Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PSSSST ! PAS MULA JERNIH, UMNO KECIWA !

Rabu, 28 Disember 2011

Kenyataan Terkini Nik Aziz Terhadap Hassan,Umno Bersorakk..

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali telah meminta maaf kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung kenyataannya terhadap parti sebelum ini dalam satu pertemuan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan itu di JKR 10, Bachok, Kelantan pada Selasa. 

Malah, Harakahdaily melaporkan Hasan telah menarik balik kenyataan negatifnya yang telah menjejaskan nama baik parti.

Pertemuan itu turut disertai bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Turut hadir sama ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Media rasmi PAS itu memetik Nik Aziz sebagai berkata, beliau melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Hasan yang bersedia memohon maaf dan menarik balik kenyataannya sebelum ini.
"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.

"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hasan."

Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan berkata pertemuan ini dianjurkan oleh PAS pusat.
"Dan jika PAS Pusat tak atur pun, saya akan panggil dia," tambahnya.

Menurut Nik Aziz, beliau sendiri akan membuat kenduri makan tengah hari kecil-kecilan di kediaman rasminya tanda kesyukuran penyelesaian kes tersebut.

"Saya berharap PAS pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadang beliau.
Nik Aziz yakin hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat.Kenyataan..

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.