Tahfiz terbakar: Api marak terlalu pantas
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - "Bunyi macam ribut, api sudah marak besar, air tidak
cukup," demikian reaksi seorang guru agama di Pusat Tahfiz Darul Quran
Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di ibu negara , yang terbakar awal
pagi tadi.
Mohd Ariff Mawardy, 24, yang baru tujuh bulan mengajar di pusat tahfiz
tersebut, berkata kesemua pelajar dan guru sedang tidur sebelum bunyi
bising umpama ribut sedang berlaku, terus mengejutkan mereka.
"Saya tidur di tingkat dua (tingkat paling atas bangunan tiga tingkat).
Saya terus bangun dan ambil air untuk padamkan api, tapi kebakaran
terlalu pantas," katanya ketika ditemui pemberita di Wad Kecemasan
Hospital Kuala Lumpur hari ini.
[ARTIKEL BERKATIAN: Hanya mempunyai satu pintu keluar masuk]
Sejurus kemudian, beliau terus mengejutkan pelajar lain untuk turun ke
tingkat bawah menyelamatkan diri dan meminta pertolongan orang lain.
"Jeriji besi menyukarkan kesemua mangsa untuk menyelamatkan diri dengan
pantas sehingga ada yang terperangkap di tingkap", katanya sugul dan
ditenangkan anggota keluarganya. –Bernama
3 orang berkata:
Beli q7, velfire, range rover, porsche, vw semua boleh. Nak bagi derma buat bangunan tahfiz drp batu semua tersengut2 macam siput babi..
Insyaallah budak2 tu tempatnya di syurga.
Lebai2 tua, toyol2 tua yg kaki fitnah tokey pil kuda, yg kafirkan orang, yg fitnah orang sokong pesta arak, yg sebat potongan gaji cikgu, yang sapu tabung mamali, yg lingkupkan saham kohilal aku.... tak tau la gi mana bila mati besok
Bagus budak2 ni. Kecik2 dah bersemangat nak jadi hafiz. Usaha sungguh2.
Tak la macam toyol pakai serban tu. Harap no tiket keahlian jer nak masuk syorga free
Post a Comment