Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BESAR NANTI BOLEH JADI NAGA

Ramai bayi perempuan lahir di awal Tahun Naga

23/01/2012 3:06pm


KUALA LUMPUR - Sebanyak 40 orang bayi Tahun Baru Cina yang majoritinya perempuan dilahirkan di tiga hospital kerajaan dan dua hospital swasta di ibu negara hari ini, iaitu 24 perempuan dan 16 lelaki.

Seramai 19 bayi lahir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di awal Tahun Baru Naga ini, 15 bayi di Hospital Sungai Buloh, (3) Hospital Pantai Ampang, (2) Hospital Kajang dan seorang di Sentosa Medical Centre.

HKL menyambut tiga bayi perempuan, pertama seberat 2.87 kilogram (kg) pada pukul 12.01 pagi, kedua seberat 3.45 kg lima minit kemudian dan bayi ketiga seberat 2.70 kg pada pukul 1.11 pagi.

Di Hospital Sungai Buloh pula, ketiga-tiganya juga bayi perempuan. Bayi yang pertama seberat 3.25 kg lahir pada pukul 1.12 pagi, diikuti kedua pada pukul 2.17 pagi dengan berat 3.14 kg dan ketiga, seberat 2.35 kg pada pukul 2.35 pagi.

Bagaimanapun kedua-dua bayi pertama dan kedua yang lahir di Hospital Pantai Ampang ialah bayi lelaki, masing-masing seberat 3.3 kg (pukul 1.34 pagi) dan 3.1 kg ( pukul 2.10 pagi).

Sementara bayi yang ketiga, perempuan seberat 3.3 kg dilahirkan pada pukul 2.43 pagi. - BERNAMA

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.