YANG PENTING YANG TAK BERKENAAN JANGAN MASUK CAMPUR, HANGPA TAK DE STANDARD.
JANGAN KACAU DAUN LA. KALO NAK KACAU JUGA PI LA TANYA SULTAN,
MENYIBUK JE HU HU HU
-Pak Karamu-
Jika bermaruah, Pas harus berundur
(Ubah saiz teks)
SETAKAT hari ini masih belum ada tanda-tanda tiga Exco
Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy
Abdul Talib akan keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri Selangor
yang diterajui PKR.
Iskandar memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan
Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Dr Ahmad
Yunus (Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains,
Teknologi dan Inovasi) dan Zaidy Abdul Talib (Jawatankuasa Tetap
Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas
Tani).
Tindakan itu sekali gus menimbulkan persoalan kerana Majlis Presiden
Pakatan Harapan telah memutuskan tidak akan bekerjasama dengan Pas pada
PRU14.
Itu satu isyarat yang jelas bahawa hubungan antara Pas dan Pakatan
Harapan sudah berakhir, selepas parti itu secara sebulat suara
memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR pada muktamar yang lalu.
Melihat senario politik di Selangor, nampaknya kerjasama antara Pas dan
PKR masih berjalan seperti biasa sehingga menimbulkan tanya di kalangan
rakyat.
Jika Pas mempunyai maruah, mereka seharusnya berundur dari Kerajaan
Negeri Selangor dan tidak sepatutnya bersama dalam pentadbiran Menteri
Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Pas dan PKR memegang jumlah kerusi yang sama iaitu 13 kerusi; DAP (14);
Amanah (2); Bebas (2); manakala Barisan Nasional (BN), kekal 12 kerusi.
Jika dilihat kedudukan di Dun Selangor itu, jika tanpa sokongan Pas,
sudah tentu kedudukan kerajaan pembangkang dalam keadaan mencemaskan.
Pas juga tidak sepatutnya memnegluarkan kenyataan berbeza-beza yang memenatkan fikiran rakyat.
Iskandar yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor misalnya berkata, parti itu
tidak akan keluar daripada kerajaan negeri sehingga mereka mendapat
arahan daripada pimpinan pusat atau diputuskan muktamar.
Kenyataan beliau itu jelas bertentangan dengan Ketua Penerangan Pas,
Nasruddin Hassan bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan PKR dan
Pakatan Harapan.
Mana satu yang betul?
Menurut Nasruddin seperti yang dilaporkan semalam, Pas konsisten dengan
ketetapan tidak ada kerjasama politik dengan Pakatan Harapan sebab
sukar untuk parti itu hadapi PRU dengan sikap tidak konsisten.
Jadi bagaimana pula dengan kenyataan Yunus Hairi bahawa Pas Selangor
belum menerima sebarang arahan rasmi daripada Pas Pusat untuk
menghentikan apa juga bentuk perbincangan dengan PKR.
Apakah keputusan muktamar bukan satu arahan rasmi?
Satu demi satu kenyataan berbeza-beza yang keluar dari mulut pimpinan
Pas tidak akan membantu parti itu menghadapi PRU kerana rakyat menjadi
keliru dengan pendirian Pas yang sebenar.
Pengerusi Biro Help Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata,
Pas perlu sedar mereka hanya diperalatkan PKR dan DAP dalam usaha
mengekalkan kuasa pembangkang di Selangor.
Beliau berkata, Pas wajar sedar dan membuat keputusan untuk berundur kerana mereka mempunyai kekuatan sendiri.
“Tetapi malangnya, Pas masih bergantung kepada PKR, umpama hidung tak
mancung pipi tersorong-sorong. Tindakan ini hanya menyebabkan ahli parti
menjadi keliru,” katanya.
Katanya, pengorbanan Pas untuk kekal dalam negeri Selangor bersama PKR
tidak bernilai, sebaliknya terus dimalukan dengan keputusan Majlis
Presiden menolak parti itu pada PRU akan datang.
“Tindakan tiga exco Pas itu juga hanya memberi kelebihan kepada Mohamed
Azmin untuk terus kekal berkuasa di Selangor, sedangkan Pas sepatutnya
sudah tidak ada kena mengena dengan kerajaan PKR Selangor,” katanya.
Pada masa yang sama, ramai yang melihat kenyataan Mohamed Azmin yang
mahu Pas terus bersama dalam kerajaan negeri menunjukkan beliau tidak
yakin dengan kemampuan Amanah dalam menghadapi PRU14.
Rakyat kini menantikan episod seterusnya dalam 'drama bersiri' Pakatan Pakatan Harapan dan Pas di Selangor.
Apa yang pasti, Mohamed Azmin tidak akan berani untuk memecat tiga exco
Pas itu kerana mereka adalah talian hayat beliau untuk terus menjadi
menteri besar.
3 orang berkata:
Ph putuskan dgn pas mengenai PRU14.. urusan kedudukan exco pula adalah urusan kemenangan PR pd PRU13.. lain kan tu
Duit puluh2 ribu masuk bulan2 sapa nak kuar, Wan.
Jilat kote aku la kalu dia nak kuar
Betol2
Kita kena buat sesuatu ni.
JOM GELAKKAN EXCO PAS TU
Post a Comment