Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Petunjuk Kepada Golongan Kebangsaan 2

Salam,

Islam mengakui ujudnya bangsa dan puak yang mempunyai perasaan untuk membela nasib mereka akan tetapi perasaan itu tidak boleh di jadikan dasar dan prinsip kerana dasar dan prinsip itu adalah perkara yang telah di tetapkan oleh Allah iaitu islam, kerana itu ramai yang mengikuti Baginda Rasullullah s.a.w berhijrah dari Makkah ke Madinah sakit perasaan terhadap bangsa,puak tanah air dan harta benda yang terpaksa di tinggalkan kerana islam adalah menjadi tunggak dasar hijrah tersebut

Perasaan kasih sayang kepada tanah air dan bangsa serta kaum itu jika menjadi perinsip tentulah rombongan hijrah akan berpatah balik ke bumi Makkah tetapi kerana hijrah itu adalah kerana islam maka rombongan tersebut terpaksa melihat islam sebagai suatu niat yang wajib di laksanakan dan ia adalah mengatasi segala niat maka mereka mencekalkan perasaan mereka untuk islam Allah dan Rasulnya dan mengingatkan diri mereka bahawa hijrah mereka adalah untuk akidah dan dasar islam yang di tuntut oleh Allah

Rasullulah menginagatkan mereka tentang bahaya jika bangsa, tanah air dan suku puak itu jika di jadikan dasar.semangat dan perasaan untuk membela maka ia akan menjadi satu larangan di dalam islam dan Rasul tidak mengakui mereka sebagai umatnya, ini bukanlah sebagai ugutan akan tetapi Rasullullah melihat bahawa islam adalah mengatasi segala niat, lalu Rasullullah bersabda yang mafhumnya

"Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru ke jalan Asobiyah (Kebangsaan) Bukan dari kalangan kita orang yang berjuang kepada dasar Asobiyah (Kebangsaan) Dan bukan dari kalangan kita mereka yang mati atas dasar asobiyah (Kebangsaan) " (Muslim,Abu Daud)

Apabila Rasullullah s.a.w bersabda demikian maka para sahabat bertanyakan kepada Rasullullah "Apakah asobiyah itu Ya Rasullullah " lalu Baginda Rasullullah s.a.w menjawab "Asobiyah itu ialah kamu membela kaum mu di atas dasar kezaliman"

Oleh yang demikian untuk renungan orang yang menjadikan semangat bangsa sebagai dasar perjuang untuk membela kaumnya maka mereka telah menyelewengkan ayat al quran Al Hujurat ayat 13 dan melanggar juga pesanan Rasullullah s.a.w ertinya Allahpun mereka langgar Rasulpun mereka langgar

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.