SEMUA ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH NEGARA LUAR
MEMBUATKAN PEMBANGKANG MALAYSIA KELAMKABUT,MENGELABAH DAN MELENTING
PADA HAL ITU SEMUA TEKTIK LUAR NEGARA YANG MAHU MELIHAT PARTI PEMBANGKANG MALAYSIA MENYERLAHKAN KEBODOHAN MEREKA
KESAN DARI USIKAN TERSEBUT MEMBUATKAN
LUAR NEGARA SUKA MEMPERLECEH PEMBANGKANG MALAYSIA SEBAGAI PEMBANGKANG
TIDAK BERMUTU !.
-Pak Karamu-
Kecam Hadi dengan akal pendek
KUALA TERENGGANU – Pihak yang mengecam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang berhubung campur tangan asing dalam negara disifatkan membaca
kenyataan pimpinan Pas itu dengan akal yang pendek.
Penolong Setiausaha Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata, Abdul Hadi
hanya mengingatkan semua pihak supaya tidak sesekali mengundang kuasa
asing dalam penyelesaian berkait masalah dalaman negara bagi mengelak
masalah tidak diingini berlaku sambil menegaskan bahawa pimpinan Pas itu
tidak sesekali mempertahankan sebarang salah laku dalam negara.
Menurutnya, dengan sistem kehakiman, perundangan, pihak berkuasa dan
sebagainya yang sudah tersedia dalam negara, sepatutnya semua pihak
mengambil tindakan melalui kemudahan dan kepakaran yang ada untuk
membuat keputusan, bukannya mengharap bantuan kuasa asing.
“Dalam isu saman sivil DoJ, Amerika Syarikat mengambil tindakan
berdasarkan isu yang berlaku dalam negaranya berkait dengan 1MDB.
Tindakannya itu diambil berdasarkan perundangan di negaranya tetapi di
pihak kita, jangan pula cuba menjemput pihak luar untuk menyelesaikan
masalah melanda negara.
“Kita tidak pertikai isu yang timbul dalam negara berkait dengan 1MDB,
rasuah, penyelewengan dan sebagainya tapi bukan dengan bawa kuasa asing
untuk tolong siasat bagi pihak kita,” katanya kepada Sinar Harian, di
sini.
Sebelum ini, Abdul Hadi mengingatkan bahawa campur tangan asing dalam
hal ehwal dalaman negara hanya akan membawa kerugian sambil memberitahu
bahawa kemelut dalaman negara perlu diselesaikan secara dalaman.
Hanaiah yang juga Adun Chukai menjelaskan, semua pihak tidak tahu apa
yang akan berlaku dalam keghairahan memanggil pihak asing menyelesaikan
urusan dalaman negara namun tidak menolak keadaan tersebut mungkin lebih
merugikan kerana ia boleh memberi ruang lebih luas kepada kuasa asing
untuk mengambil ruang dan peluang ‘menjajah’ negara ini.
Beliau berkata, sekiranya BN jatuh pada PRU akan datang, ia sudah tentu
menggembirakan parti politik pembangkang namun tiada gunanya jika
terdapat kuasa asing dalam negara kesan daripada sikap beberapa pihak
yang enggan berfikir panjang yang mungkin akan turut memberi ruang lebih
mudah kepada campur tangan asing dalam pentadbiran negara.
Keadaan itu katanya sudah tentu memberi impak dan cabaran besar kepada
pimpinan negara pada masa akan datang untuk memastikan hala tuju lebih
baik bagi rakyat dan negara ini.
“Presiden Pas bukan buat hukum tetapi memperingatkan supaya jangan
mudah kita guna kuasa asing terutama polis dunia iaitu Amerika Syarikat
untuk campur hal ehwal negara,” katanya.
3 orang berkata:
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [6827] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 690 JUTA , wassalam.
Kikiki parti pembangkang pas yg dibimbing lebai hadi mmg bodoh kikiki
Bahasa tu jaga sedikit! Semua isu ini telah disiasat. Semua aset luar negara yang ada kaitan telah disita. Ada bank telah ditarik balik lesen dan diarahkan tutup. Ini bukan kes kecil. Ini kes Mega dan global. Ramai individu luar telah disoal siasat sehingga terdedahnya nama individu penting di Malaysia. Sebagai prosiding mahkamah dalam atau luar negara adalah perlu memanggil individu terlibat utk membela diri sebelum hukuman dijatuhkan. Faham!Itu sahaja. Ini bukan campurtangan luar @ suatu konspirasi ini sop!
Sop faham. Siapa lebih telus dah kredible?
Kertas A - Soalan dan jawapan telah ada.
Kertas B - Soalan diberi tapi jawapan masih tidak diberi. Kenapa?
legend : Kertas A (Luar Negara)
: Kertas B ( Malaysia )
Post a Comment