Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA HAL MB TRENGGANU

Apa sudah jadi, kes ugut ibu berulang



16 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU-
Apa susah jadi. Akhbar ini semalam memaparkan seorang anak yang sanggup ugut cederakan ibu gara-gara permintaannya untuk mendapatkan RM15 untuk membeli dadah tidak ditunaikan.

Natijahnya, anak derhaka itu dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, kelmarin.

Kes yang berlaku di Kampung Kubang Parit di sini itu bagaikan berulang lagi semalam. Kali ini seorang anak yang layak digelar Tanggang bukan sahaja mengamuk dengan merosakkan harta benda, malah tanpa rasa bersalah sanggup melakukan ugutan jenayah terhadap ibu kandungnya sendiri.

Fadzli Abdul Rahman, 31, yang bekerja sebagai buruh itu bertindak sedemikian hanya berpunca kerana permintaannya untuk mendapatkan wang RM10 tidak ditunaikan oleh ‘si ibu malang’ tersebut.

Bagaimanapun, perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu terbalas apabila dijatuhi hukuman denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Noradila Abd. Latiff selepas tertuduh mengaku bersalah telah sengaja mendatangkan ketakutan kepada ibunya, Latifah Zin Labdi, 52, di kediaman mereka di Jalan Teluk Pasu, Kampung Sekati, Manir, pada 29 Disember tahun lalu kira-kira jam 3.30 petang.

Dengan itu, dia didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Ngiam Ooi Ming manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Noradila turut memerintahkan agar tertuduh dipenjarakan selama tempoh tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan jumlah denda yang dikenakan.

Berdasarkan fakta kes, punca tertuduh ‘naik hantu’ adalah kerana ibunya yang tidak bekerja itu enggan memberikan wang RM10 yang diminta sebelum ini.

Bengang permintaan berkali-kali itu tidak diendahkan, tertuduh mengamuk dengan merosakkan harta benda yang ada di dalam rumahnya kononnya untuk menunjukkan tanda tidak berpuas hati dengan tindakan ibunya itu.

Bimbang tertuduh mungkin akan melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan keselamatannya, si ibu me­ngambil keputusan membuat laporan polis pada hari kejadian.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.