamanya DAP.

"Justeru apa isunya Pas dan DAP? Mengapa berpakat dan mengapa bermusuh?

Ya, berpakat kerana bersama berjuang membuang halangan yang tidak demokratik. Kezaliman pemerintah Umno/ BN dalam banyak perkara adalah kesalahan dan perlecehan terhadap rakyat dan negara. 

"Ia menutup hak rakyat dan menghalang parti pembangkang daripada mara untuk diterima oleh rakyat. Ya, berpecah dan bermusuh adalah kerana pengkhianatan terhadap perjanjian persefahaman bersama," katanya dalam satu entry di Facebooknya semalam.

Katanya lagi, "toleransi awal tidak mampu lagi dikekalkan. Siapa betul dan siapa bersalah? Biarkan rakyat mendengar dan memutuskan. Masing-masing berhak berhujah,". 

Ujarnya lagi, rakyat yang budiman dan enggan ditipu dengan fitnah sudah pasti akan memilih yang terbaik untuk mereka dan negara mereka.

"DAP memusuhi Islam? Bukan hanya DAP. Siapa pun yang menghalang umat Islam untuk bebas beramal dengan agama mereka sepenuhnya di negara mereka, maka mereka adalah musuh Islam.

"Siapa pun...DAP diperangi? Musuh mulut diperangi dengan mulut. Musuh media diperangi dengan media. Musuh senjata diperangi dengan senjata. Tiada melampau dalam beragama.

"Kewarganegaraan adalah perjanjian keamanan di antara sesama rakyat untuk hidup bersatu menjunjung perlembagaan dan undang-undang negara," katanya lagi.

Sementara mengulas mengenai Pas, Nik Abduh berkata Pas adalah pendakwah dan pejuang untuk agamanya. 

"Dalam musuh menerima dan memberi keamanan, kita adalah pendakwah. Dalam musuh menghalang dan memfitnah, kita adalah pejuang yang mempertahankan agama. Usah menggelar diri sebagai pendakwah kalau kecut dan mandul untuk menjadi pejuang," katanya.

Justeru katanya, dalam isu politik dalaman ini, biarkan Pas dan DAP bersama parti-parti lain berjuang dengan matlamat masing-masing di atas lunas-lunas perlembagaan tanpa halangan yang menyalahi demokrasi yang adil.

"Ingat, jangan langgar perlembagaan negara. Peringatan ini adalah buat Umno dan DAP. Pas dengan matlamat Islam yang agung, insya-ALLAH akan kekal di landasan perjuangan yang sah di sisi undang-undang ke arah negara sejahtera menuju keredaan ALLAH," katanya.

21 orang berkata:

Anonymous said...

Pak karam ni ahli syurga dgn nombor giliran tertera pada kad ahli pas. Syabas pak karam.

Anonymous said...

Anon 7:48,,,ko pernah lihat ke "kad ahli pas" tu,,he he...nak menghina org pun dah salah,,jgn la berlebih sampai ko tahu pak karam tu ahli syurga....hanya Allah ja yg tahu....kita hanya boleh berusaha dan berdoa. Lain la jika ko ni org kafir harbi dap laknatullah tu,,ada aku kisah...

Anonymous said...

Apa agaknya Nik abduh nak cakap pada bapanya di akhirat besok?

Anonymous said...

Pak Karam memang ada no keahlian parti bole masuk sorga' otomatik. BOS dia cakap.

Ko tak ada no keahlian parti masok sorga' ke 8.08? Ko kena mintak Kat Hadi tu...

Anonymous said...

nik beduh ug
ug geng kafir harbi
masyokkkk

Anonymous said...

Sapa bodoh dia undi pas. Sapa undi pas dia bodoh.

Anonymous said...

pas hamba keldai MCA, Gerakan, MIC

Anonymous said...

Kapir!!!! kapir!! kapir!...
sekelip mata je Tuhan boleh tarik islam korang... Sayang... Ayah dia hebat.... Anak Lembam...

Anonymous said...

Semua ni main isu kaum dan agama


Anonymous said...

Kapir kalau sokong pas bukan kira kapir harbi. Kalau tak sokong pas baru kira kapir harbi. Kapir kalau sokong pas sangat bagus sbb bukan kapir harbi. Pas suka kapir bukan harbi. Pas boleh bagi no keahlian masuk syurga kpd kapir bukan harbi

Anonymous said...

Pas memang nak bagi kemenangan kpd umno bn. Undi pas samalah dgn undi umno bn. Kesianlah ahli pas yg miskin2 Kat kampung2 kena tipu bulat2 orang atas2

Anonymous said...

Berbaik dgn lanun boleh pulak org tua nak mampooos tu

Anonymous said...

Apa dia nak cakap dgn bapak dia kat akhirat nanti yg dia dah berug2?

Anonymous said...

Siapa yg Pak Karam maksudkan dgn harbi tu? Orang pas kelantan ke?

Anonymous said...

pak karamu ni batu api...saje peLaga org.. umur dh tua.. masuk wad dh byk kali...kubur kata mari..
tak takut ke anjing kt api neraka!!!!

Anonymous said...

Dia ada no keahlian terus masuk syurga. Apa nak takut

Anonymous said...

Pas menang byk masa pru13 yg lepas pun sbb dpt bantuan dap, Pkr dan hussam. Pru14 memang hancur la.

Amanah pagi ok sbb dibantu pkr, dap dan bersatu. Boleh mati celik mata boss pas lepas pru14 nanti...

Anonymous said...

Cina solid Kat Amanah. Melayu 1/3 kAt Amanah, 1/3 kAt umno, 1/3 kAt pas. India 1/2 Kat umno, 1/2 Kat Amanah.

Mcm mna pas nak menang? Sekali tengok pun dah tau pas akan tergolek jadi tukun.

Anonymous said...

Di kelantan, kalu ada 2000 je undi Amanah, dah kompom pas bungkus kain baju gi tangkap sotong.

Anonymous said...

gua ahli pas..
gua nk tgk pas kalah...
cuma dgn kalah je yg akn sedarkan pas... bila pas dh kalah.. pas x kan ade kerusi dun & parlimen.. waktu tu.. sape pun x kan peduli pas.. nk peduli pe???? kau dah x de kerusi... Waktu tu baru kau kenal sape kawan & sape lawan.. gst ke.. naik harga brg ke.. waktu tu kalau kau melalak pun.. sape x pandang dah...kau dh muflis.. kau dah bangsat.. Waktu kau menang ego.... kau khianat rakyat.. kau bermuka dgn org yg luluskan gst.. luluskan naik harga brg.. yg rompak duit rakyat.. pusing duit rakyat.. tunggu PrU pas...- Ahli Pas Seumur Hidup Kedah...

Anonymous said...

kata ulama no2 donia..
dakwah x kemana.. maki je lebih.. kapir & tapir pun mahkluk Allah swt gak.... kt tapir kau jaga hutan je.. x tebang balak.. kt kapir kau kena dakwah bukan hukum laknatullah... ilmu ade guna..akal ade guna.. iman ade guna.. bt malu je dok ngaku guna ilmu wahyu.. tapi otak korang mcm budak nakal yg suka cari gaduh.... sedar diri sikit wahai org Pas.. aku pun org Pas mcm korang gak.. tapi tak le bodoh guna kepala lutut bila bt tindakan...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.