Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Mahathir: Orang Melayu hadapi dilema baru

December 09, 2011
 
KUALA LUMPUR, 9 DisTun Dr 

Mahathir Mohamad yang terus lantang melahirkan pandangannya mengenai pelbagai isu selepas bersara berkata, beliau telah ‘mengunjungi semula’ buku kontroversi tulisanya The Malay Dilemma kerana ada perkara-perkara yang merungkaikan dilema baru orang Melayu.

Dalam memoirnya yang dilancarkan Mac lalu, bekas perdana menteri itu berkata, “bila anda miskin anda akan ada dilema dan bila anda kaya, anda ada dilema yang besar.”

“Saya harus mengakui bahawa saya telah melihat semula The Malay Dilemma. Banyak perkara sudah berubah, jadi kebanyakan perkara yang saya tulis dalam Malay Dilemma yang pertama, mereka akan kata ia sudah tidak relevan lagi,” kata beliau.

“Bagaimanapun ada perkara yang merangkumi dilema baru orang Melayu,” kata beliau ketika berucap melancarkan portal buku elektronik MPH yang akan membawa kandungan buku autobiografinya.

Buku Malay Dilemma mencetuskan kontroversi hebat ketika diterbitkan pada 1970, sejurus selepas Dr Mahathir dipecah dari Umno.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.