Hina Yang di-Pertuan Agong polis tahan Catt Ginger
SHAH ALAM - Susulan penyebaran gambar Yang di-Pertuan Agong yang
disunting dan dimuat naik secara tidak bertanggungjawab di laman sosial
Facebook, satu tangkapan telah dibuat pihak polis.
Menerusi kemaskini status di laman Twitter hari ini, Ketua Polis
Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Jabatan Siasatan Jenayah Kuala
Lumpur berjaya menangkap individu menggunakan nama samaran Catt Ginger.
"Syabas Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur berjaya tangkap Catt
Ginger yang menghina Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Banginda
Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Difahamkan, seorang wanita berusia 41 tahun telah ditangkap di Taman
Usahawan, Kepong oleh pasukan Bahagian Jenayah Siber Multimedia Bukit
Aman.
Polis turut merampas sebuah telefon bimbit, sebuah komputer riba, satu unit modem dan dua unit router.
Siasatan mengenai kes tersebut diteruskan dan tindakan sewajarnya akan diambil.
Semalam, Yang Dipertua Pertubuhan Pembela Martabat Kesultanan Melayu
Malaysia, Datuk Edros Abdullah menggesa pihak berkuasa terutama polis
mengambil tindakan segera terhadap individu yang menghina Yang
di-Pertuan Agong.
Menurutnya, gambar tersebut mula tular di media sosial sejak 25 Jun
lalu, tetapi tiada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa.
1 orang berkata:
pak karam, catt ginger tu sapa?
Post a Comment