Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
12
Dec
11

Peguam Anwar: Wujud Keraguan Munasabah, Keterangan Saiful Perlu Dinilai Semula

 

The Malaysian Insider

Barisan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mereka berjaya menimbulkan “keraguan munasabah” dalam kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang selain dapat ‘mematahkan’ keterangan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam hujah penggulungan kes peringkat pembelaan, peguam utama Karpal Singh memfokus ke atas soal kredibiliti Saiful sambil menegaskan keterangan-kerangan saksi utama itu tidak boleh dipercayai.

“Kredibiliti SP1 (Saiful) perlu dinilai semula oleh mahkamah memandangkan ia mengambil tempat di seluruhan kes,” kata beliau sambil menambah, di akhir kes pembelaan mahkamah harus mempertimbangkan sama ada kes ke atas tertuduh telah dibuktikan melampaui keraguan.

“Dapat dikemukakan oleh pembela, berjaya menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan,” kata Karpal.

Karpal menekankan, Saiful ada mengatakan bahawa perbuatan diliwat pada 26 Jun 2006 berlaku dengan “laju dan rakus.”

Ini menurut Karpal, telah berjaya dicabar oleh saksi pakar pihak pembela Dr Thomas Hoogland, yang mengatakan bahawa seorang yang dalam usia Anwar tidak mungkin boleh melakukan perbuatan yang digambarkan oleh saksi utama.

“Apa yang berlaku di lantai bilik tidur berhubung kejadian liwat yang didakwa oleh SP1 tidak ditimbangkan dengan teliti oleh mahkamah ini,” kata Karpal.

Tambah beliau, Dr Hoogland juga ada mengatakan bahawa Anwar tidak mungkin boleh melakukan aktiviti sedemikian tanpa melalui kesakitan yang teruk ekoran masalah artritis dan kerosakan saraf dialaminya.

Oleh itu katanya, keterangan Saiful di peringkat itu menimbulkan keraguan dan tidak boleh dipercayai, sekali gus menjejaskan tuduhan yang dibawa ke atas Anwar.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.