Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KHALIFAH MALAYSIA

Salam

PERDANA MENTERI ADALAH KHALIFAH KATA SHAHIBUL SAMHAH TOK MUFTI PERAK

Mengislamkan istilah Perdana Menteri dengan nama Khalifah tidaklah salah jika kita hendak terjemahkannya kepada istilah agama sekalipun mereka itu tidak disenangi, pokoknya gelaran Khalifah tersebut ada yang menyandangnya, Khalifah bermaksud PENGGANTI, bukan sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan orang melayu yang mengatakan Khalifah itu maka terbayanglah mereka kepada khalifah pencak dan silat

Perdana menteri adalah seorang Khalifah sebab dia adalah menggantikan Khalifah yang telah bersara iaitu Pak Lah Badawi Al Arabi, perbezaan Khalifah zaman Khulafa Ar Rasyiddin dengan Khalifah zaman sekarang memanglah berbeza kerana Khalifah zaman dahulu apabila wafat maka baru diganti, tapi zaman sekarang tidak matipun boleh diganti kerana bersara atau rakyat timbangkan dia atau ada golongan yang tidak sukakan dia kerana kuat tidur

Khalifah adalah ketua umum dalam negara islam, ia bertanggungjawab mentadbir,mengurus dalam soal agama , negara serta rakyatnya sebagaimana  tugas Rasullullah juga dan setiap orang mesti patuh dengan arah dan perintahnya terutama membuat dasar-dasar negara dan agama dan itulah yang mereka lakukan sebagai tugas khalifah, tentunya khalifah zaman dulu dan sekarang berbeza jauh namun Khalifah tetaplah Khalifah

Zaman khulafa Ar Rashiddin Khalifah ada empat orang yang menjawat jawatan tersebut, mereka layak menjadi khalifah kerana mereka zuhud dalam masalah kehidupan dunia tapi zaman sekarang soal zuhud tidak perlu kerana khalifah zaman sekarang kehidupan sosialnya berubah dengan tamadun yang tersangat tinggi kerana itu tidak perlu zuhud sebab takut nanti keduniaan dirampas orang

Sekarang di Malaysia ramai yang mempersoalkan Dato' Najib sebagai Khalifah kerana pengetahuan agamanya yang kurang namun apabila ada Tok Mufti kata dia Khalifah maka semua orang kena terima sekurang-kurangnya dia adalah sebagai Khalifah melayu yang terbilang dan cemerlang, jika dia dikira sebagai khalifah yang tidak disenangi maka itu bukan salah dia tapi ia adalah salah rakyat kerana rakyatlah yang membai'atkan dia sebagai khalifah besar

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.