Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UNTUNG ATAU RUGI MARUAH ISLAM JANGAN TERGADAI

KAJIAN INI ADA BENARNYA, PAS JUGA TELAH MEMBUAT KAJIAN MIRIP DENGAN PANDANGAN INI.
 
ANDAINYA PAS CENDERUNG KEPADA UMNO/BN MAKA AGAMA DAN ISLAM MUNGKIN TERBELA.
 
ANDAINYA PAS CENDERUNG KEPADA PAKATAN HARAPAN MAKA AGAMA DAN MARUAH NEGARA AKAN TERJEJAS TERUK.
 
PANDANGAN INI AKAN MENJADI SALAH SATU KEMPEN YANG AKAN DILAKUKAN. INI KERANA SIKAP-SIKAP PENDIRIAN PARTI-PARTI TELAH DIPERTONTONKAN SEMASA RUU355.
 
PAS TIDAK TERMAKAN PANDANGAN DARI ORANG YANG MENENTANG ISLAM YANG MEMBERI JAMINAN YANG MEREKA TIDAK BERMUSUH DENGAN ISLAM.SESUNGGUHNYA MEREKA ITU ADALAH GOLONGAN MUNAFIK TEGAR.
 
DALAM MASA YANG SAMA, PANDANGAN RAKYAT MENYEBUT: DALAM BN ADA MASALAH BESAR DAN DALAM PAKATAN HARAPAN JUGA ADA MASALAH LEBIH BESAR, LANTAS MEREKA BUNTU.
 
MAKA JALAN PENYELESAIAN IALAH RAKYAT AKAN UNDI GELOMBANG KETIGA IAITU PAS DAN GABUNGANNYA.
 
 
 
-Pak Karamu-
 
 
 
 
Tiga penjuru, parti mana untung, parti mana rugi?
Pas BN
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Terdapat pelbagai andaian mengenai parti mana yang akan 'rugi dan untung' sekiranya pertandingan tiga penjuru berlaku dalam PRU14 nanti.

Bagi penganalisis politik dari Univerisiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib ada pelbagai andaian yang dapat dijangka jika situasi pertandingan sebegitu berlaku. 

"Ada syaratnya untuk menyaksikan pertandingan tiga penjuru memberi impak menarik.

"Pertama ianya melibatkan pertandingan antara BN - Pas - Harapan. Jika sesebuah kawasan itu adalah komuniti majoriti Melayu, peluang Umno dan Pas untuk menang adalah seimbang dan mematikan pengaruh Pakatan," katanya kepada Sinar Online. 

Sementara itu, jelasnya sekiranya kawasan itu majoriti Cina, maka peluang bagi Pakatan sama ada DAP atau parti yang dianggap proksinya akan mudah untuk menang. 
"Ia kawasan selamat bagi Harapan," katanya.

Mengulas lanjut, Md Shukri yang juga merupakan Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa UUM, menegaskan bahawa dengan wujudnya pertandingan tiga penjuru, Pas akan menjadi parti terpenting penentu hala tuju kemenangan sama ada kepada BN atau Pakatan.

"Pas adalah parti yang releven dalam memusnahkan Pakatan," katanya.

Jelasnya lagi, "Paling bermanfaat adalah Pas kerana Pas akan menjadi parti paling manja kerana dibelai dan dipujuk pelbagai pihak,"

"Manfaat akan diperolehi Pas bukan hanya berkisar soal kemenangan di kerusi pilihanraya, tetapi soal kepentingan tokoh-tokoh Pas di dalam politik yang pastinya dilihat lebih 'bernilai tinggi' setanding emas dan berlian," katanya.

Menjelang PRU14 yang mungkin berlangsung pada bila-bila masa dari sekarang, pakatan pembangkang kini dilihat masih buntu untuk menyatakan satu permuafakatan politik bagi mengelak pertembungan pertandingan tiga penjuru sesama mereka.

19 orang berkata:

Anonymous said...

ALLAH MAHA MENGETAHUI, KITA TUNGGU KEPUTUSAN PRU14 NANTI, SELEPAS KEPUTUSAN TERSEBUT BARU KITA AKAN TAHU YANG MANA SATU PARTY YANG MELIHAT DULU SEBELUM MELOMPAT, YANG MANA SATU DAH TERANTUK BARU TENGADAH.

Anonymous said...

Peringatan awal senario pada dan selepas PRU 14

Keputusan pilihanraya akan datang telah memberi keputusan 50:50 kepada kedua-dua blok besar yaitu BN dan Pakatan Harapan. Parti Pas mengalami kekalahan yang teruk dalam sejarah.
Ketika itu berlaku gelombang pepecahan ke-2 terbesar dalam parti Pas.
Pas tidak lagi dipandang sebagai sahabat bagi parti BN. Tiada lagi usahasama melainkan mempengaruhi wakil Pas untuk melompat parti.
Di blok Pakatan Harapan tiada tawaran kepada wakil Pas untuk melompat parti.
Pepecahan dalam Pas ketika itu amat kritika sekali kerana Pas kini telah berpecah kepada 3 kelompok;
1) Kelompok yang ingin kekal bersama Pas.
2) Kelompok yang bersama BN dan telah melompat parti.
3) Kelompok yang ingin kembali bersama Pakatan Harapan.

Itu sahaja yang saya boleh infokan. Tetapi percayalah ini akan berlaku. Anda mungkin tersenyum sinis kini. Dan akan terfikir kembali ketika itu.

Sekian. dtrx426777&'84;#

Anonymous said...

analysis syok sendiri anon 10.19...good luck la yer, jgn nangis mcm mat sabu bila kalah dah ler...

IrWrWs said...

Maaf aku tak boleh tersenyum sinis tapi hanya mampu tergelak besar..

Cakap kemain lagi sdgkan baru mampu kutip 1% sokongan melayu.. cer bayangkan cakap dia besar mana kalau kutip > 1%!!

Anonymous said...

Betul sgt tu. Ada ke diorg kata kalau menang 40 kerusi parlimen tak boleh jadi kerajaan. Hidup PAS.

Anonymous said...

Boleh laa. 40 kerusi pas dan campur 80 kerusi bn boleh buat negara islam walaupun masih kekal perlembagaan dan undang2 org kafir. Bila ada pas semua jadi halal. Dulu masa wujud PR, DAP tu halal. Syukur ada PAS.

Anonymous said...

Nak halalkan US senang jer, suruh pas bukak cawangan kat new york, los angeles dan washington dc.

Anonymous said...

Ishhh mengarut la analisa ni. Point awal pun dah salah!! Bukan PH lawan BN laaa, tapi PH lawan BN dan sekutunya PAS.

IrWrWs said...

Harap muslimah pan oleh bukak cawangan di US dgn bantuan siti kasim..

Ingat muslimah pan ingat siti kasim..

Anonymous said...

Pandai jugak wanrosli buat lawak. Jgn lupa ketawakan wan sekali apabila kita ketawakan hadi kluk klek

IrWrWs said...

Hehe.. ingat tu..

Ingat muslimah pan ingat siti kasim..

powertrain1648 said...

Tapi Allah bagi otak utk kita memikir sape yg betul2 nak selamatkan Islam dan malaysia dan sape yg sekadar nk selamatkan anak beranak dan kroni...klu xleh mikior...jadila Pan

powertrain1648 said...

Pas bertanding pru14 lawan Umno tapi Pas sekutu Umno? Jadi klu gitu bila Pkr kata bo layan Pan...Pkr tu kira sekutu Pan la...patutla pun Dap bukan anti Islam pada otak kau. Cerdiknya kau ni. Sel2 otak bersambung sungguh. Tapi mcm terbalik jer...+ve pegi -ve...-ve pegi +ve.

powertrain1648 said...

Klu fatwa pun kene rujuk PO1 dulu...ada berani nak pertahan maruah Islam? Tapu walaubagaimanapun...kene terima kasih pd SK...bak kata pengulas sukan...bola tanggung.

Anonymous said...

Tentulah pas akan condong pada BN pak karam oiii.. 90juta dah masyuk bawah sejadah. Ni semua takdak kena mengena dgn islam, ni semua nafsu serakah pak lebai pas yg cinta dunia hehehe. Islam di mulut lebai pas cuma nak pancing undi jer.

powertrain1648 said...

PANdir gelak sorg2 x sedar org ramai dok gelakkan dia...dah berapa kali kene ludah dgn Pkr pun...muka x malu2 lagi

powertrain1648 said...

Dah diberi peluang keemasan oleh mahkamah utk matikan Pas once and for all...alih2 30 Ogos x bwk bukti...aiya ya...excel ada problem ke...atau delay taktik lagi...klu x tukar lawyer tunda ke depan ke depan ke depan...deja vu la...perangai sape tu? Clue...luka kecik jer

IrWrWs said...

Masa nak bg bukti clara pi jumpa siti kasim dulu kut.. terus clara terkejut beruk bila siti kasim bgtahu dia pasal Nabi Ibrahim s.a.w. dan anaknya Nabi Ismail s.a.w.

Tapi yg menariknya muslimah pan tak terkejut barua pun.. siap posing wefie lagi..

IrWrWs said...

Haha terbaek tu

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.