Setiausaha Agung PKR kecewa dikecam
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM – Setiausaha Agung PKR menafikan beliau meletakkan jawatan
dan menganggap dakwaan itu sebagai adu domba pihak yang tidak mahu
melihat PKR terus stabil serta Pakatan Harapan (Harapan) terus kuat.
Mengulas lanjut mengenai khabar angin yang dikaitkan dengan
ketidakpuasan hati terhadap arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai
rundingan perlu dilakukan antara PKR dengan Pas itu, Datuk Saifudin
Ismail Nasution berkata, beliau kecewa kerana menerima kecaman.
“PKR berusaha hampir dua tahun mendekati dan menyantuni Pas. Pelbagai
usaha dan ikhtiar dibuat.
Siri-siri pertemuan melibatkan Mursyidul Am,
Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung dan
Pengarah Pilihanraya Pas,” katanya.
Beliau berpendirian, setiap usaha dan ikhtiar harus ada garis masanya supaya ada kepastian dan memudahkan semua pihak.
Katanya, setiap usaha dibuat namun keputusan muktamar dan Majlis Syura yang memutuskan hubungan dengan PKR.
“Sampai macam tu PKR menunjukkan jiwa besar demi mencapai kerjasama terbaik guna mendepani Umno-BN pada PRU14.
“Rakyat dapat melihat dengan jelas usaha ini, saban hari Pas
menunjukkan sikap dingin dengan PKR dan Harapan, sebaliknya mereka
semakin lunak dengan Umno/BN.
“Di sebalik Harapan, yang mana PKR adalah parti komponennya membuat
keputusan untuk mengukuhkan kerjasama bagi menghadapi PRU14 dan tidak
lagi bekerjasama dengan Pas,” katanya.
Saifudin berkata, ketika Anwar tampil dengan nota dari penjara, Harapan juga membuat keputusan.
“Mengenali beliau secara dekat, Anwar seorang yang sangat menghormati
setiap keputusan yang dibuat secara bersama dan tidak sukar untuk beliau
faham mengapa Harapan membuat keputusan tersebut.
“Tidak sukar juga dilihat setelah diusahakan demikian lama, Pas tetap
memilih jalannya sendiri.
Adalah lebih utama PKR menumpukan sepenuh
usaha dan tenaga membantu mengukuhkan Harapan dan menerima hakikat Pas
telah ada pilihannya,” katanya.
Beliau berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Presiden PKR,
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika menemani Anwar di mahkamah,
hari ini.
Katanya, komitmennya bersama PKR dan Harapan dan khabar angin peletakan jawatan adalah tidak benar.
“Kepada pihak yang berusaha mencipta khabar itu, menyebarkan dan kemudian merayakannya, saya maafkan,” katanya.
Terdahulu, Saifudin yang baru pulang dari London selepas menghadiri
mesyuarat dengan Pengerusi Arakan Rohingya National Organisation, Nurul
Islam selain bertemu wakil International Institute of Islamic Thought
iaitu Dr Dziauddin Sardar dan Dr Anas Ali.
4 orang berkata:
Uihhhhh....bahaya ni.
Wajib buat sesuatu ni.
JOM GELAKKAN PAS..
Apa yg dok susah hati sgt...PAS dah move on dah, dan dah tak hingin nak kerjasama, yg PKR dok terhegeh2 lg kenapa? Begaduh sesama geng nakkan org yg tak nak kan kita...kerja bangang namanya..
Begaduh lak kat media, double bangang
Knapa pas bodo sgt?
Post a Comment