Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JOHOR ADA POTENSI JADI SEPERTI KELANTAN

Salam

KEMAJUAN PARTI PAS JOHOR SANGAT DRASTIK, KEMAJUAN PARTI DAP JUGA DEMIKIAN,SEMENTARA PKR MEMERLUKAN SEDIKIT TARBIYAH UNTUK AHLINYA

Dimana ramai orang melayu maka disitu PAS akan bertapak kemas, dimana orang cina ramai maka disana DAP akan juga bertapak kemas, UMNO dan MCA dijangkakan akan akan diganti dengan PAS dan DAP, itu pandangan banyak pehak tentang parti tersebut, dulu PAS dipandang sepi di Johor, demikian juga DAP sementara PKR akan lebih terserlah jika pimpinan dan pengikutnya bersatu dalam semangat setia kawan, apa yang kita nampak pada PKR ini ialah cara mereka masih mirip kepada cara UMNO

Bagi PAS Johor adalah sebuah negeri yang sangat kuat semangat kebangsaannya dan mereka perlu disemai dengan semangat islam yang lebih supaya mereka faham tentang kehendak agama mengikut al Quran dan Sunnah, seperti juga Kelantang disatu masa dahulu, namun apabila penerapan islam itu diutamakan dari semangat bangsa akhirnya rakyat memahami tugas mereka yang sebenarnya ini bererti islam itu diberikan tugas untuk memelihara bangsa, negara, harta benda dan segala-galanya dengan mengambil kira soal dosa dan pahala

Sekarang sudah ada bangsa lain yang mengatakan bahawa PAS adalah parti yang tegas, bersih berterus terang serta berwibawa, sikap ini sebenarnya adalah juga cita-cita semua parti di negara ini akan tetapi mereka tidak nampak jalan untuk melaksanakannya kerana apa yang mereka harapkan sebenarnya ada didalam islam namun mereka takut dengan perkataan islam boleh, ini disebabkan rata-rata manusia didunia ini memomokkan islam sebagai agama pelampau dan ganas, pada hal islam tidak seperti yang mereka gambarkan

Orang yang didalam hatinya ada berpenyakit tamak, haloba, hasad, dengki, cemburu dan ingin bersikap sentiasa menjadi tuan tentunya tidak sukakan kepada  dasar agama kerana mereka tidak dapat melayan perasaan busuk mereka sebab itu mereka tidak sukakan kepada sikap beragama, mereka merasakan agama adalah sebagai penghalang yang besar bagi mereka meneruskan cita-cita jahat mereka, mereka mahukan agama di bawah telapak kaki mereka

Pada pandangan Pak Karamu Johor berpotensi besar untuk mengislamkan dasar melayu dan bangsa kerana orang Johor bukanlah miskin sangat dengan ilmu agama cuma agama digantung dan tergantung begitu saja, kebawah tak sampai dan keataspun tidak kesampaian jadi Johor dan rakyatnya kena up gradekan sikit soal kefahaman dosa dan pahala, inilah pokoknya segala maksiat berluluasa didalam pemikirang akal rakyat Johor, namun tidaklah terlalu jahil, cuma perlaksanaannya sahaja tidak diserlahkan, apa yang kita nampak jika agama diserlahkan maka mereka takut kerugian


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.