Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Menilai Hati Di Bagan Pinang

Salam,

PENDUDUK DIBAGAN PINANG NEGERI SEMBILAN PENING KEPALA DENGAN HAMBATAN JANJI PEMBANGUNAN YANG MELIMPAH RUAH OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL UNTUK MENJINAKKAN HATI RAKYAT DI SANA SUPAYA MEMILIH CALON UMNO

Ramai di antara para bijak pandai menyatakan bahawa isu pembangunan sudah tidak lagi relevan untuk menjinakkan hati rakyat kerana isu tersebut menampakkan jiwa rakyat di perbodohkan dengan kebendaan oleh kerajaan Barisan Nasional, isu kebendaan hanya laris bagi rakyat yang beku berfikir secara matang dan hidup merempat, demikian jika kita nilai dalam kehidupan manusia yang sentiasa tertindas dan hidup sebagai hamba abdi kepada meterial

Allah s.w.t telah menguji manusia yang kurang bertamadun di zaman khalifah Abu Bakar As Sidiq yang mana apabila Saidina Abu Bakar meminta supaya ia di beri sokongan sebagai khalifah "Aku mohon kepada kamu semua menyokong aku untuk menjadi khalifah bagi menjalankan tugas untuk kebenaran " maka jawab orang ramai " Wahai Abu Bakar ! kami akan membantu kamu selagi engkau benar, jika kamu telah melakukan tidak benar kami akan luruskan kamu dengan pedang ini "

Demikian pandangan orang ramai kepada khalifah pertama itu, zaman yang di katakan kurang tamadun dalam kehidupan manusia di zaman itu orang ramai faham tentang apa yang mereka harapkan terhadap seorang pemimpin, mereka mengharapkan kebenaran bukan kebatilan dan mereka tidak langsung mengharapkan kebendaan dan kesenangan hidup kerana mereka tidak mahu menjadi manusia meminta-minta yang di anggap sebagai hina

Di zaman Nabi Musa Allah menguji manusia dengan memberikan Firaun dengan harta yang banyak sehingga firaun menggunakan harta benda untuk membeli dan memikat hati manusia supaya manusia mengikutinya sehinggakan Nabi Musa tidak boleh tahan dengan pengaruh harta benda lalu Musa mengadu dengan Tuhan " Wahai Tuhanku ! Mengapa Engkau berikan kepada Firaun harta benda yang banyak sehinggakan dia menyesatkan manusia dengan harta benda"

Permohonan Musa di kabulkan oleh Tuhan, lalu pengikut Firaun di hukum oleh Allah dengan menenggelamkan mereka di lautan, sebenarnya inilah suasana yang ada pada zaman ini iaitu keadaan zaman Fiaun telah berulang yang di tiru oleh manusia zaman ini, iaitu menjanjikan dan memikat hati manusia dengan kebendaan supaya orang ramai mengikuti mereka dengan menjanjikan berbagai habuan kebendaan

Persoalannya adakah manusia zaman sekarang akan mengikuti zaman Firaun yang boleh di beli dengan kebendaan ? Adakah manusia zaman sekarang dapat di perbudakkan dengan kebendaan ? Adakah manusia zaman yang di katakan sudah bertamadun ini lupa dengan peristiwa yang telah berlalu ? Adakah manusia zaman sekarang memilih antara sogokkan dan kebenaran ? Sesungguhnya hati mereka sedang di uji oleh Allah terutamanya di Bagan Pinang

Harta benda tidak di nafikan akan keperluannya dalam kehidupan manusia akan tetapi JANGAN harta benda itu di gunakan sebagai alat untuk menyesatkan manusia sehinggakan manusia sudah tidak mengenali di antara yang hak dan yang batil dan sehinggakan manusia sudah tidak faham apa yang di tuntut oleh Allah terhadap mereka, Pak Karamu fikir manusia zaman sekarang sedang di uji oleh Allah dengan niat UMNO melonggokkan janji kebendaan terutama di Bagan Pinang

Di Bagan Pinang mungkin tiada janji kebendaan jika tiada pilihanraya kecil di sana, itu paling pasti, oleh itu dapatkah penduduk di sana menilai mengapa di Bagan Pinang kerajaan Barisan Nasional menjanjikan berbagai kebendaan ? Adakah untuk merasuah mereka kerana hendakkan memenangi hati mereka supaya menyokong dan memenangkan calon mereka ? Semua ini wajib di nilai oleh orang di Bagan Pinang dan di sinilah Allah mahukan mereka berfikir dang mengenangkan muslihat Barisan Nasional kepada mereka

Yang mana satu menjadi pilihan di antara kebenaran ataupun kebatilan, jika Isa Samad berada di tempat Saidia Abu Bakar maka sudah lama Isa akan di tolak oleh Orang ramai kerana parut rasuahnya masih lagi kelihatan dengan sejelas jelasnya, yang menjadi persoalannya mengapa dia tidak di adili oleh mahkamah bagi menjalani hukuman sekiranya dia benar-benar bersih dan betul ?


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.