Undi Harapan bermakna undi DAP
(Ubah saiz teks)
MARANG - Pemuda Pas menyifatkan memberi undi kepada Amanah, Bersatu dan
PKR dalam Pakatan Harapan (Harapan) bermakna turut memberi undi kepada
DAP.
Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pertembungan politik
dalam negara kini menjadi semakin tajam dan lebih menjurus kepada
penguasaan kedudukan serta bermotif untuk saling menjatuhkan.
Menurutnya, kesan darinya mewujudkan sikap melampau yang dilatari
dengan kontroversi, sensasi, manipulasi dan provokasi termasuk kebiasaan
fitnah dan ugutan.
"Semua ini menjadikan suhu politik sentiasa panas, tegang dan memualkan
rakyat. Malah, kemaruk kuasa menyaksikan terdapat pihak dari Harapan
yang berhubungan dan mengundang entiti asing.
"Ia merisikokan kepada campur tangan luar yang boleh menjahanamkan
negara seperti mana terjadi kepada beberapa negara di timur Tengah.
"Paling dikesali apabila menjadikan Islam sebagai mangsa dan sasaran
serangan dengan mempertikai dan menghina serta membibitkan pelbagai rasa
tidak puas hati," katanya.
Mutakhir ini katanya, api tersebut sering dicetuskan DAP yang
menyemarakkan hasutan kebencian dan tuduhan terutama terhadap usaha
agama dibawa Pas.
"Ketika sama, pergerakan DAP turut dibayangi agenda Evangelis Kristian
dan bercita-cita menawan untuk mengsekularkan negara ini.
"Bahkan tindak tanduk DAP jelas mahu menjadi dominan di dalam Harapan, sekali gus menentu arah setiap tindakan pakatan itu.
"Keadaan itu mendedahkan hakikat bahawa undi kepada parti di dalam Harapan bermakna memberi undi kepada DAP," katanya.
Beliau berkata, DAP sebenarnya menyelindungi wajah hipokrit dengan
menyelinap serta mempengaruhi Amanah, Bersatu dan PKR untuk dicengkam
sebagai proksi dalam melaksanakan pelbagai misinya.
Katanya, mengalahkan BNdan Harapan adalah misi menyelamat yang penting buat negara pada PRU14 nanti.
Beliau berkata, politik seharusnya menjadi wadah kebertanggungjawaban
oleh kepimpinan bagi melaksanakan setiap urusan rakyat dan negara dengan
naungan paling jujur dan profesional, bukannya peluang atau kesempatan
peribadi, kroni mahupun parti.
"Inilah kesungguhan yang Pas gagaskan menerusi Budaya Politik Matang
dan Sejahtera ke arah meletakkan kembali negara di landasan betul.
"Semua ini hanya dapat dilaksanakan dengan meletakkan paksi Malaysia
berasaskan pemerintahan Islam yang dipertanggungjawabkan kepada ALLAH
serta adanya perhitungan pahala dan dosa.
"Hanya Islam dapat memberi jaminan dan perlindungan hakiki terhadap
segala kepentingan, hak, nilai dan usaha. Peranan ini adalah sandaran
masa depan yang kini terletak di tangan rakyat untuk menentukannya,"
katanya.
Dalam pada itu, katanya, Pemuda Pas di seluruh negara kini bersiap
siaga menghadapi PRU14 yang bakal diadakan pada bila-bila masa dari
sekarang terutama sebagai jentera utama di semua Dun dan Parlimen yang
akan Pas tandingi.
Menurutnya, jentera Pemuda Pas akan bertindak selaku pelincir utama
yang mendokong tugas-tugas pilihan raya, termasuk bersedia selaku calon
untuk merealisasikan peranan memimpin.
"Kami juga siap siaga menempuh cabaran pertembungan berapa penjuru
sekalipun yang mungkin berlaku dengan strategi diolah sesuai lunas
demokrasi serta peraturan pilihan raya.
"Dalam pertarungan yang berlaku nanti, parti mana jua kami hadapi atau
menentang kami, bererti mereka adalah musuh untuk kami tewaskan. Oleh
itu, kami tegaskan, tiada sebarang kompromi kepada BN mahupun PH,"
katanya.
Beliau berkata, Pemuda Pas melihat PRU14 sebagai medan yang semakin
unik dan penuh cabaran, kesan dari pelbagai perubahan dalam negara
terutama keterbukaan minda rakyat, selain perpecahan parti pemerintah.
"Ini menjadikan potensi setiap parti turut berubah di mana Pas yakin
dapat mencapai kejayaan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen
dan empat negeri, dengan izin ALLAH," katanya.
Muhammad Khalil berkata, selama 62 tahun di bawah pemerintahan BN
(dahulu Perikatan), negara masih diselimuti oleh pelbagai kebejatan,
salah urus tadbir, kepincangan, penyelewengan dan ketidakadilan.
Menurutnya, Malaysia kini menanggung pelbagai bebanan, risiko dan ancaman dalam keadaan perpaduan dan integriti paling lemah.
"BN telah gagal mempertahankan sebegitu banyak lunas penting dalam Perlembagaan Malaysia dan Kontrak Sosial.
"Kini kerap kali Islam sebagai agama Persekutuan; kedaulatan Raja-raja
Melayu; hak keistimewaan Melayu; Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan; Tanah Rizab Melayu; dan hak bangsa serta penganut agama
lain; dicabar dan diremehkan.
"Ia menyebabkan gugatan kepada keharmonian dalam negara di mana
berpunca dari pencabulan pernah dilakukan Umno-BN sendiri," katanya.
14 orang berkata:
Ketua Pemuda Pas ni kata undi Pakatan Harapan bermakna undi DAP, kalau undi PAS bermakna undi apa??? undi mat jenin???undi tong kosong, dia kata lagi "target PAS untuk memenangi 40 kerusi Parlimen" dia kata lagi "mengalahkan BN dan HARAPAN adalah misi menyelamat yang penting buat negara pada PRU14 nanti" macam manalah orang yang begitu bodoh boleh menjadi ketua pemuda PAS??? nak mengalahkan BN dan HARAPAN, target nak menang 40 kerusi, 40 kerusi boleh buat apa? kalau 140 kerusi lojik lah sikit, dengan 140 kerusi boleh ambil alih urus tadbir KERAJAN MALAYSIA, semua yang bercakap tak guna otak PJ PAS Perak pernah kata PAS akan menawan negeri Perak , PAS akan bertanding 30 kerusi harap harap UMNO tidak akan bertanding di kerusi yang PAS bertanding, nampak tak macam mana bodoh dang bangangnya PJ PAS Perak?????kenapa lah semua yang jadi ketua bodoh bodoh belaka???? dulu tak sekolah ke???
Tak de masalah. Di P.Pinang Majlis Agama Islam Negeri dan Guru Kafa dapat peruntukan lebih dpd Kerajaan BN yg lepas
Tak de masalah. Di P.Pinang Majlis Agama Islam Negeri dan Guru Kafa dapat peruntukan lebih dpd Kerajaan BN yg lepas
Tak de masalah. Di P.Pinang Majlis Agama Islam Negeri dan Guru Kafa dapat peruntukan lebih dpd Kerajaan BN yg lepas
UNDI PAS BERMAKNA UNDI UMNO MENANGKAN BN
Bg aku la undi pas mcm undi joo loo
Huiiii bahaya dah ni.
Kita kena buat sesuatu ni.
JOM GELAKKAN PAS
Mamat yg kuar fuckwa ni mufti mana? Kelantan? Nepal? Uganda? Timor leste?
Kalu hj hadi yg keluar amanat mungkin jugak kita purchaya...kih3
Budak tak cukup umur nak keluar fatwa? Kahakptuiiih
dia baru lepas beranak jadi dia meroyan
Kepala otak mung
Tok lobai haha. Hahahaha. Hahahaha
Anak hadi buat lawak haha haha haha hahahahahaha
Bapak buat amanat.
Anak pun buat amanat.
Jom gelakkan budak ni. Hahahahac6
Post a Comment